Konfederasi Bola Sepak Oceania

Konfederasi Bola Sepak Oceania merupakan satu daripada enam konfederasi bola sepak antarabangsa, yang dianggotai oleh negara New Zealand, Fiji, Tonga dan beberapa buah kepulauan di perairan Pasifik. Sebagai ahli FIFA, negara yang bernaung di bawah OFC layak untuk menyertai kejohanan Piala Dunia FIFA dan Piala Dunia Wanita FIFA.

Negara-negara di bawah OFC sebahagian besarnya dianggotai oleh kepulauan kecil di mana permainan bola sepak bukanlah sukan utama. Pada tahun 2006, negara terbesar di bawah naungan OFC, Australia menganggotai konfederasi Asia, AFC.


Keahlian sunting

Ahli terkini sunting

OFC dianggotai oleh 11 ahli dan 3 ahli bersekutu.[1]

Kod negara Persatuan bola sepak Pasukan kebangsaan Ditubuhkan Tahun penganggotaan
FIFA
Tahun penganggotaan
OFC
Ahli IOC
ASA   American Samoa2 (L, W) 1984 1998 1998 Ya
COK   Cook Islands3 (L, W) 1971 1994 1994 Ya
FIJ   Fiji (L, W) 1938 1964 1966 Ya
KIR   Kiribati1 (L, W) 1980 N/A 2007 Ya
NCL   New Caledonia4 (L, W) 1928 2004 1966 Tidak
NZL   New Zealand (L, W) 1891 1948 1966 Ya
NIU   Niue1, 3 (L, W) 1960 N/A 2006 Tidak
PNG   Papua New Guinea (L, W) 1962 1966 1966 Ya
SAM   Samoa (L, W) 1968 1986 1986 Ya
SOL   Solomon Islands (L, W) 1979 1988 1988 Ya
TAH   Tahiti4 (L, W) 1989 1990 1990 Tidak
TGA   Tonga (L, W) 1965 1994 1994 Ya
TUV   Tuvalu1 (L, W) 1979 N/A 2006 Ya
VAN   Vanuatu (L, W) 1934 1988 1988 Ya

1. Ahli bersekutu OFC, namun bukan ahli FIFA.
2. Jajahan tidak rasmi Amerika Syarikat.
3. Negara bersekutu dengan New Zealand.
4. Wilayah Luar Negeri Perancis.

Bekas ahli sunting

Pasukan Israel juga bermain dalam beberapa kejohanan OFC di antara tahun 1970 hingga 1980, namun begitu mereka bukanlah ahli rasmi OFC.

Bukan ahli sunting

Beberapa wilayah dan kepulauan di perairan Pasifik yang bukan merupakan ahli OFC seperti:

Jajahan Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik seperti   Guam dan   Kepulauan Mariana Utara merupakan ahli Konfederasi Bola Sepak Asia.


Rujukan sunting

  1. ^ "Member Associations". Oceania Football. Oceania Football Confederation.
  2. ^ "Oceania Football Confederation - Content". archive.org. 6 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-03. Dicapai pada 14 Mac 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "Football". npage.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-19. Dicapai pada 14 Mac 2017.


Pautan luar sunting