Kimono (Jepun: 着物, secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai")[1] merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian tradisional negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kain perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Sebabnya kini Kimono merujuk kepada pakaian tradisional kerana budaya barat mempengaruhi budaya di Jepun selepas abad kesembilan belas, perkataan "Kimono" digunakan untuk membezakan pakaian barat ("Youhuku") pada ketika itu.

Pengantin perempuan memakai “Sihromuku” (gambar ini) ketika majlis perkahwinan.

“Kimono” khususnya merujuk kepada “Kosode”(小袖), pakaian yang berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, berserta kolar dan lengan baju panjang. Selain “Kosode”, “Kimono” ada jenis-jenis yang lain, misalnya “Hakama” (sepasang baju dan seluar berbentuk seperti skirt) dan “Jinbe”(sepasang baju seperti Kosode yang pendek dan seluar pendek). Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.

Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan)[2] dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).

Kosode sunting

Kini Kosode dianggap contoh tipikal pakaian Kimono. Kosode merupakan pakaian dengan bukaan lengan kecil manakala Osode merupakan pakaian yang berlengan besar. Pada abad kedua belas berlaku jurang taraf yang besar, golongan buruh memakai Kosode untuk bekerja, sementara golongan bangsawan memakai Osode.

Pada zaman pertengahan, golongan pahlawan lebih berkuasa daripada golongan bangsawan. Golongan pahlawan berasal daripada golongan buruh, maka mereka biasanya memakai Kosode kecuali ketika menghadiri upacara rasmi. Oleh itu, daripada golongan pemerintah sehingga golongan buruh kebiasaannya memakai Kosode yang merupakan pakaian harian untuk orang Jepun.

Yukata(浴衣) sunting

Yukata biasanya dianggap berbeza daripada Kimono, tetapi sebenarnya Yukata adalah sejenis Kimono. Yukata pada asalnya merupakan pakaian yang dipakai apabila mandi di sauna untuk melindungi kulit daripada stim yang panas. Namun selepas abad kedua belas, Yukata dipakai setelah mandi di sauna dan dijadikan pakaian tidur kerana kain Yukata menyerap peluh dengan baik dan boleh mengurangkan haba badan. Pada abad kelapan belas, Yukata juga digunakan semasa pergi dan pulang dari tempat mandi awam (Sentou) yang menjadi terkenal dalam kalangan buruh.

Kini Yukata biasanya dipakai ketika musim panas dan gaya pemakaian ini bermula sejak abad kesembilan belas. Pada kebiasaannya, orang Jepun memakai Yukata pada pesta bunga api dan pesta-pesta lain yang diadakan pada musim panas di Jepun. Tambahan pula, Yukata adalah sejenis Kimono yang paling terkenal dalam kalangan Jepun kerana Yukata lebih murah daripada jenis-jenis Kimono yang lain, lebih senang untuk dipakai dan terdapat banyak corak dan warna yang cantik.

Hakama(袴) sunting

Hakama adalah sejenis Kimono dan seluar berbentuk seperti kain panjang. Asal-usul Hakama tidak jelas, tetapi perkataan Hakama boleh dilihat di buku-buku yang ditulis pada abad kelapan. Bentuk Hakama pada zaman kuno ini serupa dengan pakaian Cina yang dipakai untuk menunggang kuda atau Hakama Korea yang dipakai kini. Hakama berbentuk serupa dengan seluar pelikat juga, maka bentuk Hakama lazim dijumpai di Asia Timur dan Asia Tenggara.

Hakama biasanya dipakai oleh lelaki Jepun, misalnya Samurai hingga ke abad kesembilan belas. Pada abad kesembilan belas, Hakama dipakai oleh perempuan Jepun sebagai pakaian seragam sekolah. Adat ini tidak diturunkan sehingga kini, tetapi ramai pelajar perempuan, khususnya pelajar universiti, akan memakai Hakama pada majlis penyampaian ijazah. Tambahan pula, Hakama ialah pakaian seragam rasmi untuk bermain sukan tradisional, misalnya Kendo dan Kyudo.

Jimbei(甚平, 甚兵衛) sunting

  Jimbei(甚平 atau 甚兵衛) ialah sejenis kimono Jepun. Asal nama “Jimbei” ada beberapa pendapat. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa perkataan “Jimbei” berasal daripada “Jinbaori(陣羽織)”, iaitu pakaian samurai, manakala sesetengah yang lain mengatakan bahawa “Jimbei” merupakan nama pengasas pakaian tersebut. Pakaian ini diperbuat daripada rami atau kapas dan telah digunakan sejak abad ke-19 di Kansai(barat). Jinbei boleh dipakai oleh orang dewasa dan kanak-kanak sewaktu musim panas. Jinbei ialah pakaian untuk lelaki manakala perempuan pula memakai “Yukata(浴衣)” pada musim panas.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-24. Dicapai pada 2007-09-28.
  2. ^ HanamiWeb

Pautan luar sunting