Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat

Ketua Turus Tentera Darat atau Chief of Staff of the Army (CSA) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 3033) yang disandang oleh jeneral empat bintang dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Darat, dan juga penasihat utama ketenteraan serta timbalan kepada Setiausaha Tentera Darat. Di dalam kapasiti yang berasingan, beliau adalah anggota Ketua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151), dan juga penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Turus merupakan pegawai tertinggi yang aktif dalam Tentera Darat AS melainkan Pengerusi dan/atau Naib Pengerusi Ketua Turus Bersama juga merupakan pegawai Tentera Darat.

Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat
CSA
Lencana Pengenalan Staf Tentera Darat
Bendera Ketua Turus Tentera Darat
Penyandang
Jeneral Randy A. George
sejak 21 September 2023
Jabatan Tentera Darat
Staf Tentera Darat
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Darat
Bidang kuasaAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
InstitusiOffice of the Chief of Staff of the United States Army (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KediamanQuarters 1 (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PusatThe Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, AS
Dilantik olehPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan4 tahun
Boleh diperbaharui
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 3033
PeloporPanglima Tentera Darat
Dibentuk15 Ogos 1903
Pemegang pertamaLTG Samuel B. M. Young
Timbalan/naibVice Chief of Staff of the United States Army (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Tapak webOfficial Website
Twitter: ArmyChiefStaff Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Turus Tentera Darat ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun Ketua Turus tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi ke atas angkatan Tentera Darat yang sebenarnya (iaitu di bawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), Ketua Turus boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Darat.

Ketua Turus Tentera Darat terkini ialah Jeneral Randy A. George dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Darat Malaysia dan Ketua Turus Am British.

Lihat juga sunting