Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kolej komuniti di Pasir Gudang, Johor.
test

Sejarah penubuhan sunting

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.

Peranan sunting

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.

Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Kaedah Diploma sunting

Program Diploma Kolej Komuniti sunting

Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.

Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.

Konsep Program Diploma Kolej Komuniti sunting

Program ini melibatkan kerjasama Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (bersama Kolej-Kolej Komuniti) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.

Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja sunting

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan, kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan.

Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu.

Kaedah Sijil sunting

Program Sijil Kolej Komuniti sunting

Program ini memberi peluang kepada lulusan SPM atau SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep pembelajaran dan penilaian Kolej Komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan IPT tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pengajian pada peringkat sijil mengambil masa sekurang-kurangnya selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.

Kelayakan masuk sunting

  • Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
  • Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan.
  • Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon.

Program yang ditawarkan sunting

  1. Diploma Teknologi Automotif
    • Sijil Automotif
  2. Diploma Teknologi Elektrik
    • Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan)
  3. Diploma Teknologi Komputer
    • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
    • Sijil Teknologi Maklumat
  4. Diploma Hotel dan Katering
    • Sijil Hotel dan Katering
  5. Diploma Fesyen dan Pakaian
    • Sijil Fesyen dan Pakaian
  6. Diploma Teknologi Senibina
    • Sijil Pelukis Pelan Senibina
  7. Diploma Teknologi Pengiklanan
    • Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
  8. Diploma Pengurusan & Penyelenggaran Fasiliti
    • Sijil Penyenggaraan Bangunan
    • Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara
  9. Diploma Teknologi Pemprosesan Makanan
    • Sijil Pemprosesan Makanan & Kawalan Mutu Makanan
  10. Diploma Pelancongan & Pengembaraan
    • Sijil Pelancongan & Pengembaraan
  11. Diploma Perakaunan Perniagaan
    • Sijil Perakaunan Perniagaan

Visi dan misi sunting

Visi

“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi

“Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan”

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, busines dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungawab selari dengan falsafah pendidikan negara

Moto sunting

“Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”

Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepas menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan

Senarai Kolej Komuniti KPT sunting

Nama Kolej Komuniti Negeri
Kolej Komuniti Ledang Tangkak, Johor  
Kolej Komuniti Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor  
Kolej Komuniti Pagoh Pagoh, Johor  
Kolej Komuniti Muar Muar, Johor  
Kolej Komuniti Pasir Gudang Pasir Gudang, Johor  
Kolej Komuniti Batu Pahat Batu Pahat, Johor  
Kolej Komuniti Kluang Kluang, Johor  
Kolej Komuniti segamat Segamat, Johor  
Kolej Komuniti segamat 2 Segamat, Johor  
Kolej Komuniti Tanjung Piai Tanjung Piai, Johor  
Kolej Komuniti Bandar Tenggara Bandar Tenggara, Johor  
Kolej Komuniti Kota Tinggi Kota Tinggi, Johor  
Kolej Komuniti Tebrau Tebrau, Johor
Kolej Komuniti Tangga Batu Melaka  
Kolej Komuniti Arau Arau, Perlis  
Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra, Kedah  
Kolej Komuniti Bayan Baru, Bayan Baru Pulau Pinang  
Kolej Komuniti Bentong, Bentong, Pahang  
Kolej Komuniti Gerik, Gerik, Perak  
Kolej Komuniti Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor  
Kolej Komuniti Hulu Selangor Hulu Selangor, Selangor  
Kolej Komuniti Jasin Jasin, Melaka  
Kolej Komuniti Bukit Beruang Bukit Beruang, Melaka  
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kolej Komuniti Rembau Pedas, Negeri Sembilan  
Kolej Komuniti Jelebu Jelebu, Negeri Sembilan  
Kolej Komuniti Jempol Jempol, Negeri Sembilan  
Kolej Komuniti Tampin Tampin, Negeri Sembilan
Kolej Komuniti Kepala Batas Kepala Batas, Pulau Pinang  
Kolej Komuniti Kuala Langat Kuala Langat, Selangor  
Kolej Komuniti Tapah Tapah, Perak
Kolej Komuniti Kuala Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Komuniti Kuantan Kuantan, Pahang
Kolej Komuniti Kuching Kuching, Sarawak
Kolej Komuniti Kulim Kulim, Kedah
Kolej Komuniti Mas Gading Kuching,Sarawak
Kolej Komuniti Mentakab Mentakab, Pahang
Kolej Komuniti Masjid Tanah Masjid Tanah, Melaka
Kolej Komuniti Pasir Salak Pasir Salak, Perak
Kolej Komuniti Paya Besar Kuantan, Pahang
Kolej Komuniti Rompin Rompin, Pahang
Kolej Komuniti Pekan Pekan, Pahang
Kolej Komuniti Sabak Bernam Diarkibkan 2017-09-22 di Wayback Machine Sabak Bernam, Selangor
Kolej Komuniti Selandar Selandar, Melaka
Kolej Komuniti Selayang Selayang, Selangor
Kolej Komuniti Sungai Petani Sungai Petani, Kedah
Kolej Komuniti Sungai Siput Sungai Siput, Perak
Kolej Komuniti Tawau Tawau, Sabah
Kolej Komuniti Teluk Intan Teluk Intan, Perak
Kolej Komuniti Chenderoh Kuala Kangsar, Perak
Kolej Komuniti Tasek Gelugor Butterworth, Pulau Pinang
Kolej Komuniti Padang Terap Kuala Nerang, Kedah

Pautan luar sunting