Kontrak adalah undang-undang yang mengawal urusan perjanjian.

Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.

Contoh ringkas perbezaan perjanjian dengan kontrak: Seorang teman lelaki telah berjanji kepada teman wanitanya untuk membelanja teman wanitanya menonton wayang pada pukul 2 petang esok. Pada pukul 2 petang keesokan harinya si teman wanita berada di kawasan panggung tetapi si teman lelaki tidak muncul-muncul. Secara umumnya si teman wanita tidak boleh menyaman teman lelakinya kerana mungkir perjanjian untuk membelanjanya menonton wayang.

Seorang peniaga telah memberitahu pemborong bahawa si peniaga mahu membeli 100 unit pen daripada si pemborong. Si peniaga berjanji akan membayar harga 100 unit pen tersebut apabila si pemborong menghantar barangan tersebut ke kedai si peniaga. Apabila barangan telah sampai ke kedai si peniaga, si peniaga bertukar fikiran dan tidak mahu membayar harga 100 unit pen tersebut. Secara umumnya si pemborong boleh menyaman si peniaga tersebut.

Ciri-ciri asas sunting

Perlulah difahami bahawa ciri-ciri asas sesuatu kontrak berbeza di antara negara-negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang berbeza.

Di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" seperti England, Malaysia dan India, ciri-ciri asas sesuatu Kontrak adalah seperti berikut:

  1. Ada tawaran;
  2. Ada penerimaan;
  3. Ada balasan.

Sekiranya ciri-ciri asas itu tidak wujud, maka di negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" suatu kontrak yang sah dianggap tidak wujud. Yang mungkin wujud hanyalah perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah

Sumber Undang-undang Kontrak di Malaysia sunting

Sumber utama undang-undang kontrak di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Akta Kontrak 1950.
  2. Common Law, iaitu prinsip-prinsip yang diputuskan di dalam kes-kes mahkamah.

Salah faham umum sunting

Semua perjanjian adalah kontrak dan boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang

Ada sebahagian orang awam berpendapat bahawa apa sahaja perjanjian yang mereka buat boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Pendapat ini adalah silap kerana bukan semua perjanjian memenuhi ciri-ciri Kontrak. Jika sesuatu perjanjian itu tidak memenuhi ciri-ciri Kontrak, maka ia tidak boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. Contohnya jika suatu perjanjian itu tidak wujud "balasan", maka perjanjian itu bukanlah suatu kontrak yang sah dan oleh itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang.

Perjanjian bertulis yang dibuat oleh dua pihak, juga mengikat pihak-pihak lain yang tidak menandatangi perjanjian bertulis itu

Ada sebahagian ahli masyarakat berpendapat bahawa perjanjian yang dibuat oleh seseorang dengan seseorang lain akan mengikat pihak-pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian itu (Dalam istilah undang-undang, pihak-pihak yang lain itu bukan "privy to the contract"). Contohnya si A membuat perjanjian bertulis menjual keretanya (yang masih dalam pembiayaan bank) kepada si B. Biasanya si A telah membuat perjanjian pinjaman (atau sewa beli) lebih awal dengan suatu bank semasa dia mula membeli keretanya. Oleh itu jika hutang dengan bank gagal dibayar, maka bank berhak merampas kereta tersebut berdasarkan perjanjian pinjaman di antara bank dengan si A. Manakala si B tidak boleh menghalang bank untuk tidak merampas kereta tersebut dengan alasan kereta tersebut telah dijual kepadanya melalui suatu perjanjian bertulis. Sebab si B tidak boleh menghalang dari sudut undang-undang ialah kerana bank tersebut tidak terlibat sebagai pihak kepada perjanjian penjualan kereta tersebut, maka dengan itu bank tidak terikat dengan apa-apa syarat perjanjian penjualan kereta tersebut. Ada beberapa jenis perjanjian bertulis yang mengikat pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian tersebut tetapi ia dalam situasi yang terhad. Contohnya adalah perjanjian perkongsian.

Lihat juga

Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang