Konsonan klik ialah bunyi pertuturan yang digunakan sebagai konsonan dalam pelbagai bahasa yang dituturkan di kawasan selatan Afrika, dan juga tiga bahasa di bahagian timur benua tersebut. Konsonan klik merupakan obstruen yang disebut dengan dua tutupan (titik bersentuhan) dalam mulut, satu ke depan dan satu di belakang. Takungan udara yang ditahan di antara tutupan tersebut direnggangkan oleh hisapan lidah. Peniruan bunyi sesetengah jenis haiwan seperti cicak (cak-cak'cak) juga disifatkan sebagai bunyi klik.

Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Bunyi sunting

Konsonan klik boleh dihasilkan pada lima daerah artikulasi. Jadual berikut menerangkan kelima-lima konsonan klik mengikut daerah artikulasi dan aksara IPA khusus masing-masing. Aksara-aksara IPA digunakan dalam penulisan kebanyakan bahasa-bahasa Khoisan, sementara bahasa-bahasa Bantu seperti Zulu biasanya menggunakan huruf-huruf Rumi c, x dan q, masing-masing untuk klik gigi, sisian dan gusi.

Konsonan klik IPA Huraian
Klik bibir ʘ Bunyi yang dihasilkan dengan mengucupkan bibir, cuma tanpa memuncungkan bibir seperti bercium.
Klik gigi ǀ Bunyi decitan yang nyaring (bernada tinggi), hasil menghisap gigi hadapan
Klik gusi ǃ Bunyi lompong yang agak kuat seakan-akan gabus dicabut dari botol kosong, hasil menarik hujung lidah dengan kasar dari lelangit mulut ke bawah
Klik lelangit ǂ Bunyi lompong yang lebih lembut berbanding klik gusi, hasil lidah diratakan lalu mengetuk lelangit
Klik sisian ǁ Bunyi decitan yang tidak senyaring klik gigi, hasil menghisap gigi geraham di sebelah atau kedua-dua belah mulut.

Rujukan sunting

  • Ladefoged, Peter. 1968. A phonetic study of West African languages: An auditory-instrumental survey. Cambridge University Press, 2nd edition. ISBN 0-521-06963-7
  • Ladefoged, Peter (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19814-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Amanda Miller, Levi Namaseb, Khalil Iskarous. 2003. Tongue Body constriction differences in click types.
  • Traill, Anthony & Rainer Vossen. 1997. Sound change in the Khoisan languages: new data on click loss and click replacement. J African Languages and Linguistics 18:21-56.

Pautan luar sunting