Kolonel Yang DiPertua

Kolonel Yang DiPertua adalah satu jawatan istiadat didalam sesebuah rejimen tentera. Ia biasa digunakan dalam beberapa tentera darat Komanwel, yang mana ia dipegang oleh penaung rejimen, biasanya anggota kerabat diraja. Jawatan ini dahulunya digunakan didalam tentera darat beberapa pemerintahan beraja Eropah. Kolonel Yang DiPertua hanya mempunyai peranan istiadat dalam rejimen mereka.

Tentera Darat Norway telah mengambil pendekatan yang lebih pelik untuk jawatan ini, iaitu dengan melantik seekor penguin Sir Nils Olav sebagai Kolonel Yang DiPertua.[1][2]

Sejarah sunting

Dari segi sejarah Kolonel Yang DiPertua adalah ketua istiadat sesebuah rejimen, biasanya dari kalangan anggota kerabat diraja sesebuah negara Eropah. Amalan ini boleh dijejak dari tahun 1740 di Prusia apabila Raja Frederick II memegang jawatan ini didalam Garde du Corps yang baru diwujudkan, iaitu rejimen elit kavalri berat.[3]

Pada lewat abad ke-19 jawatan ini boleh diberikan kepada anak raja; wujud gambar anak perempuan Tsar Nicholas II dalam pakaian seragam rejimen mereka.[4] Kaiser Wilhelm II merangkul gelaran itu hingga ketahap ekstrim, memegang hingga berpuluh-puluh rejimen Jerman dan (melalui ihsan diplomatik) Austria-Hungary, British, Rusia, dan Portugis. Disamping itu, ibunya, isteri, anak lelaki, dan anak perempuan juga merupakan Kolonel Yang DiPertua atau timbalan Kolonel Yang DiPertua untuk pelbagai unit.[5]

Peranan sunting

Dalam penggunaan moden, Kolonel Yang DiPertua rejimen ialah (biasanya raja) penaung, yang mempunyai peranan istiadat dalam kehidupan rejimen. Mereka tidak mempunyai peranan operasi, atau hak untuk mengeluarkan arahan, tetapi dimaklumkan semua aktiviti penting rejimen dan membuat lawatan sekali-sekala ke unitnya. Tujuan utama Kolonel Yang Dipertua ialah mengekalkan hubungan langsung antara rejimen dan kerabat diraja.[perlu rujukan] Sesetengah rejimen artileri mempunyai seorang Kapten Jeneral bagi mengganti Kolonel Yang Dipertua, namun jawatan itu adalah sama.

Posisi Kolonel Yang Dipertua berbeza daripada jawatan istiadat rejimen yang lain seperti Kolonel Rejimen dan Kolonel Kehormat, yang biasanya datang dari pegawai tentera bersara atau tokoh awam yang ada kaitan dengan rejimen.

Kolonel Yang Dipertua dilantik atas jemputan rejimen. Adalah menjadi tradisi bagi tokoh diraja memegang posisi itu,[6] dan adalah atas budi bicara rejimen atau kor untuk menjemput mereka.

Setakat tahun 2015, sebahagian besar Kolonel Yang Dipertua dalam Tentera Darat British adalah anggota Keluarga Diraja British. Walau bagaimanapun, dua raja asing memegang posisi[perlu rujukan]:

 
Winston Churchill memeriksa Rejimen Kavalri Queen's Own Hussars, yang mana beliau adalah Kolonel Yang Dipertuanya, di Itali semasa tahun 1944

Pada masa lampau tiada tokoh diraja yang pernah pegang, atau dijemput pegang, jawatan Kolonel Yang Dipertua. Duke Wellington merupakan Kolonel Yang Dipertua rejimennya sendiri, manakala Winston Churchill adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Kavalri Queen's Own Hussars, iaitu rejimen yang beliau pernah berkhidmat sebelum memasuki politik. Gabenor Jeneral Kanada Adrienne Clarkson telah dijemput menjadi Kolonel Yang Dipertua Rejimen Infantri Ringan Kanada Princess Patricia,[7] sementara Kor Perubatan Tentera Darat Diraja Australia mengambil keputusan untuk meminta Gabenor Jeneral Australia menjadi Kolonel Yang Dipertuau.[8] Pengecualian ini, bagaimanapun, tidak mengubah maksud sebenar jawatan tersebut, iaitu bertindak sebagai penghubung peribadi antara rejimen dan Raja.[perlu rujukan]

Peranan ini telah berkembang ke tentera darat lain dalam Negara-Negara Komanwel, sekurang-kurangnya di negara yang mempunyai keluarga diraja.

