Ketua Turus, Staf Bersama

Ketua Turus, Staf Bersama (Jepun: 統合幕僚長, Hepburn: Tōgō Bakuryō-chō) ialah pegawai tertinggi tentera dan ketua Markas Pemerintahan Operasi Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF). Beliau membantu Menteri Pertahanan mengenai semua hal ehwal JSDF, dan melaksanakan perintah Menteri Pertahanan atas arahan dari Perdana Menteri.[1][2]

Ketua Turus, Staf Bersama
統合幕僚長
Panji-panji Ketua Turus, Staf Bersama
Penyandang
Jeneral Kōji Yamazaki
sejak 1 April 2019
Angkatan Pertahanan Diri Jepun
Lapor kepadaMenteri Pertahanan
Bidang kuasaJepun Edit the value on Wikidata
InstitusiJoint Staff Office (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Dilantik olehMenteri Pertahanan
Tempoh jawatanTiada tempoh tetap
Dibentuk1 Julai 1954
Pemegang pertamaKeizō Hayashi
Timbalan/naibNaib Ketua Turus, Staf Bersama
Naib Ketua Turus Pentadbiran, Staf Bersama
Tapak webwww.mod.go.jp
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Turus, Staf Bersama terkini ialah Jeneral Kōji Yamazaki.[3] Jawatan ini setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Inspektor Jeneral Bundeswehr Jerman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.

Struktur sunting

Ketua Turus, Staf Bersama ialah ketua Staf Bersama (Jepun: 統合幕僚監部, Hepburn: Tōgō Bakuryō Kanbu), yang terdiri daripada Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat kepada Ketua Turus, Staf Bersama, Naib Ketua Turus, Staf Bersama, seorang Naib Ketua Turus Pentadbiran, serta pelbagai jabatan dan staf khusus.

Ketua Turus, Staf Bersama menyelia operasi cabang-cabang perkhidmatan Angkatan Pertahanan Diri Jepun, dan akan mengambil alih pemerintahan sekira terjadinya perang, tetapi kuasanya terbatas pada pembentukan dasar dan koordinasi pertahanan pada waktu aman.[4][5] Rantaian Pemerintahan Operasi berjalan dari Ketua Turus, Staf Bersama ke Para Panglima beberapa Markas Operasi.

Setiap cabang perkhidmatan diketuai oleh Ketua Turus masing-masing, yang mempunyai kawalan pentadbiran terhadap perkhidmatan mereka sendiri.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "自衛隊: 組織" [JSDF: Organization]. Nihon Daihyakka Zensho (Nipponika) (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 153301537. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-25. Dicapai pada 2012-07-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Responsibility of COS,JS | Japan JSO Oficial Webdite". www.mod.go.jp. Dicapai pada 28 March 2018.
  3. ^ Japan Self-Defense Forces. "Chief of Staff". Dicapai pada 10 March 2018.
  4. ^ "Self Defense Forces". Encyclopedia of Japan. Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-25. Dicapai pada 2012-07-15.
  5. ^ The Ministry of Defense Reorganized: For the Support of Peace and Security (PDF). Tokyo: Japan Ministry of Defense. 2007. m/s. 4–5.

Templat:Japan Chiefs of the Joint Staff