Khmer Rouge adalah organisasi komunis yang memerintah Kemboja dari 1975 hingga 1979. Namanya adalah Perancis: Khmer Rouge dalam maskulin tunggal, Khmer Rouges dalam jamak. Istilah "Khmer Rouge", bererti "Khmer Merah", dalam Perancis, telah diduitkan oleh Norodom Sihanouk dan kemudiannya diterima dalam Inggeris. Nama rasmi Khmer Rouge adalah Parti Komunis Kemboja, kemudiannya Parti Demokratik Kampuchea. Ia juga dikenali sebagai Parti Komunis Kampuchea, Parti Komunis Khmer dan Tentera Nasional Demokratik Kampuchea. Ia telah digulingkan oleh Republik Sosialis Vietnam pada 1979, setelah dimana terkemudian dilantiknya regim komunis pro-Soviet di Kemboja.

Setengah dari pemerintahan Khmer Rouge semasa mereka dalam kuasa. Pol Pot pada sebelah kiri. (Gambar dalam pameran di Muzium Tuol Sleng, Phnom Penh)

Regim Khmer Rouge diingati utamanya sebab kematian yang dianggarkan 1.7 juta orang (dari anggaran 7.1 juta populasi 1972), melalui hukuman mati, kelaparan dan kerja paksaan. Ia selalu dikatakan rejim paling ganas pada abad ke-20 — seiras dengan rejim Adolf Hitler dan, dalam pandangan ramai, Joseph Stalin. Dalam istilah nombor orang dibunuh sebagai nisbah di negara ia diperintah dan pada masa berkuasa, ia berkemungkinan rejim paling pembawa maut pada abad ke-20. Organisasi ini menerima sokongan semasa ia dalam kuasa dari Republik Rakyat China, yang berniat untuk "kotakkannya ke dalam" pada penyokong Soviet Republik Sosialis Vietnam.

Laksana Februari 2006, tiga dari ketua Khmer Rouge telah dipenjarakan sejak de facto mengakhiri pemerintahan organisasi itu (lain dari pengakhiran rasmi; lihat bawah). Pada 1981 Pol Pot rasminya membubarkan Parti Komunis Kemboja; dia meninggal dunia atas sebab semulajadi pada 1998.

Ideologi sunting

Fahaman parti ini dibentuk sekitar 1976 oleh kelompok Centre ("Pusat") pimpinan Pol Pot di mana ia menerapkan unsur-unsur Marxisme besertakan suatu bentuk nasionalisme bangsa Khmer yang sangat xenofobik.[1] Para pemimpin dan pakar teorinya sebelum ini pernah didedahkan Parti Komunis Perancis yang kuat bercenderung Stalinis pada tahun 1950s,[2]:249 serta juga model Albania pimpinan Enver Hoxha yang dianggap negara komunis termaju pada zamannya.[1]

Aspek nasionalisme Khmer ini didorong daripada pengagungan Kerajaan Angkor serta rasa ancaman terhadap kuasa-kuasa luar yang telah banyak menyerang kerajaan Kemboja seperti yang dilakukan oleh Siam dan Vietnam sebelum ini. Puak Khmer Rouge sangat menyasarkan terutamanya kepada warga-warga Cina, Vietnam, Cham sehinggalah ke keturunan kacukan mereka;[3] malah anggota-anggota Parti Komunis juga tidak terlepas daripada penahanan sebegini meskipun banyak daripada mereka sangat berpengalaman dalam perjuangan revolusi mereka.[4]:26

Modus operandi sunting

Pengusiran warga bandar sunting

Pihak rejim ini bergerak ke Phnom Penh dan kota-kota lain untuk memberitakan kononnya mengenai "ancaman pengeboman oleh Amerika Syarikat" di mana para penduduk dikehendaki berpindah ke suatu tempat perlindungan "dua atau tiga kilometer jauh" dan kekal di situ selama "dua atau tiga hari". Sesiapa sahaja yang membantah akan dibunuh segera dan kediaman mereka dibakar. Warga bandar membawa diri dalam perjalanan yang sangat panjang sehingga mengorbankan ribuan anak-anak dan orang tua.[5]

Penindasan sunting

Rejim ini banyak menahan, menyeksa serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap dalam kalangan "musuh",[6] termasuk:

  • Orang yang berkaitan dengan pemerintahan sebelumnya baik dari Republik Khmer mahupun Sangkum,
  • Para intelektual atau profesional (termasuk seniman, penulis, pemuzik dan orang wayang) termasuk sesiapa sahaja yang berpendidikan serta mempelajari bahasa asing,
  • warga berbangsa Vietnam, Cina, Thai serta peribumi Tanah Tinggi Utara,
  • para penganut agama Kristian, Buddha dan Islam (sehingga dipaksa memakan daging khinzir) - di mana banyak imam, paderi dan sami yang enggan menurut perintah rejim dihukum mati.
  • "pensabotaj ekonomi" - yakni ramai warga bandar yang dihukum kerana mereka tidak pandai bercucuk tanam,
  • rakan seperjuangan yang disyaki motif mereka[2]:3

Khmer Rouge mendirikan sebanyak 150 buah penjara untuk tahanan politik mereka termasuk keluarga rapat.[2]:3[7]

Kejatuhan sunting

Konflik sempadan serta banyak pelarian yang melarikan diri dari kekejaman rejim tersebut memuncak apabila Tentera Rakyat Vietnam dan Barisan Penyelamat Negara Bersatu Kemboja (turut termasuk anggota-anggota Khmer Rouge yang berpaling tadah[8]) menyerang Kemboja pada 25 Disember 1978 dan menawan Phnom Penh pada 7 Januari 1979. Suatu pemerintahan yang baru hasil penggulingan rejim ini membentuk Republik Rakyat Kemboja. Pihak Khmer Rouge yang digulingkan ini smeakin berundur ke kawasan-kawasan terpencil di barat Kemboja.[9]

Perbicaraan atas jenayah perang sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kiernan (2006) The Pol Pot Regime, Yale UP, p.25
  2. ^ a b c Jackson, Karl D (ed) (2014) Cambodia, 1975-1978: Rendezvous with Death, Princeton UP,
  3. ^ Weitz, Eric D. (2005). "Racial Communism: Cambodia under the Khmer Rouge". A Century of Genocide: Utopias of Race and Nation. Princeton University Press. m/s. 156–157, 162–164, 171–172. Someth May was a young Cambodian... [who] recalls... when a party cadre addressed a crowd [amidst deportation]: "As you all know, during the Lon Nol regime the Chinese were parasites on our nation. They cheated the government. They made money out of Cambodian farmers.... Now the High Revolutionary Committee wants to separate Chinese infiltrators from Cambodians, to watch the kind of tricks they get up to. The population of each village will be divided into a Chinese, a Vietnamese and a Cambodian section. So, is you are not Cambodian, stand up and leave the group. Remember that Chinese and Vietnamese look completely different from Cambodians.".... Under the new regime, the Khmer Rouge declared, "there are to be no Chams or Chinese or Vietnamese. Everybody is to join the same, single, Khmer nationality.... [There is] only one religion - Khmer religion. Similarly, a survivor recalls a cadre saying: "Now we are making revolution. Everyone becomes a Khmer."
  4. ^ Kiernan, Ben (2014). The Pol Pot Regime: Race, Power, and Genocide in Cambodia Under the Khmer Rouge, 1975-79. Yale University Press. ISBN 9780300142990.
  5. ^ Kiernan, Ben (1997). The Pol Pot Regime: Race, Power, and Genocide in Cambodia under the Khmer Rouge, 1975-79. London: Yale University Press. m/s. 31–158, 251–310. ISBN 0300096496.
  6. ^ Frey, Rebecca Joyce (2009). Genocide and International Justice. Infobase Publishing. m/s. 266, 267. ISBN 0816073104.
  7. ^ Locard, Henri (March 2005). "State Violence in Democratic Kampuchea (1975-1979) and Retribution (1979-2004)" (PDF). European Review of History. 12 (1): 134.
  8. ^ Vickery, Michael (1984). Cambodia : 1975–1982. Boston: South End Press. ISBN 0-89608-189-3.
  9. ^ Daniel Bultmann (2015) 'Inside Cambodian Insurgency. A Sociological Perspective on Civil Wars and Conflict', Ashgate: Burlington, VT/Farnham, UK, ISBN 9781472443076.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.