Kim Byung-man (lahir 29 Julai 1975) adalah seorang pelawak Korea Selatan,[1] terkenal dengan aksi slapstik dan lagak ngeri dalam segmen Master dalam rancangan Gag Concert dan kemahiran kelangsungan hidup dalam rancangan Law of the Jungle, bertindak sebagai ketua rancangan tersebut. Pada November 2015, beliau menyertai rancangan baru terbitan SBS berjudul 'Shaolin Clenched Fists', dimana beliau bersama selebriti lain melawat biara Shaolin untuk mempelajari seni mempertahankan diri tradisi Shaolin dari guru-guru Shaolin.

Kim Byung-man
Kim Byung-man in 2012
Kelahiran (1975-07-29) 29 Julai 1975 (umur 48)
Jeonju, Wanju, North Jeolla Province
WarganegaraSouth Korean
Tahun aktif1995-present
Genreslapstick
PasanganA-ssi (2012)
Hasil karya dan perananGag Concert

Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGim Byeong-man
McCune–ReischauerKim Byŏngman

Biografi sunting

Kim dilahirkan di dalam keluarga miskin dengan seorang abang dan tiga adik perempuan di Jeonju, Wanju di Provinsi Jeolla Utara. Bapa beliau adalah seorang penagih alkohol kerana perniagaan yang tidak bernasib baik. Ibu beliau cuba untuk mendapat pendapatan dengan bekerja secara sambilan, seperti bekerja di restoran. Beliau juga cuba untuk menambah pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai seorang buruh. Kerana ingin menjadi seorang pelawak, beliau tinggalkan rumah dan berhijrah ke Seoul untuk tinggal di sebuah apartment bersama pelawak-pelawak baru lain. Selepas tiga kali gagl ujibakat di KBS dan empat kali di MBC, akhirnya beliau diterima oleh KBS pada 2002. Beliau menyertai Gag Concert dalam segmen Master sebagai Master, peranan beliau yang amat popular, dimana beliau melakukan tugasan luar biasa, menunjukkan kemampuan beliau untuk memperoleh kemahiran baru dengan cepat.[2]

Kim membuat penampilan pertama dalam filem yang berjudul "Gift" (선물) pada tahun 2002. Beliau juga mendapat tempat kedua dalam rancangan Kiss and Cry oleh Kim Yuna dimana penghibur-penghibur terkenal belajar untuk luncur ais dari ahli profesional.[3]

Sehingga 2012, beliau menandantangani kontrak di bawah Castle J Entertainment, dan pada 19 September, diumumkan beliau telah menandatangani kontrak eksklusif dengan SM C&C, subsidiari SM Entertainment, bersama Lee Soo-geun.[4]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Last Present Pelawak
2004 The Magic Police Diri sendiri
2005 Baribari Zzang Diri sendiri
2006 My Wife Is a Gangster 3 Ssogari
2007 Three Kims Anak ketiga Peranan pembantu
2008 Radio Dayz Pemandu trak
2011 Battlefield Heroes Penjaga untuk Gua 1
Super Monkey Returns Son Oh-gong

Siri Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 S Clinic Gae Jak-doo
2008 The Lawyers of The Great Republic Korea Jeon Yi-man (Penghantar jjajangmyun)
One Mom and Three Dads Tukang masak Perancis Kameo (Episod 7)
2008-2009 General Hospital 2 Oh Young Bum
2009 Jolly Widows Moon Goon (Auto mekanik untuk Yoon-jung) Barisan aktor tambahan
Hometown Legends Malaikat maut Episod 7
2010 Boy Meets Girl Diri sendiri Drama Istimewa
Dr. Champ Im Ki Man Cameo
2010-2011 Athena: Goddess of War Diri Sendiri Cameo
2012 Ohlala Couple Diri Sendiri (pakar dalam menangkap pasangan yang menipu) Cameo (Episod 2)
What's the Deal, Mom? Diri Sendiri
I Remember You Lee Deok-soo
2013 Chief Inspector Choi ll-Joo Detektif Ma Yong-hee
The Queen of Office Diri Sendiri (pakar masakan ketam mentah berempah) Cameo (Episod 3)
2017 Introverted Boss Diri sendiri Cameo (Episod 6)

Rancangan Hiburan sunting

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Nota
2002- Gag Concert Diri sendiri KBS2
2011–present Law of the Jungle Diri sendiri SBS Ahli tetap
2014 Clenched Fist Chef Diri sendiri SBS Bersama Henry Lau, Kangin, Vicoria Song dan Yook Joong Wan (Rose Motel)
Eco Village Diri sendiri Ahli tetap
2015-2016 Shaolin Clenched Fists Ahli tetap Episode 1-13

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja yang dicalonkan Keputusan
2011
SBS Entertainment Awards
Anugerah Paling Menonjol : Kategori Hiburan Law of the Jungle Menang
2012 Menang
2013
49th Paeksang Arts Awards
Penghibur Terbaik - Lelaki Menang
SBS Entertainment Awards
Daesang (Grand Award) Menang
2014
41st Korea Broadcasting Awards
Pelawak Terbaik Menang
2015
SBS Entertainment Awards
Daesang (Grand Award) Menang
2017
SBS Entertainment Awards
PD Award Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Mee-yoo, Kwon (July 6, 2011). "Reality TV gets a spin as stars challenge skating, dancing". Korea Times. Dicapai pada 21 September 2011.
  2. ^ "'Gagman' Kim Byung-man Tells of Rags-to-Riches Rise in Bio". South Korea: k-popexpress. August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-23. Dicapai pada 15 October 2011.
  3. ^ "F(X)'S KRYSTAL WINS 'KISS AND CRY'". k-popexpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-10. Dicapai pada 15 October 2011.
  4. ^ Ho, Stewart (19 September 2012). "Lee Su Geun, Kim Byung Man Join Kang Ho Dong at SM C&C?". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 6 October 2012.[pautan mati kekal]