Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2016 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures. Dibintangi oleh Abdul Rani Kulup Abdullah, Hafreez Adam, Atikah Suhaime, Aizat Hassan dan Kartina Aziz, filem ini ditayangkan pada 17 Mac 2016.

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
PengarahEyra Rahman
PenulisRizuan Mat Nor
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
17 Mac 2016
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Sapura (Atikah Suhaime) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Eddie (Hafreez Adam). Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan pecintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernam Maya (Julia Farhana Marin) .Sapura tahu yang Eddie selalu menyakitkan hatinya namun disebabkan rasa sayang dan cinta terhadap Eddie, Sapura terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku terhadap hubungan cinta mereka

Atok Sapura Tok Daddy (Ayahanda Rani Kulup) dan Nenek Sapura, Nanny Rockie (Kartina Aziz) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Pura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu dan ayah mereka. Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu namun mereka membantah perhubungan mereka kerana, perangai Eddie yang tidak menyenangkan mereka. Hisham (Aizat Hassan) rakan baik Sapura sejak kecil telah menyimpan perassan terhadap Sapura.

Pada suatu malam, di hari jadi Sapura, satu kejadian yang tidak disengajakan telah berlaku. Eddie telah tersasul menyebut nama ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Oleh kerana marah dengan kejadian itu, Sapura membawa dirinya ke kampung dan Eddie pun turut sama mengikutnya untuk memujuk.

Namun adik beradik Sapura mempunyai rancangan lain untuk merosakkan hubungan mereka kerana mereka inginkan Sapura bersama Hisham. Apakah kesudahannya? Apakah prank yang akan di lakukan oleh adik-beradik Sapura? Hisham dan Sapura atau Eddie dan Sapura?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi diarahkan oleh Eyra Rahman yang sebelum ini mengarahkan filem Dua Kalimah (2013), Awak Nak Kahwin Dengan Saya? (2014) dan Isteri Untuk Dijual (2015). Ia juga merupakan filem pertama lakonan Atikah Suhaime yang memegang watak utama, bersama Hafreez Adam. Aktivis yang menerima jolokan Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah turut berlakon dalam filem ini, yang merupakan cabang pertamanya dalam bidang lakonan.

Keluaran dan sambutan sunting

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 17 Mac 2016.

Aqmar Mustaza dari Sinar Harian menyifatkan filem ini merupakan sebuah filem ringan, namun tetap menghiburkan. Beliau yang turut memuji lakonan pertama Abdul Rani Kulup, berkata: "Dengan keletah tiga pelakon cilik dan juga penampilan pertama kali Rani Kulup di layar perak, penulis melihat filem ini sesuatu yang baharu dan menarik untuk disampaikan. Perjalanan cerita yang santai juga membuatkan penonton tidak pening kepala dengan plot yang cuba disampaikan."[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Aqmar Mustaza (19 Mac 2016). Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi menghiburkan Sinar Harian. Dicapai pada 30 April 2016.

Pautan luar sunting