Kontena RACE (Railways of Australia Container Express) ialah versi lebih lebar kontena piawai ISO yang boleh membawa 2 palet piawai Australia sebelah menyebelah, yang digunakan perkhidmatan keretapi di Australia.

Kontena RACE dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri New South Wales. Ia direka untuk membawa 20 palet piawai 1168mm x 1168mm yang diletak dalam dua tindanan. Kapasiti muatannya ialah 17 tan dan ia mempunyai pintu tepi dan belakang untuk memudahkan pemuatan dan pemunggahan. Terdapat juga kontena ISO RACE versi berudara, pendingin, dan yang bukan untuk barangan berpalet.[1]

References sunting

  1. ^ Network April, 1978 Published by the Railways of Australia Committee p27