Komandan atau Commandant (/ˌkɒmənˈdɑːnt/ atau /ˌkɒmənˈdænt/) ialah sejenis gelaran yang sering diberikan kepada pegawai yang bertanggungjawab keatas sesebuah (atau pasukan beruniform lain) pusat latihan atau akademi. Istilah ini biasa digunakan di negara yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Di sebilangan negara ia boleh menjadi pangkat tentera atau polis. Ia juga kerap merujuk kepada komander sesebuah penjara tentera atau kem tahanan (termasuk kem tahanan Nazi dan kem tawanan perang).

Perancis sunting

Di dalam Tentera Darat dan Tentera Udara Perancis, istilah komandan digunakan sebagai sejenis pangkat yang setaraf dengan mejar (Kod pangkat NATO OF-3). Namun, didalam Tentera Laut Perancis gelaran komandan merupakan penggayaan, bukannya pangkat, bagi para pegawai kanan, khususnya capitaine de corvette, capitaine de frégate dan capitaine de vaisseau.

India sunting

Di dalam Tentera Darat British India, Pegawai Memerintah sebuah batalion infantri atau rejimen kavalri dikenali sebagai komandan. Pegawai memerintah setiap batalion dalam Pasukan Pusat Polis Bersenjata (BSF, CRPF, CISF, ITBP, SSB) dan dua dari tiga pasukan separa tentera India (ICG, AR) juga dipanggil sebagai komandan (pangkat Superintenden Kanan).

Tentera Darat India juga menggunakan gelaran Kolonel Komandan antara tahun 1922 dan 1928 sama seperti yang digunakan oleh Tentera Darat British.

Ireland sunting

Di dalam Tentera Ireland, komandan adalah setaraf dengan pangkat mejar di tentera darat yang lain.

United Kingdom sunting

Di dalam Angkatan Tentera British, komandan lazimnya adalah Pegawai Memerintah sesebuah pusat latihan, seperti Akademi Tentera Diraja Sandhurst atau Maktab Tentera Udara Diraja Cranwell.

Kolonel Komandan adalah jawatan lantikan yang wujud dalam Tentera Darat British antara tahun 1922 dan 1928, dan dalam Marin Diraja dari tahun 1755 hingga satu tempoh selepas Perang Dunia II. Ia menggantikan Brigedier Jeneral dalam tentera darat, dan kemudian ia digantikan oleh Brigedier dalam Tentera Darat dan Marin. Kolonel Komandan juga adalah ketua istiadat beberapa kor tentera darat dan posisi ini biasanya dipegang oleh seorang jeneral kanan.

Komandan juga adalah jawatan lantikan, setaraf dengan Komodor, disandang oleh Pengarah Pasukan Laut Diraja Wanita antara tahun 1951 dan 1993.

Di dalam Kadet Udara Tentera Udara Diraja, pegawai bertanggungjawab bagi pusat itu diberikan gelaran Komandan Kadet Udara dan akan memegang posisi itu selama dua tahun.

Amerika Syarikat sunting

Di Amerika, 'komandan' adalah satu jawatan, bukannya pangkat, dan tiga jawatan berikut yang masih wujud:

Sebelum itu, pegawai laksamana telah dilantik sebagai komandan wilayah laut.

Komandan ialah pegawai kedua paling kanan (selepas Superintenden) Akademi-akademi Tentera Amerika Syarikat, seperti West Point, Annapolis, dan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat, setaraf dengan Dekan di sebuah maktab awam. Komandan juga adalah gelaran pegawai memerintah kebanyakkan unit-unit Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat Amerika Syarikat, termasuk akademi pegawai tanpa tauliah, yang mana komandannya memerintah sekumpulan Sarjan Mejar.

Komandan juga adalah gelaran pegawai bertanggungjawab bagi setiap Maktab Perang dalam tentera Amerika, dan bertanggungjawab bagi pentadbiran, kemajuan akademik dan kejayaan pegawai-pegawai awam dan tentera yang ditugaskan ke maktab itu. Beliau adalah contoh bagi semua anggota, seorang graduan akademi tentera yang bersifat sempurna dan berperawakan yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan perkhidmatan tentera. Ia termasuklah Maktab Perang Laut, Maktab Perang Udara, Maktab Perang Darat, Maktab Perang Kor Marin dan Maktab Perang Nasional.

Komandan ialah gelaran bertugas bagi pegawai memerintah Maktab Juruterbang Ujian Tentera Udara AS.

Komandan juga adalah gelaran bertugas bagi pemimpin pegawai tanpa tauliah kanan untuk akademi Pengajian Profesional Ketenteraan (PME) Tentera Udara Amerika Syarikat, seperti Maktab Kepimpinan Laskar Udara, Akademi Pegawai Tanpa Tauliah, dan Akademi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan.

Gelaran tersebut juga boleh digunakan untuk komander sesebuah unit markas, yang lazimnya bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran seperti penginapan askar dan dipanggil komandan markas; ia juga boleh ditugaskan ke pegawai staf di markas yang lebih besar.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting