Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom)

Ketua Turus Pertahanan atau Chief of the Defence Staff (CDS) ialah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat ketenteraan paling kanan kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri. Ketua Turus Pertahanan berpusat di Kementerian Pertahanan dan bekerjasama dengan Setiausaha Tetap, iaitu pegawai kanan kerajaan dalam kementerian. Ketua Turus Pertahanan adalah jawatan British yang bersamaan dengan Ketua Pertahanan dalam NATO dan Kesatuan Eropah serta setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama AS dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Ketua
Turus Pertahanan
Bendera
Ketua Turus Pertahanan
Penyandang
Laksamana Sir Tony Radakin
sejak 30 November 2021
Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera British
SingkatanCDS
Lapor kepadaPerdana Menteri
Setiausaha Negara bagi Pertahanan
Bidang kuasaUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
PenamaSetiausaha Negara bagi Pertahanan
Dilantik olehRaja[1]
atas nasihat Perdana Menteri
Dibentuk1 Januari 1959
Pemegang pertamaMarsyal RAF Sir William Dickson
Timbalan/naibNaib Ketua Turus Pertahanan
Tapak webOfficial Website
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mengikut perlembagaan, Raja adalah Pemerintah Tertinggi de jure Angkatan Tentera. Bagaimanapun, menurut amalan, Kerajaan British melaksanakan de facto Prerogatif Diraja dan menyediakan arahan kepada Angkatan Tentera melalui Majlis Pertahanan Kementerian yang mana ahlinya adalah Ketua Turus Pertahanan.

Ketua Turus Pertahanan terkini ialah Laksamana Sir Tony Radakin, yang menggantikan Jeneral Sir Nick Carter pada November 2021. Ketua Turus Pertahanan dilantik atas nasihat Setiausaha Negara bagi Pertahanan kepada Perdana Menteri sebelum diperkenankan oleh Baginda Raja.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting