Kolesterol ialah bahan berlemak]] (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol
Struktur kimia kolesterol
Model bola dan batang kolesterol
Model ruangan kolesterol
Sampel kolesterol
Nama
Nama IUPAC
Kolest-5-en-3β-ol
Nama IUPAC pilihan
(1R,3aS,3bS,7S,9aR,9bS,11aR)-9a,11a-Dimetil-1-[(2R)-6-metilheptan-2-ul]-2,3,3a,3b,4,6,7,8,9,9a,9b,10,11,11a-tetradekahidro-1H-siklopenta[a]fenantren-7-ol
Nama lain
Kolesterin, Kolesteril alkohol[1]
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.321
KEGG
UNII
  • InChI=1S/C27H46O/c1-18(2)7-6-8-19(3)23-11-12-24-22-10-9-20-17-21(28)13-15-26(20,4)25(22)14-16-27(23,24)5/h9,18-19,21-25,28H,6-8,10-17H2,1-5H3/t19-,21+,22+,23-,24+,25+,26+,27-/m1/s1 ☑Y
    Key: HVYWMOMLDIMFJA-DPAQBDIFSA-N ☑Y
  • InChI=1/C27H46O/c1-18(2)7-6-8-19(3)23-11-12-24-22-10-9-20-17-21(28)13-15-26(20,4)25(22)14-16-27(23,24)5/h9,18-19,21-25,28H,6-8,10-17H2,1-5H3/t19-,21+,22+,23-,24+,25+,26+,27-/m1/s1
    Key: HVYWMOMLDIMFJA-DPAQBDIFBB
  • C[C@H](CCCC(C)C)[C@H]1CC[C@@H]2[C@@]1(CC[C@H]3[C@H]2CC=C4[C@@]3(CC[C@@H](C4)O)C)C
Sifat
C27H46O
Jisim molar 386.65 g/mol
Rupa bentuk Serbuk hablur putih[2]
Ketumpatan 1.052 g/cm3
Takat lebur 148 hingga 150 °C (298 hingga 302 °F; 421 hingga 423 K)[2]
Takat didih 360 °C (680 °F; 633 K) (terurai)
0.095 mg/L (30 °C)[1]
Keterlarutan Larut dalam aseton, benzena, kloroform, etanol, eter, heksana, isopropil miristat, metanol
-284.2·10−6 cm3/mol
Bahaya
Takat kilat 209.3 ±12.4 °C
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol penyebab serangan jantung sunting

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Cholesterol, 57-88-5". PubChem, National Library of Medicine, US National Institutes of Health. 9 November 2019. Dicapai pada 14 November 2019.
  2. ^ a b "Safety (MSDS) data for cholesterol". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2007. Dicapai pada 2007-10-20.