Konduktor muzik

orang yang mengarahkan kumpulan muzik semasa persembahan

Konduktor muzik ataupun pemimpin muzik ialah seorang pemimpin persembahan sebuah orkestra, opera, koir, konsert atau ensembel muzik [1]. Pengarahan menerusi cara gerak isyarat yang dapat dilihat ini ialah tindakan perlaksanaan arahan muzik menerusi seni pengawalan untuk persembahan - persembahan kumpulan pemuzik [2]. Kebanyakan konduktor muzik di rumah-rumah opera dan dewan-dewan simfoni memegang jawatan sebagai Pengarah Muzik di tempat-tempat tersebut.

Seorang konduktor memimpin orkestra muzik
Skor dan baton konduktor muzik

Tatanama sunting

Konduktor muzik utama untuk sesebuah syarikat orkestra atau opera kadangkala dirujuk sebagai pengarah muzik atau ketua konduktor, atau dalam bahasa Jerman sebagai kapellmeister. Konduktor-konduktor untuk koir pula kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Konduktor-konduktor untuk pasukan ketenteraan atau lain-lain kebiasaannya digelar pemimpin pancaragam. Kebiasaannya, konduktor-konduktor yang berpengalaman digelar maestro yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pakar atau guru.

Pautan Wikipedia bahasa Inggeris sunting

Rujukan sunting

Buku rujukan sunting

  • Norman Lebrecht, The Maestro Myth: Great Conductors in Pursuit of Power, Edisi ke-2, Citadel Press 2001
  • Brock McElheran, "Conducting Technique"
  • Frederik Prausnitz, "Score and Podium"
  • Max Rudolf, "The Grammar Of Conducting"
  • Larry G. Curtis and David L. Kuehn, "A Guide To Successful Instrumental Conducting."
  • Michel Faul, "Louis Jullien, musique, spectacle et folie au XIXe siècle" (edisi Atlantica, France 2006).

Pautan luar sunting