Konsonan geseran atau frikatif ialah konsonan yang dihasilkan dengan menolak udara melalui saluran sempit yang terhasil dengan merapatkan dua daerah artikulasi dalam saluran suara, seperti bibir bawah pada gigi atas untuk menghasilkan bunyi [f]; belakang lidah pada lelangit lembut bagi bunyi [x] (kh dalam perkataan khidmat); atau tepi lidah pada gigi geraham bagi bunyi [ɬ] (ll, dalam bahasa Wales yang terdapat dalam nama Llanelli). Aliran udara yang bergelora sebegini dipanggi penggeseran. Di kalangan konsonan geseran terdapat satu subset tertentu yang dipanggil sibilan, yang dihasilkan apabila penutur juga menolak udara melalui saluran sempit, tetapi kali ini lidah dilaraskan memanjang untuk menghalakan udara ke hujung gigi, seperti bunyi [s], [z], dan [ʃ] (sy dalam perkataan syarikat).

Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Geseran sibilan sunting

bersifat Kesemua sibilan bersifat koronal (iaitu disebut di bahagian hadapan lidah yang anjal), tetapi pada masa yang sama boleh juga digeserkan pada gigi, gusi, belakang gusi, atau lelangit (gelungan). Di daerah belakang gusi pula, lidah boleh dilaraskan kepada beberapa bentuk: melengkung, daun lidah dinaikkan (laminal), atau hujung lidah dinaikkan (apikal), setiap satunya diberi aksara dan nama yang berbeza-beza. Sibilan gelungan prototaip disifatkan sebagai sub-apikal dan lelangit, tetapi biasanya sama aksaranya dengan sibilan belakang gusi apikal. Sibilan gusi dan gigi juga boleh disifatkan apikal atau laminal, tetapi perbezaan ini ditandakan dengan diakritik, bukannya diberi aksara baru.

Geseran bukan sibilan tengah sunting

Geseran sisian sunting

Aksara yang dikongsi oleh geseran dan malaran tak bergeser sunting

Tiada satu bahasa yang dikenali yang membezakan geseran bersuara dan malaran tak geser (aproksiman) di daerah-daerah tersebut, maka aksara yang sama diberikan kepada kedua-duanya sekali. Bagi farinks dan epiglotis, lebih banyak malaran tak bergesernya berbanding geseran. Geseran boleh dinyatakan dengan membubuh tanda paku di atas aksaranya, [ʁ̝, ʕ̝, ʢ̝]. Begitu juga, tanda paku bawah dibubuh untuk menyatakan malaran tak geser, [ʁ̞, ʕ̞, ʢ̞].

(Malaran tak geser dwibibir dan malaran tak geser gigi juga tidak diberi aksara tersendiri, sebaliknya ditandai sedemikian rupa: [β̞, ð̞]. Aksara-aksara asanya pula difahami sebagai lambang geseran.)

Geseran palsu sunting

Dalam kebanyakan bahasa, "geseran" glotis ini sebenarnya merupakan keadaan glotis berbunyi tanpa cara artikulasi tertentu, tak kira bergeser atau sebaliknya, tetapi dalam sebilangan bahasa tertentu seperti bahasa Arab, barulah geseran betul namanya.

Selain itu, bunyi [ʍ] lazimnya dipanggil "geseran bibir-velar tak bersuara", tetapi sebenarnya berbentuk malaran tak geser. Tidak wujudnya geseran artikulasi berganda dalam mana-mana bahasa pun; apapun rujuk geseran lelangit-velar tak bersuara sebagai contoh yang sangat dipertikaikan.

Lihat juga sunting