Khairil Nizam Khirudin

Yang Berhormat Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jawi: خيرالنظام بن خيرالدين) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dari 2019 hingga 2021 dan Ketua Penerangannya sejak 2021.

Yang Berhormat Ir. Ts. Haji

Khairil Nizam Khirudin

JMN; PEng; PTech
Khairil Nizam pada 2020
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jerantut, Pahang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAhmad Nazlan Idris
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia
Memegang jawatan
2 November 2021
Didahului olehKamaruzaman Mohamad
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
28 Disember 2020 – 5 November 2022
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional
Dalam jawatan
10 November 2020 – 2 November 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAhmad Fadhli Shaari
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2019–2021
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehMuhammad Khalil Abdul Hadi
Digantikan olehAhmad Fadhli Shaari
Butiran peribadi
LahirKhairil Nizam bin Khirudin
(1979-10-16) 16 Oktober 1979 (umur 44)
Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (2020-kini)
Alma materUniversiti Teknologi Petronas
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera

Latar belakang sunting

Khairil dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak. Merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 1997-2002[1] dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset (Asset Management and Maintenance) dari universiti yang sama pada 2012-2013[1].

Kerjaya sunting

  • Ex-Technical Professional (Staff Engineer) PETRONAS
  • Ex-Lead Integrity Engineer, TALISMAN Malaysia Limited
  • Malaysian DOSH Offshore Self-Regulation Inspector

Penglibatan Politik sunting

Khairil Nizam telah menyertai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak 2009[2]. Beliau turut dilantik ke jawatan tinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Bendahari[3] (2011–2013), Naib Ketua[4][5] (2013–2017), Timbalan Ketua (2017–2019)[6] dan Ketua Pemuda (2019–2021)[7]. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8]

Penglibatan dalam Pilihanraya sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau bertanding di Parlimen Gombak mewakili PAS. Beliau mendapat undian yang paling sedikit berbanding calon BN-UMNO. Kerusi itu dimenangi oleh penyandangnya Mohamed Azmin Ali dari PH-PKR.

Keputusan pilihan raya ditandingi Khairil Nizam Khirudin
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Majority
2018 Parlimen Gombak[9] Khairil Nizam Khirudin (PAS) 17,537 Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN-UMNO) 26,392 48,721
Dato' Seri Muhamad Azmin Ali (PKR) 75,113

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Pengiktirafan kerjaya sunting

  1. Persijilan antarabangsa: API 510 (Pressure Vessel Inspection Code), API 570 (Piping Inspection Code), API 580 (Risk Based Inspection), API 653 (Tank Inspection, Repair, Alteration and Reconstruction)
  2. Persijilan Malaysia: OSR Inspector (Pressure Vessel and Crane)

Aktiviti kemasyarakatan sunting

  1. Bendahari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 1999
  2. Pengurus Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darul Ansar, Lanchang, Pahang.
  3. Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  4. Ahli Korporat Institute of Engineers Malaysia

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b https://my.linkedin.com/in/ir-hj-khairil-nizam-khirudin-06350044[pautan mati kekal]
  2. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2009-2011/
  3. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2011-2013/
  4. ^ https://pas.org.my/pimpinan-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2013-2015/
  5. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2015-2017/
  6. ^ https://pas.org.my/ahli-jawatankuasa-dewan-pemuda-pas-malaysia-dppm-sesi-2017-2019/
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-11. Dicapai pada 2019-11-13.
  8. ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  9. ^ http://pru14.spr.gov.my/#!/parliament/10/P.098
  10. ^ "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2021" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.