Klise (juga dieja klisé, daripada istilah Perancis cliché terbitan kata kerja clicher "mengeklik"[1]) atau kata basi[2] ialah sebarang ungkapan, idea atau unsur yang terkandung dalam sesebuah karya seni yang digunakan secara lewahnya sehingga hilang maksud asal atau kesannya. Lewah guna ini mungkin juga sudah sampai ke tahap yang basi atau menjengkelkan, khususnya apabila ada ketika dahulu idea atau ungkapan itu dikira penuh bermakna ataupun amat baharu.[3]

Istilah ini sering digunakan dalam konteks budaya moden (secara pejoratifnya) untuk merujuk kepada suatu perlakuan atau idea yang dijangka atau diramal berdasarkan suatu peristiwa yang telah berlaku sebelum ini. "Klisé" barangkalinya bersifar benar mahupun sebaliknya.[4] Ada daripada klise-klise ini yang merupakan stereotaip, tetapi ada juga yang merupakan truisme dan fakta.[5] Klisé sering diguna pakai dalam karya fiksyen untuk tujuan komedi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Etymologie de cliché". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 10 November 2022.
  2. ^ "'cliché' — Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Januari 2018.
  3. ^ Gary Blake dan Robert W. Bly, The Elements of Technical Writing, m/s. 85. New York: Macmillan Publishers, 1993. ISBN 0020130856
  4. ^ "Thick skin and writing, cliché, but true". Short Story Library. Casey Quinn. 10 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2010. |section= ignored (bantuan)
  5. ^ "The Free Dictionary - Cliche". The Free Dictionary.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.