Kevin Norwood Bacon[2] (lahir 8 Julai 1958)[3] ilaah seorang pelakon dan pemuzik Amerika Syarikat. Filem-filemnya termasuk filem drama muzikal Footloose (1984), drama konspirasi sejarah perundangan berkontroversi JFK (1991), drama perundangan A Few Good Men (1992), dokudrama sejarah Apollo 13 (1995), dan drama misteri Mystic River (2003). Bacon juga dikenali dengan menjayakan peranan yang lebih gelap seperti pengawal yang sadis di Sleepers (1996) dan pendera kanak-kanak yang bermasalah di The Woodsman (2004). Beliau juga terkenal dengan filem komedi hits National Animal House Lampoon (1978), Diner (1982), Tremors (1990) dan Crazy, Stupid, Love (2011). Filem-filem beliau yang lain yang terkenal ialah Friday the 13th (1980), Flatliners (1990), The River Wild (1994), Wild Things (1998), Stir of Echoes (1999), Hollow Man (2000), Frost/Nixon (2008), X-Men: First Class (2011), Black Mass (2015) dan Patriots Day (2016). Beliau sama-sama produktif di televisyen, setelah membintangi siri drama Fox The Following (2013-2015). Bagi filem asli HBO Taking Chance (2009), Bacon memenangi Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild, juga menerima pencalonan Anugerah Primetime Emmy. Baru-baru ini Bacon melakonkan watak tajuk dan menjadi peneraju siri televisyen perdana Amazon I Love Dick yang mana beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe.

Kevin Bacon
Bacon pada 2014
Kelahiran
Kevin Norwood Bacon

(1958-07-08) 8 Julai 1958 (umur 65)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, pemuzik
Tahun aktif1978–kini
PasanganKyra Sedgwick (k. 1988)
Anak-anak2, Travis dan Sosie Bacon[1]
BapaEdmund Bacon
SaudaraMichael Bacon (adik)
Holly Near (sepupu)
Laman web rasmibaconbros.com

The Guardian menamakannya salah seorang pelakon terbaik yang tidak pernah menerima pencalonan Anugerah Akademi.[4] Pada tahun 2003, Bacon menerima bintang di Hollywood Walk of Fame atas sumbangannya kepada industri perfileman.[5]

Bacon telah dikaitkan dengan konsep interconnectedness (seperti dalam rangkaian sosial), setelah dipopularkan oleh permainan "Sex Degrees of Kevin Bacon". Pada tahun 2007, beliau mencipta SixDegrees.org, sebuah yayasan amal.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kyra Sedgwick". geneall.net. Dicapai pada September 20, 2013.
  2. ^ Gary Boyd Roberts. "Ten Further Hollywood Figures (or Groups Thereof)". New England Historic Genealogical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2009. Dicapai pada January 2, 2008.
  3. ^ "Kevin Bacon". Biography.com. Dicapai pada July 21, 2012.
  4. ^ Singer, Leigh (February 19, 2009). "Oscars: the best actors never to have been nominated". The Guardian. UK. Dicapai pada May 2, 2010.
  5. ^ "Hollywood Walk of Fame - Kevin Bacon". walkoffame.com. Hollywood Chamber of Commerce. September 30, 2003. Dicapai pada May 9, 2017.
  6. ^ "Kevin Bacon biography". biography channel. Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2014. Dicapai pada October 12, 2014.

Pautan luar sunting