Kinoko Nasu (Jepun: 奈須 きのこ, Hepburn: Nasu Kinoko, dilahirkan pada 28 November 1973) ialah seorang penulis Jepun yang terkenal kerana menulis karya-karya novel visual seperti Tsukihime dan Fate/stay night. Gaya dan teknik penceritaan Nasu telah menjadikannya salah seorang daripada novelis visual paling popular di Jepun.

Biografi sunting

Bersama-sama rakan kelas sekolah menengahnya iaitu Takeshi Takeuchi, Nasu telah menubuhkan Type-Moon pada tahun 2000, asalnya sebagai sebuah kumpulan dōjin untuk mencipta novel visual yang berjudul Tsukihime, yang telah mendapat populariti tinggi dalam masa yang singkat; salah satu faktornya adalah gaya penceritaan Nasu yang unik. Sebuah judul sambungan kepada Tsukihime, iaitu Kagetsu Tohya, telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2001.

Selari dengan kejayaan Tsukihime, Type-Moon menjadi sebuah organisasi komersial. Pada tanggal 28 Januari 2004. Type-Moon mengeluarkan judul Fate/stay night, hasil karya Nasu; siri tersebut juga telah menarik perhatian dan seterusnya mengundang kejayaan yang tinggi, menjadi salah satu daripada judul novel visual paling popular pada hari keluarannya. Sebuah judul sambungan kepada Fate/stay night, iaitu Fate/hollow ataraxia, dikeluarkan pada 28 Oktober 2005. Kedua-dua karya novel visual Nasu (Tsukihime dan Fate/stay night) telah diadaptasikan menjadi siri-siri anime dan manga yang popular.

Karya-karya sunting

 
Salah satu daripada karya Nasu yang terkenal; Tsukihime.

Dikalangan karya-karya Nasu yang lebih awal termasuklah novel-novel Kara no Kyoukai, asalnya diterbitkan pada tahun 1998 dan dicetak semula pada tahun 2004, Angel Notes, Mahoutsukai no Yoru dan Koori no Hana.

Nasu juga telah menulis karya-karya berikut:

Novel-novel sunting

  • Kara no Kyoukai juga digelar Garden of Sinners - asalnya dikeluarkan pada tahun 1998 dan dicetak semula pada tahun 2004. Judul ini juga dikeluarkan semula dalam tiga buah jilid berformat dengan ilustrasi-ilustrasi baru pada tahun 2007.
  • Angel Notes
  • Mahōtsukai no Yoru
  • Kōri no Hana (Jepun: 氷の花, Hepburn: Bunga Ais)
  • Decoration Disorder Disconnection: Junk the Eater
  • Decoration Disorder Disconnection: HandS
Perhatian: "Kara no Kyoukai" mempamerkan ilustrasi oleh Takashi Takeuchi, manakala siri "DDD" pula mempamerkan seni oleh Koyama Hirokazu.

Novel visual sunting

Berkaitan sunting

  • Melty Blood - Judul permainan bertarung Melty Blood yang asal, mempamerkan sebuah Mod Cerita yang lebih mendalam, di mana judul ini sebenarnya merupakan novel visual yang mempunyai pembahagian cerita berdasarkan pilihan yang bergantung kepada keputusan perlawanan. Nasu juga menulis dialog-dialog untuk Mod Arked, yang pertama kalinya diperkenal dalam Melty Blood ReACT, dikeluarkan pada Mei 2004.

Lain-lain sunting

  • Nama "Type-Moon" berasal daripada salah satu daripada karya Nasu yang terawal, Angel Notes.
  • Nasu bermaksud terung dalam bahasa Jepun dan Kinoko bermaksud cendawan; maka, dia direka sebagai cendawan apabila membuat kemunculan dalam permainan video.
  • Menurut Tsukihime-Plus Disc, dia ingin mengeluarkan senario Satsuki, tetapi telah menghabiskannya 'dua tahun yang lalu', dan mungkin berasa kurang berpuas hati dengannya.

Pautan luar sunting