Ketua Turus Pertahanan (Perancis)

Ketua Turus Angkatan Tentera (Perancis: (C)hef d'(É)tat-(M)ajor des (A)rmées, akronim: C.E.M.A.) adalah ketua markas turus am Angkatan Tentera Republik Perancis dan merupakan pegawai kanan utama tentera yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Angkatan Tentera Perancis, memastikan pengendalian semua operasi ketenteraan (dibawah simpanan aturan tertentu dengan pencegahan nuklear).

Ketua
Turus Angkatan Tentera
Chef d'État-Major des Armées
Lambang
Panji-panji Ketua Turus
Penyandang
Général d'armée François Lecointre
sejak 20 Julai 2017[1]
Kementerian Pertahanan
JenisKetua staf ketenteraan
GelaranMonsieur le Chef d'État-Major des Armées
SingkatanCEMA
Lapor kepadaMenteri Pertahanan
Bidang kuasaPerancis Edit the value on Wikidata
InstitusiÉtat-major des armées (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PusatHexagone Balard, Paris, Perancis
PenamaMenteri Pertahanan
Dilantik olehPresiden
dengan tandatangan balas Perdana Menteri
Tempoh jawatanTiada tempoh tetap
Surat cara pembentukanDekri 1982-38[2]
Dekri 2005-520[3]
Dekri 2009-869[4]
Dekri 2013-816[5]
Dibentuk28 April 1948[6]
Pemegang pertamaCharles Léchères
Timbalan/naibMejar Jeneral Angkatan Tentera
Tapak webwww.defense.gouv.fr
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan ini sekarang disandang oleh Général d'armée François Lecointre.

Fungsi sunting

Ketua Turus Angkatan Tentera mempunyai dua peranan:

  • membantu Menteri Pertahanan dalam persiapan dan penyusunan angkatan tentera.
  • dibawah kuasa Presiden dan Kerajaan, menyelenggara keseluruhan pemerintahan operasi tentera dan mencadangkan langkah-langkah ketenteraan untuk menerima pakai (strategi umum).

Beliau bertanggungjawab bagi :

  • menjalankan operasi : rancangan serangan, pergerakan umum pasukan-pasukan tentera, pengagihan operasi rasmi antara para panglima medan (beliau mempunyai kuasa penuh keatas mereka)
  • latihan : beliau meneliti kebolehan askar mereka untuk sebarang misi dan mempunyai hak tetap pemeriksaan keatas mereka ;
  • persiapan untuk masa hadapan : rancangan dan program bagi kapasiti tentera. Beliau menyelia penyatuan keupayaan angkatan tentera dan terlibat dalam persiapan dan pelaksanaan bajet pertahanan ;
  • penyusunan antara cawangan : beliau menyelia penyusunan pasukan tentera.
  • hubungan ketenteraan dengan angkatan tentera negara lain : beliau mengarah misi-misi ketenteraan diluar negara, mengurus penglibatan tentera Perancis dalam misi antarabangsa dan eksesais, mengikuti perundingan antarabangsa dan mewakili Perancis didalam jawatankuasa tentera bagi organisasi-organisasi antarabangsa.

Autoriti sunting

Ketua Turus Angkatan Tentera mempunyai autoriti ke atas:

Keempat-empat Ketua ini merupakan Jawatankuasa Ketua Turus, dipengerusikan olen Menteri. CEMA di bantu oleh Mejar Jeneral Angkatan Tentera (Perancis: Major Général des Armées), seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Perancis, yang akan menggantikannya jika diperlukan.

Disamping itu, secara langsung dibawah autoriti CEMA adalah :

Lihat juga sunting

Sumber sunting

  1. ^ Government of the French Republic (19 July 2017). "Décret du 19 juillet 2017 portant affectation et élévation d'un officier général". Dicapai pada 18 August 2019.
  2. ^ Government of the French Republic (8 February 1982). "Décret n°82-138 du 8 février 1982 fixant les attributions des chefs d'état-major". Dicapai pada 18 August 2019.
  3. ^ Government of the French Republic (21 May 2005). "Décret n° 2005-520 du 21 mai 2005 fixant les attributions des chefs d'état-major". Dicapai pada 18 August 2019.
  4. ^ Government of the French Republic (15 July 2009). "Décret n° 2009-869 du 15 juillet 2009 relatif aux attributions du ministre de la défense, du chef d'état-major des armées et des chefs d'état-major de l'armée de terre, de la marine et de l'armée de l'air". Dicapai pada 18 August 2019.
  5. ^ Government of the French Republic (12 September 2013). "Décret n° 2013-816 du 12 septembre 2013 relatif aux attributions du ministre de la défense et du chef d'état-major des armées". Dicapai pada 18 August 2019.
  6. ^ Government of the French Republic (28 April 1948). "Décret du 28 avril 1948 portant regroupement des états-major généraux de la guerre, de la marine et de l'air et création de l'état-major général des forces armées". gallica.bnf.fr. Dicapai pada 18 August 2019.