Khadijah Hashim (lahir 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia) merupakan novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita Harian (1976–1985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan 19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People - IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di Macau, China (2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.

Khadijah Hashim
Khadijah Hashim 01 Sep 2006.
Khadijah Hashim 01 Sep 2006.
Lahir (1942-04-20) 20 April 1942 (umur 81)
Johor, Malaysia
PekerjaanNovelis, penulis cerpen, pengarang pantun, penyajak

Beberapa cerpen dan novel Khadijah telah dijadikan drama televisen.[1]. Antaranya adalah novel "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, dan “Badai Semalam” dan “Dekat Disayang Jauh Dikenang”. Novel “Laila Azwa Gadisku” telah dijadikan filem televisen. Sementara novel “Mira Edora" dan "Pelangi Pagi” turut dijadikan filem dengan judul "Mira Edora" dan "Bicara Hati".[2]

Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya adalah novel “Badai Semalam” (1968) yang digunakan sebagai buku teks di Singapore dan Malaysia[3]. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, “Storms of Yesterday”, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 dan bahasa Sepanyol, "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. “Badai Semalam” diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21 dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia ("Malaysian Literature Series")[4].

Novel “Merpati Putih Terbang Lagi” memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel “Exiled” telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Novel “Langkah Pertama”nya telah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Mobil-MABOPA pada tahun 1995. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” dan “Siri Teladan dari Rimba” telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).

Novel sunting

  • Badai Semalam, Singapura: Pustaka Nasional, 1968, 201 halaman.
  • Jalan ke Kubur, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 139 halaman.
  • Pelangi pagi, Johor Baru, Penerbitan Penamas Malaysia, 1971, 133 halaman.
  • Merpati Putih Terbang lagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, 289 halaman.
  • Belum Masanya, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 96 halaman.
  • Di Tengah Kabus, Singapura: Pustaka Nasional, 1980, 123 halaman.
  • Bila dan di Mana, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 199 halaman.
  • Mira Edora, Kuala Lumpur: K Publishing Sdn Bhd, 1984
  • Dekat Disayang Jauh Dikenang, Petaling Jaya: `K’ Publishing & Distibutors Sdn. Bhd., 1984, 133 halaman.
  • Laila Azwa Gadisku, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1986, 144 halaman.
  • Cinta Kedua, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1989
  • Alun Hidup, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1990, 217 halaman.
  • Di Ruangmu Aku di Sini, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1992
  • Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 133 halaman.
  • Melawan Arus, ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 229 halaman.
  • Senator Adila,Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors 1993
  • Langkah Pertama, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1994, 126 halaman.
  • Fasa Kedua, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1995
  • Mencari Azizah, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1998

Cerita Pendek sunting

  • Segeluk Air, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 142 halaman.
  • Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 halaman.
  • Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 halaman.
  • Aku Anak Menteri, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1980, 73 halaman.
  • Batas Menanti, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1982, 95 halaman.
  • Hawa (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 250 halaman.
  • Angin Senja, Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.. 1985. 93 halaman.
  • Bujang Kota, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 144 halaman.
  • Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 halaman.
  • Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 halaman.
  • Kasih Entah di Mana, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2001
  • Mawar Merah di Jambagan, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2001

Cerita Pendek bagi Remaja sunting

  • Mawar Merah di Jambangan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1979, 129 halaman.
  • Angin dari Sawah, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd., 1980, 95 halaman.
  • Arnizah (Peny. bersama Othman Puteh) Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 82 halaman.
  • Malang Tak Berbau (Peny. Bersama Othman Puteh), Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 54 halaman.
  • Rahsia Gadis Bisu (Peny. bersama Othman Puteh), Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 61 halaman.

