Konvensyen Senjata Kimia

Perjanjian antarabangsa bagi mengawal penggunaan senjata kimia

Konvensyen Senjata Kimia atau satu namanya dalam sebuah bahasa rasmi PBB, Chemical Weapons Convention (CWC), ialah sebuah perjanjian berkaitan dengan kawalan senjata yang mengharamkan penghasilan, penyimpanan stok, dan penggunaan senjata kimia dan pelopor kimia-kimia tersebut. Nama Konvensyen dalam bahasa Inggeris ialah Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction (Konvensyen tentang Larangan Pembangunan, Pembuatan, Penyimpanan Stok dan Penggunaan Senjata Kimia serta Pemusnahannya). Perjanjian ini ditadbirkan oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Oganisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW), sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Hague, Belanda.

Konvensyen Senjata Kimia
Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction
Dirangka3 September 1992[1]
Ditandatangani13 Januari 1993[1] di Paris dan New York[1]
Berkuat kuasa
29 April 1997[1]
SyaratPengesahan oleh 65 buah negara[2]
Penandatangan165[1]
Pihak189 (sehingga Jun 2013)[1]
Senarai penuh
Tujuh negara PBB tidak menyertai Konvensyen: Angola, Myanmar, Mesir, Israel, Korea Utara, Sudan Selatan, Syria
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung PBB[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kewajipan utama di bawah konvensyen ini ialah larangan terhadap penggunaan dan pembikinan senjata-senjata kimia, serta pemusnahan semua senjata kimia. Aktiviti pemusnahan disahkan oleh OPCW. Sehingga Januari 2013, lebih kurang 78% daripada stok (yang disytiharkan) senjata kimia sudah dimusnahkan.[4][5] Konvensyen ini juga memiliki peruntukan untuk menilai gudang-gudang kimia dan tentera secara sistematik, dan juga untuk menyiasat dakwaan tentang penggunaan dan pembuatan senjata kimia berlandaskan maklumat intipan daripada negara-negara treati.

Biru tua: Negara yang menandatangani Konvensyen.
Biru muda:Negara yang mengisytihar stok senjata kimia

Setakat Jun 2013, 189 negara menyertai CWC, dan dua lagi negara, (Israel dan Myanmar) sudah menandatangani tetapi belum meratifikasi Konvensyen.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g United Nations Treaty Collection. Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction. Accessed 14 January 2009.
  2. ^ Chemical Weapons Convention, Article 21.
  3. ^ Chemical Weapons Convention, Article 23.
  4. ^ Demilitarisation, Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, accessed 29 April 2012
  5. ^ Global Campaign to Destroy Chemical Weapons Passes 60 Percent Mark Diarkibkan 2010-07-11 di Wayback Machine. OPCW. 8 July 2010 (Accessed 19 August 2010)

Pautan luar sunting