Kiub Poket

mainan teka-teki mekanik berbentuk kubus berdimensi 2x2x2

Kiub Poket ( juga dikenali sebagai Kiub Mini) ialah Kiub Rubik berdimensi 2x2x2. Kiub Poket terdiri daripada 1 teras dan 8 buah bahagian yang dicantumkan pada teras. Bahagian-bahagian Kiub Poket merupakan bahagian yang sama, iaitu bahagian bucu.

Kiub Poket yang telah dicampurkan.
Kiub Poket yang telah dicampurkan.

Kiub Poket dapat diselesaikan dengan cara yang sama seperti menyelesaikan bahagian-bahagian bucu Kiub Rubik.

Sejarah sunting

Pada March 1970, Larry D. Nichols mencipta sebuah permainan teka-teki 2x2 yang digbungkan menggunakan magnet. Nichols dibagikan sebuah paten A.S. pada 11 April, 1972, dua tahun sebelum Ernő Rubik mencipta kiubnya.Nichols memberi hak patennya kepada majikannya Moleculon Research Corp., yang menyaman Ideal Toy Company pada tahun 1982. Pada tahun 1984, Ideal kehilangan saman pelanggaran paten dan merayu. Pada tahun 1986, mahkamah rayuan menegaskan penghakiman bahawa Poket Kiub 2x2x2 Rubik melanggar paten Nichols, tetapi menjatuhkan penghakiman atas Kuib 3x3×3 Rubik.

Rekod dunia sunting

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Maciej Czapiewski dari Poland dengan masa 0.49 saat di pertandingan Grudziądz Open 2016.[1]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Martin Vædele Egdal dari Denmark dengan purata masa 1.21 saat di Kjeller Open 2018.[2]

Lihat juga sunting

Mainan teka-teki mekanik berkubus lain:

Mainan teka-teki mekanik menggunakan mekanik berbeza yang lain:

Kiub Poket sunting

Kiub Poket 180.75.238.153 02:49, 27 Jun 2023 (UTC)[balas]