Kolej Matrikulasi Johor

kolej di Tangkak, Johor, Malaysia

Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Tangkak, Johor, Malaysia.[1] Kolej ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2002, ketika program pendaftaran dan pengambilan pelajar baru buat kali pertama bagi sesi 2002/2003. Pada tahun tersebut, seramai 950 orang pelajar mendaftar di kolej ini dengan kekuatan asal tenaga pengajar yang hampir mencecah 100 orang.

Kolej Matrikulasi Johor
MotoKeilmuan Menjana Jatidiri
Ditubuhkan pada1 Mac 2002
PengarahTn Haji Mohd Yusof Bin Samad
Staf pentadbiran
192
Lokasi
Laman sesawangwww.kmj.matrik.edu.my

Kolej ini menawarkan program sains dan perakaunan iaitu Sains Sistem Dua Semester (S2S), Sains Sistem Empat Semester (S4S) dan Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S).

Sejarah Kolej sunting

Kolej Matrikulasi Johor mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan pengambilan pertama pelajar dalam lingkungan 800 orang. Ianya merupakan kolej matrikulasi keenam dibuka selepas Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Kolej ini terletak di daerah Tangkak dan lokasinya berdekatan dengan jalan utama ke Segamat. Keluasan kampus ini adalah sekitar 56 ekar dan dikelilingi dengan kawasan yang sedang membangun serta berhampiran kawasan rekreasi Gunung Ledang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

Visi dan Misi sunting

Visi

Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi.

Misi

Beriltizam menyedikan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Dasar Kualiti sunting

Kolej Matrikulasi Johor Beriltizam Memberi Perkhidmatan Berkualiti Dalam Pengurusan Hal Ehwal Akademik, Pelajar Dan Pembangunan Staf Bagi Memastikan Pelanggan Mendapat Manfaat Terbaik Melalui Perlaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti Yang Berkesan Secara Berterusan.

Pentadbiran sunting

Senarai Pengarah sunting

Bil. Nama Pengarah Tahun
1 En. Jailani bin Rusni 2002-2004
2 Tn. Haji Solehan bin Remot 2004-2005
3 Tn. Haji Abdul Wahab bin Sungip 2005-2007
4 Tn. Haji Abdullah bin Mohd Idris @ Idris 2007-2011
5 Tn. Haji Sasman bin Haji Yasir @ Suleiman 2011-2014
6 Tn. Haji Zaidi bin Yazid 2014-2015
7 Pn. Nor Haslinda binti Tahir 2015-2018
8 Tn. Haji Mohd Yusof bin Samad 2018 - sekarang

Pentadbiran Tertinggi sunting

Jawatan Nama
Pengarah Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad
Timbalan Pengarah En. Muhamad Fariq bin Che Mee
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar En. Azman bin Abdul Rahman
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial Pn. Rozilah binti Mohd Yatim
Ketua Jabatan Matematik En. Mohd Rosdi bin Rawi
Ketua Jabatan Sains En. Nor Mazlan bin Asrar

Jabatan Sains sunting

Jabatan Sains terdiri daripada Unit Kimia, Biologi, dan Fizik.

Unit Kimia terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 40 orang pensyarah yang merangkumi pensyarah bagi S2S dan S4S. Unit Biologi pula bernaung di bawah Jabatan Sains dengan kekuatan seramai 24 orang pensyarah. Unit Biologi terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Manakala Unit Fizik berada di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 32 orang pensyarah.

Jabatan Matematik sunting

Unit Matematik diletakkan di bawah Jabatan Matematik yang diketuai oleh Ketua Jabatan, En. Mohd Rosdi bin Rawi yang ditempatkan di aras satu bangunan pentadbiran. Pada masa ini, unit matematik mempunyai tenaga kerja seramai 34 orang pensyarah.

Subjek Matematik yang ditawarkan kepada pelajar adalah:

  • Matematik Sains (SM015/SM025) - Pelajar Sains Sistem Dua Semester (S2S)
  • Matematik Sains (DM015/DM025/DM035/DM045) - Pelajar Sains Sistem Empat Semester (S4S)
  • Matematik Akaun (AM015/AM025) - Pelajar Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S)

Unit Sains Komputer berada di bawah Jabatan Matematik. Pensyarah di unit ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang ICT. Kebanyakan mereka merupakan pendidik dari sekolah dan memilih untuk berkhidmat di kolej matrikulasi sehingga ke hari ini. Setiap pensyarah mempunyai kelulusan dalam pelbagai bidang berkaitan komputer seperti kejuruteraan perisian, pengaturcaraan, multimedia, sistem rangkaian dan sebagainya.

Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial sunting

Jabatan ini menempatkan Unit Bahasa Inggeris, Unit Pendidikan Islam & Moral, Unit Ekonomi, Unit Pengajian Am, Unit Perakaunan, dan Unit Perakaunan. Unit Bahasa Inggeris, Unit Pengajian Am, dan Unit Pendidikan Islam dan Moral mengajar subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi.

Kursus Ekonomi pula merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam Kursus Pengkhususan Jurusan Perakaunan Program Matrikulasi. Kursus ini terbahagi kepada Ekonomi 1 (AE015) dan Ekonomi 2 (AE025). Pada semester 1, pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Mikroekonomi yang berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi teori Mikroekonomi amat relevan dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional. Pada semester 2, pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Makroekonomi yang berkaitan dengan pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi. Aplikasi teori Makroekonomi amat relevan untuk menerangkan dan memahami perkembangan ekonomi semasa.

Jabatan Pengurusan Pelajar sunting

Jabatan ini menempatkan Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling & Kerjaya, dan Unit Kokurikulum.

Unit Peperiksaan sunting

Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Johor adalah unit yang menguruskan perkara berkaitan peperiksaan di kolej. Unit peperiksaan diletakkan di bawah Pengarah Kolej Matrikulasi Johor dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Unit Peperiksaan ditempatkan di bilik aras bawah bangunan pentadbiran berhadapan dengan bilik Ketua Jabatan Matematik dan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas.

Unit ini terdiri daripada dua orang pegawai peperiksaan berjawatan Penolong Pengarah Peperiksaan yang menjalankan tugas-tugas berkaitan peperiksaan di Kolej Matrikulasi Johor serta dibantu oleh seorang Pembantu Operasi.

Fasiliti sunting

Lagu Persada Gemilang sunting

Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisiplin ketrampilan
Mercu tanda kejayaan
Perkasakan jati diri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu
Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah
Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang

Alamat sunting

Kolej Matrikulasi Johor,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim

Emel: info.matrik@kmj.matrik.edu.my
Aduan: aduankmj@gmail.com
Tel: 06-978 1613
Fax: 06-978 1672

Rujukan sunting

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar sunting