Kreidler ialah sebuah pengeluar motosikal kecil dan moped Jerman yang bertapak di Kornwestheim, di antara Ludwigsburg dan Stuttgart. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1903 sebagai "Kreidlers Metall- und Drahtwerke" (kilang logam dan dawai Kreidler) oleh Anton Kreidler, dan mulai memasang motosikal pada tahun 1951. Pada tahun 1959, satu pertiga segala motosikal Jerman adalah berjenama Kreidler. Pada tahun 1970-an, Kreidler mencapai kejayaan besar dalam sukan bermotor, terutamanya dengan jaguh lumba Belanda, Jan de Vries dan Henk van Kessel.

Contoh Kreidler Florett 50 cc 1950-an dan 1970-an

Syarikat Kreidler gulung tikar pada tahun 1982; hak-hak tanda dagangnya dijual kepada usahawan Rudolf Scheidt yang mengarah pengilang Itali, Garelli untuk memasang moped di bawah jenama Kreidler hingga tahun 1988. Selepas itu, hak tanda dagang Kreidler dibeli oleh pengeluar basikal Prophete.[1]

Kreidler bergiat dalam lumba motosikal Grand Prix, merangkul lapan gelaran juara dunia dalam kelas 50 cc:


Galeri sunting

Rujukan sunting

Templat:Autoracing-stub