Buku Cerita Kanak-kanak sunting

  • Anak Kucing, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
  • Anak Monyet Mati Ibu, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
  • Balik Kampung, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
  • Dua Kali Dibedah, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd. 1983.
  • Hati Nurani Berdebar, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
  • Lauk Kenduri, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
  • Sepatu Bola, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
  • Tak Susah Sebut ‘R’, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
  • Siri Citra Sang Unggas: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2009
    • Dendam Helang
    • Jalak… O..Jalak
    • Hati Kera
    • Helah Murai
    • Gagak Putih
  • Siri Cerita Rakyat Si Awang: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.
    • Awang dengan Tempayan Buruk
    • Awang Lidi Sebatang
    • Awang dengan Bapa Burung
    • Awang Kenit
    • Awang dengan Gergasi
  • Siri Insan Madani: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Balasan Tsklabah
    • 500 Tahun Beribadat
    • Allah Pencipta Alam
    • Pembukaan Kota Makkah
    • Kasih Sejati
  • Siri Kembara Sang Kancil 1: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Sang Bedal yang Bebal
    • Buluh Berjasa
    • Kepingin Mentimun Muda
  • Siri Kembara Sang Kancil 2: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Gong Berdengung
    • Benkung Bernyawa
    • Dendam Belum Berakhir
  • Siri Kembara Sang Kancil 3: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Sang Bedal Tak Berbudi
    • Mati Hidup Semula
    • Taring Berbisa
  • Siri Kembara Sang Kancil 4: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Kenduri Besar
    • Cikgu Sang Kancil
    • Langit Nak Runtuh
  • Siri Kembara Sang Kancil 5: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Kecundang Sudahnya
    • Bakal Pengantin
    • Hidangan istimewa
  • Siri Legenda: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Si Tanggang
    • Batu Belah Batu Bertangkup
    • Badang
    • Puteri Gunung Ledang
    • Bawang Putih Bawang Merah, Kuala Lumpur
  • Siri Teladan dari Rimba: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Helah Si Bangau Tua
    • Singa Vegetarian
    • Jasa Tikus dan Semut Hitam
    • Burung Hantu Tertipu
    • Gajah dan Ular Buta
  • Siri Aura Fauna, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008
    • Semut Melancong ke Pulau Pinang
    • Sedap Rumput Enak Lagi Lobak
    • Rama-rama Nakal
    • Itik dan Buaya
    • Mencari Damai
  • Siri Sukabaca, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010
    • Angsa Berjasa
    • Arnab Buta
    • Misi Katak ke Angkasa
    • Ikan Emas Mangsa Banjir
    • Taat Anjing Manja si Kucing
  • The Best Story Ever Told About Series: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • The Boy and the Giant
    • The Boy from the Coconut
    • The Boy and the Parrot
    • The Boy Who Passed the Test
    • The Boy Who Couldn’t Lift the Axe
  • Siri Pantun Kanak-kanak : ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,
    • Mari Berpantun 1
    • Mari Berpantun 2
    • Mari Berpantun 4

Pantun sunting

  • 808 Pantun Baru, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1997
  • 1001 Pantun Baru, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1999
  • Mastika Warisan, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2005
  • 1010 Pantun Baru, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010

Kumpulan Penulisan Remaja sunting

  • Cerdik Tak Berakal (Peny.), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 87 halaman.
  • Ibuku Sayang (Peny.) Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 90 halaman.
  • Sayang Telani (Peny.), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, halaman.

Puisi sunting

  • Semerbak Puisi, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2004
  • Dua Dimensi Khadijah Hashim (sajak dan lukisan berus Cina) , Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,2008
  • Puisi Tunas Bangsa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008
  • Putera-puteri Malaysia, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010

Bimbingan sunting

  • Panduan Menulis Skrip Drama Radio, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1986, 136 halaman

Rujukan sunting

  1. ^ "The Star Online June 13, 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 2021-09-30.
  2. ^ The News Straits Time, May 30, 2009
  3. ^ Alaf21, Biodata Penulis, Badai Semalam, 2006
  4. ^ Institut Terjemahan Negara Malaysia's web page

Pautan luar sunting