Senarai Kolonel Yang DiPertua sunting

Australia sunting

Bermuda sunting

  • The Bermuda Regiment - Duchess of Gloucester

Kanada sunting

Armor sunting

Infantri sunting

 
Duke Edinburgh bersama askar Rejimen Kanada Diraja, yang mana baginda adalah Kolonel Yang DiPertua, pada tahun 2013

Cawangan Anggota sunting

Further information: List of Canadian organizations with Royal Patronage: Military

Malaysia sunting

Tentera Darat Malaysia sunting

Kelompok Tempur sunting
Kelompok Bantuan Tempur sunting
Kelompok Bantuan Perkhidmatan sunting

Tentera Udara Diraja Malaysia sunting

Tentera Laut Diraja Malaysia sunting

New Zealand sunting

Norway sunting

 
Sir Nils Olav, Kolonel Yang Dipertua Pengawal Raja Norway (dan seekor penguin)

Papua New Guinea sunting

United Kingdom sunting

Kavalri sunting

  • 1st The Queen's Dragoon Guards - Putera Wales
  • 9th/12th Royal Lancers (Putera Wales) - Duke of York
  • The Blues and Royals (Royal Horse Guards and 1st Dragoons) - Ratu
  • The King's Royal Hussars - Princess Royal
  • The Life Guards - Ratu
  • The Light Dragoons - Raja Jordan
  • The Queen's Royal Hussars (Queen's Own and Royal Irish) - Duke of Edinburgh
  • The Royal Dragoon Guards - Putera Wales
  • The Royal Lancers - Ratu
  • The Royal Scots Dragoon Guards (Carabiniers and Greys) - Ratu
  • The Royal Tank Regiment - Ratu
  • The Royal Wessex Yeomanry - Prince Edward
  • The Royal Mercian and Lancastrian Yeomanry - Ratu

Infantri sunting

  • Coldstream Guards - Ratu
  • The Duke of Lancaster's Regiment (King's, Lancashire and Border) - Ratu
  • Grenadier Guards - Ratu
  • Irish Guards - Ratu
  • The Mercian Regiment - Putera Wales
  • The Parachute Regiment - Putera Wales
  • The Princess of Wales's Royal Regiment (Queen's and Royal Hampshires) - Ratu Denmark
  • The Rifles - Duke of Edinburgh
  • The Royal Anglian Regiment - Duke of Gloucester
  • The Royal Gibraltar Regiment - TYT Gabenor Gibraltar
  • The Royal Gurkha Rifles - Putera Wales
  • The Royal Irish Regiment (27th (Inniskilling) 83rd and 87th and The Ulster Defence Regiment) - Duke of York
  • The Royal Regiment of Fusiliers - Duke of Kent
  • The Royal Regiment of Scotland - Ratu
  • The Royal Welsh - Ratu
  • Scots Guards - Ratu
  • Welsh Guards - Ratu
  • The Yorkshire Regiment (14th/15th, 19th and 33rd/76th Foot) - Duke of York

Bantuan Tempur sunting

  • Army Air Corps - Putera Wales
  • Corps of Royal Engineers - Ratu
  • Intelligence Corps - Duke of Edinburgh
  • Royal Corps of Signals - Princess Royal
  • Royal Regiment of Artillery - Ratu (stail Kapten Jeneral)

Pasukan Bantuan sunting

  • Adjutant General's Corps - Ratu
  • Corps of Royal Electrical and Mechanical Engineers - Duke of Edinburgh
  • Queen Alexandra's Royal Army Nursing Corps - Countess of Wessex
  • Royal Army Dental Corps - Duchess of Gloucester
  • Royal Army Medical Corps - Duke of Gloucester
  • Royal Army Veterinary Corps - Princess Royal
  • Royal Logistic Corps - Princess Royal
  • Small Arms School Corps - Duke of York

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Norwegian Consulate in Edinburgh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-01. Dicapai pada 2015-12-15.
  2. ^ a b "Military penguin becomes a 'Sir'". BBC News. 15 August 2008. Dicapai pada 13 September 2015.
  3. ^ Colonel-in-Chiefs belonging to the Hohenzollern Family
  4. ^ Granduchessa Maria Nikolaevna di Russia
  5. ^ Colonel-in-Chiefs belonging to the Hohenzollern Family
  6. ^ See this list of Colonel-in-Chief appointments held by The Prince of Wales. Diarkibkan 2012-10-17 di Wayback Machine
  7. ^ Clarkson to be given military honour Edmonton Journal 04/02/07
  8. ^ GG’s new role Department of Defence, 31/05/07
  9. ^ "Her Majesty Queen Elizabeth II accepts Royal Appointment as Colonel-in-Chief of the Canadian Armed Forces' Legal Branch". Department of National Defence. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-06. Dicapai pada 19 October 2013.