Kevin Großkreutz (lahir 19 Julai 1988) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk Stuttgart di posisi pertahanan.

Kevin Großkreutz
Maklumat peribadi
Nama penuh Kevin Großkreutz[1]
Tarikh lahir (1988-07-19) 19 Julai 1988 (umur 35)
Tempat lahir Dortmund, Jerman Barat
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 19
Kerjaya remaja
1992– DJK Rot-Weiß Obereving
VfL Kemminghausen
0–2002 FC Merkur 07 Dortmund
2002–2003 Borussia Dortmund
2003–2006 Rot Weiss Ahlen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Rot Weiss Ahlen II 2 (2)
2006–2009 Rot Weiss Ahlen 95 (23)
2009–2015 Borussia Dortmund 176 (23)
2015 Borussia Dortmund II 6 (0)
2015 Galatasaray 0 (0)
2016– VfB Stuttgart 7 (0)
Pasukan kebangsaan
2010 Jerman B21 1 (1)
2010– Jerman 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Februari 2016 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2014 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Großkreutz memulakan kerjayanya di kelab Dortmund, iaitu DJK Rot-Weiß Obereving, VfL Kemminghausen dan FC Merkur 07. Pada 2002, beliau menyertai kelab Borussia Dortmund dan beliau bermain sehingga berpindah ke Rot Weiss Ahlen. Beliau bermain pada skuad senior pada 2006 dan membawa kelabnya ke 2. Bundesliga pada 2008.

Borussia Dortmund sunting

Beliau bermain untuk Dortmund buat pertama kali pada 5 Disember 2009 ketika menang 4-0 ke atas 1. FC Nürnberg.

Großkreutz menjairngkan gol pertamanya untuk Dortmund pada 22 September 2010 ketika membelasah 1. FC Kaiserslautern 5–0. Pada 29 November 2010, Großkreutz menandatangani kontrak empat tahun untuk Dortmund sehingga Julai 2014.

Pada11 Disember, Großkreutz menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Marseille, 2-1 pada perlawanan Liga Juara-Juara dan berjaya untuk menghantar Dortmund ke peringkat kalah mati.

Kerjaya antarabangsa sunting

Großkreutz membuat penampilan antarabangsa penuh pada perlawanan persahabatan menentang Malta pada 13 Mei 2010. Pada Jun 2014, beliau tampil dalam skuad terakhir Jerman ke Piala Dunia FIFA 2014. Skuad Jerman memenangi kejohanan dunia itu dan walau bagaimanapun, beliau tidak membuat sebarang aksi perlawanan.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Borussia Dortmund

Antarabangsa sunting

Jerman

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai pada 11 June 2014.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad VfB Stuttgart