Khalid ibn Abdulaziz Al Saud

خالد بن عبد العزيز
Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud

Raja Khalid dari Arab Saudi
Keluarga Diraja Saudi
Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud

Raja Khalid ibni Raja Abdul Aziz Al Saud (13 Februari 1913 - 13 Jun 1982) (Arab: خالد بن عبد العزيز) ialah Raja Arab Saudi selepas peristiwa pembunuhan Raja Faisal iaitu pada tahun 1975 sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1982.

Khalid dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 1965 selepas abangnya (abang kandung) iaitu Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud menolak untuk menjadi raja. Beliau tidak begitu berminat dengan politik dan memberikan kuasa pemerintahan kepada adik tirinya iaitu Putera Mahkota Fahd.

Sempena penyusunan semula Majlis Menteri-Menteri pada tahun 1975, Raja Khalid menamakan Putera Mahkota Fahd sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1976, Raja Khalid terpaksa pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan disebabkan masalah jantung. Raja Khalid menanyakan kepada Presiden Carter, Presiden Amerika Syarikat ketika itu untuk menjual pesawat pejuang kepada Arab Saudi bagi membanteras kegiatan komunis di sana. Penghantaran pertama enam belas buah pesawat pejuang F-15s di bawah perjanjian dengan Presiden Carter tiba pada tahun 1982. Sesetengah pemerhati luar menggangap senjata tradisional dan lama tidak lagi sesuai digunakan di Arab Saudi. Pendapat ini nyata tepat apabila sekurang-kurangnya 500 pengganas menawan Masjidil Haram di Makkah pada 20 November 1979.

Beliau membuat keputusan untuk membawa masuk buruh asing ke dalam negara bagi membantu pembangunan negara. Raja Khalid meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Beliau digantikan oleh Putera Mahkota Fahd.