Ketuhar gelombang mikro

Ketuhar gelombang mikro adalah perkakas dapur yang memanaskan makanan menggunakan pemanasan dielektrik. Ia berfungsi dengan menggunakan sinaran elektromagnet dalam julat frekuensi gelombang mikro untuk memanaskan molekul-molekul yang berkutub di dalam makanan. Pengujaan ini berlaku dalam keadaan yang hampir seragam di bahagian permukaan makanan tersebut di antara kedalaman 1 inci hingga 1.5 inci pada makanan yang lebih lembap; manakala pada makanan yang kering pula, radiasi akan menembus ke bahagian lebih dalam lagi. Penembusan ini membolehkan makanan dimasak dengan lebih sekata berbanding cara konvensional.

Sebuah ketuhar gelombang mikro dengan pintu yang terbuka.

Sungguhpun begitu, ketuhar ini mempunyai kegunaan terhad dalam bidang profesional memandangkan julat suhu pendidihan ketuhar jenis ini terlalu rendah untuk menghasilkan tindak-tindak balas kimia yang memberi rasa yang unik.[1] Walaupun begitu, suhu yang diperlukan ini boleh diberi dengan penambahan sistem perolakan.[2]

Komponen sunting

Sebuah ketuhar gelombang mikro secara asasnya terdiri daripada

  • punca kuasa bervoltan tinggi, biasanya sebuah alatubah atau penukar kuasa elektronik mudah yang mengalirkan tenaga kepada magnetron
  • kapasitor bervoltan tinggi yang dihubungkan kepada magnetron, alatubah dan cesi (chassis) melalui sejenis diod
  • Magnetron rongga yang menukarkan tenaga elektrik bervoltan tinggi kepada sinaran mikrogelombang
  • Sebuah litar pengawal magnetron (bersertakan mikropengawal)
  • Pandu gelombang pendek (untuk menggandakan kuasa gelombang mikro daripada magnetron ke kebuk memasak)
  • Kebuk memasak besi
  • Sejenis cakera pemutar atau kipas pandu gelombang besi
  • Panel kawalan digital / manual.

Rujukan sunting

  1. ^ This, Hervé (1995). Révélations gastronomiques (dalam bahasa Perancis). Éditions Belin. ISBN 978-2-7011-1756-0.
  2. ^ Datta, A. K.; Rakesh, V. (2013). "Principles of Microwave Combination Heating". Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety (dalam bahasa Inggeris). 12 (1): 24–39. doi:10.1111/j.1541-4337.2012.00211.x. ISSN 1541-4337.

Pautan luar sunting