Ketua Audit Negara Malaysia

ketua perkhidmatan kerajaan di Malaysia

Ketua Audit Negara Malaysia merupakan ketua Jabatan Audit Negara Malaysia. Beliau bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap urusan kewangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia. Peranan ini penting bagi meningkatkan kebertanggungjawaban pengurusan awam.

Ketua Audit Negara
Malaysia
كتوا اءوديت نڬارا مليسيا
Penyandang
Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi
sejak 13 Jun 2023
Jabatan Audit Negara Malaysia
GelaranYang Berbahagia
Lapor kepadaParlimen Malaysia
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
InstitusiJabatan Audit Negara Malaysia Edit the value on Wikidata
PusatPutrajaya
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Surat cara pembentukanPerkara 105 Perlembagaan Persekutuan
Akta Audit 1957
Dibentuk1906; 118 tahun yang lalu (1906)
Pemegang pertamaWilliam James Parke Hume
sebagai Ketua Audit Negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu / Negeri-Negeri Selat
Tapak webwww.audit.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Audit Negara mengemukakan sebuah laporan tahunan yang memerinci pengurusan wang setiap kementerian. Ketua Audit Negara Malaysia yang terkini ialah Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi [1]

Mengikut Artikel 105, Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan Ketua Audit Negara boleh dipilih semula jika meletak jawatan sebelumnya. Namun begitu, beliau tidak dibenarkan memegang jawatan lain pada masa yang sama di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ketua Audit Negara juga menjamin kebebasannya melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan atur cara pelatikan, saraan, dan keselamatan tempoh jawatan.

Di bawah Akta Audit, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya. Ketua Audit Negara mendapat pesaraan daripada Kumpulan Wang yang Disatukan dan mengikut peruntukan yang disediakan oleh Parlimen.

Peranan Ketua Audit Negara

1. Mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan melaporkan hasil pemeriksaannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan memperkenankan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

2. Semasa menjalankan tugas, Ketua Audit Negara bebas daripada pengaruh badan eksekutif.

3. Menjalankan tugas pengauditan secara professional dan bebas serta mengemukakan laporan yang adil dan seimbang kepada Parlimen dan Dewan Perundangan bagi menjamin akauntabiliti pengurusan awam.

4. Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.

5. Ketua Audit Negara berkuasa secukupnya untuk mendapatkan keterangan dan menyemak semua rekod termasuk dokumen terperingkat untuk beliau menjalankan tugas.

6. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk melihat semua dokumen, wang tunai, rekod, baucer, setem, saham-saham, harta-harta dan barang-barang stor yang tertakluk kepada auditannya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

7. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa memanggil mana-mana individu untuk mengemukakan apa-apa keterangan atau maklumat berkaitan perakaunan.

8. Ketua Audit Negara memainkan peranan secara kolektif dengan menurunkan kuasa kepada individu yang berkebolehan untuk membuat pengauditan dan mendapatkan padangan daripada pegawai tentang perkara perundangan.

Senarai Ketua Audit Negara sunting

  1. WJP Hume (1906-1911)
  2. FW Talbot (1911-1919)
  3. GP Bradney (1932-1936)
  4. LG Corney (1936-1946)
  5. R Mcdonald (1946-1947)
  6. R Mcdonald (1948-1951)
  7. CWS Seed (1951-1954)
  8. HM Watson (1957-1960)
  9. DG Bompas (1960-1966)
  10. S Kandiah (1966-1969)
  11. Mohd Zain Ahmad (1969-1975)
  12. Ahmad Nordin Zakaria (1975-1986)
  13. Ishak Tadin (1986-1994)
  14. Mohd Khalil Mohd Noor (1994-2000)
  15. Hadenan A Jalil (2000-2006)
  16. Ambrin Buang (2006-2017)
  17. Madinah Mohamad (2017-2019)
  18. Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid (2019-2023)
  19. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (2023-kini)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting