Kianit

Sejenis batu berharga berwarna biru

Kianit ialah sejenis mineral aluminosilikat yang berwarna biru, biasa didapati dalam batuan pegmatit metamorfosis yang kaya dengan aluminium dan/atau batuan enapan. Kianit dalam batuan metamorfosis biasanya menunjukkan tekanan yang lebih tinggi dari empat kilobar. Ia selalunya dijumpai dalam batuan quarza.

Kianit

Maklumat am
KategoriNesosilikat
Formula kimiaAl2SiO5
Pengecaman
WarnaBiru, putih, jarang hijau, kelabu, kuning, ungu, oren, dan hitam, boleh dizonkan
Tabii hablurTurus; serabut; bilah
Sistem hablurTriklinik
PengembaranLamelar pada {100}
Pembelahan[100] sempurna [010] tak sempurna dengan sudut 79° di antara
FrakturSelumbar
Kekerasan skala Mohs4.5-5 selari pada satu paksi
6.5-7 serenjang dengan paksi tersebut
KilauKekaca ke mutiara
Indeks biasannα = 1.712 - 1.718 nβ = 1.720 - 1.725 nγ = 1.727 - 1.734
Sifat-sifat optikDwipaksi (-)
PleokroismeTrikroik, tidak berwarna ke biru muda ke biru
GurisPutih
Graviti tentu3.53 - 3.65 diukur; 3.67 dikira
Diafaneiti Lut sinar hingga lut cahaya

Walaupun ia stabil pada tekanan dan suhu yang rendah, kegiatan air selalunya cukup banyak dalam keadaan begini sehingga ia digantikan dengan aluminosilikat hidrus seperti muskovit, pirofilit, atau kaolinit. Kianit juga dikenali sebagai disten, raetisit dan sianit.

Kianit ialah sebahagian daripada siri aluminosilikat, yang juga mengandungi andalusit polimorf dan silimanit polimorf. Kianit bersifat tak isotropi, di mana kekerasan ia berbeza mengikut arah kristalografi. Dalam kianit, ketidakisotropian ini boleh dikira sebagai ciri-ciri untuk mengenalpastinya.

Pada suhu lebih daripada 1100 °C kianit terurai menjadi mulit dan silika kekaca dengan persamaan tindak balas: 3(Al2O3·SiO2) → 3Al2O3·2SiO2 + SiO2. Perubahan ini menghasilkan pengembangan.[1]

Nama ia berasal sama seperti warna sian, daripada perkataan Yunani Purba κύανος. Ini dialihkan kepada Inggeris sebagai kyanos atau kuanos dan bermaksud "biru tua".

Kegunaan sunting

Kianit digunakan dalam refraktori dan barangan seramik, termasuklah paip porselin dan pinggan mangkuk. Ia juga digunakan dalam barangan elektronik, penebat electrik danpengempelas.

Kianit dianggap sebagai batu permata separa bernilai, yang mungkin peragakan merlip seperti baiduri bulan, tetapi kegunaan ini terhad dengan ketakisotropan dan ira sempurnanya. Ada beraneka warna kianit, termasuklah kianit jingga yang baru ditemui di Tanzania.[2] Warna jingga ini disebabkan kehadiran galian mangan (Mn3+) dalam struktur ia.[3]

Kianit ialah salah satu daripada mineral indeks yang digunakan untuk menganggar suhu, kedalaman, dan tekanan di mana batuan mengalami metamorfisme.

Cara pengecaman sunting

 
Kianit biru tua

Hablur turus dan memanjang kianit selalunya merupakan petunjuk utama galian tersebut, juga warnanya (apabila spesimen adalah biru). Galian yang hampir sama dengan ia berguna juga, tambahan dengan kehadiran batuan polimorf staurolite, yang selalunya terhasil bersama kianit. Tetapi, ciri-ciri yang paling berkesan untuk mengenal pasti kianit ialah ketakisotropan. Jika suatu spesimen disyaki merupakan sejenis kianit, kaedah pengesahannya ialah jika ia mempunyai dua nilai kekerasan berbeza pada paksi renjang; ia mempunyai kekerasan 5.5 selari ke {001} dan 7 selari ke {100}.

Kejadian sunting

Kianit terjadi dalam gneis, syis, pegmatit, dan telerang quarza disebabkan oleh tekanan metamorfisme utama batuan pelit setempat yang tinggi.[perlu rujukan] Ia dijadikan sebagai butiran gersik dalam batuan enap.[perlu rujukan] Ia terjadi disampingkan staurolit, andalusit, silimanit, talkum, hornblend, gedrit, mulit dankorundum.

Kianit terjadi dalam syis Manhattan, terhasil akibat tekanan lampau yang disebabkan dua jisim bumi yang membentuk Pangea.[4]

Rujukan sunting

 
Kianit dalam quarza, dikutip oleh Dr John Hunter, Muzium Hunterian, Glasgow
Petikan khas
  1. ^ Speyer, Robert (1993). Thermal Analysis of Materials. CRC Press. m/s. 166. ISBN 0-8247-8963-6.
  2. ^ M. Chadwick, Karen; R. Rossman, George (2009-01-01). "Orange kyanite from Tanzania". Gems and Gemology. 45.
  3. ^ M. Gaft; L. Nagli; G. Panczer; G. R. Rossman; R. Reisfeld (August 2011). "Laser-induced time-resolved luminescence of orange kyanite Al2SiO5". Optical Materials. 33 (10): 1476–1480. Bibcode:2011OptMa..33.1476G. doi:10.1016/j.optmat.2011.03.052.
  4. ^ Quinn, Helen (6 June 2013). "How ancient collision shaped New York skyline". BBC Science. BBC.co.uk. Dicapai pada 2013-06-13. Prof Stewart was keeping an eye out for a mineral known as kyanite, a beautiful blue specimen commonly seen in the Manhattan schist. 'Kyanite is a key mineral to identify, we know it only forms at very deep depths and under extensive pressure,' he said. 'It's like a fingerprint, revealing a wealth of information.' The presence of this mineral reveals that the Manhattan schist was compressed under incredibly high pressure over 300 million years ago. The schist formed as a result of two enormous landmasses coming together to form a supercontinent, known as Pangaea.
Rujukan am

Pautan luar sunting