Kremlin Moscow (Bahasa Rusia: Моско́вский Кремль, tr. Moskovskiy Kreml,IPA: [mɐˈskofskʲɪj krʲɛmlʲ]), biasanya dirujuk sebagai Kremlin, adalah sebuah kompleks yang berkubu di tengah-tengah Moscow, menghadap ke Sungai Moskva di selatan, Katedral Saint Basil dan Dataran Merah ke sebelah timur, dan Taman Alexander ke barat. Ia adalah antara beberapa kremlin (kubu kota Rusia) yang paling terkenal dan meliputi lima istana, empat katedral, dan Tembok Kremlin disertakan dengan menara-menara Kremlin. Kompleks ini berfungsi sebagai kediaman rasmi Presiden Persekutuan Rusia.

Moscow Kremlin
Nama asal
Bahasa Rusia: Моско́вский Кремль
Pemandangan Kremlin dari Sungai Moskva (Menara Borovitskaya dan Tembok Kremlin di latar depan)
LokasiMoscow, Rusia
Koordinat55°45′6″N 37°37′4″E / 55.75167°N 37.61778°E / 55.75167; 37.61778Koordinat: 55°45′6″N 37°37′4″E / 55.75167°N 37.61778°E / 55.75167; 37.61778
Luas27.7 hektar (0.277 km2)
Dibina pada1482–1495
Nama rasmi: Kremlin dan Dataran Merah, Moscow
JenisBudaya
Kriteriai, ii, iv, vi
Direka bentuk pada1990 (Sesi ke-14)
No. Rujukan545
Parti NegaraPersekutuan Rusia
WilayahTapak Warisan Dunia Eropah

Nama Kremlin bermaksud "kubu dalam kota",[1] dan sering juga digunakan sebagai metonim untuk merujuk kerajaan Persekutuan Rusia dalam erti kata yang serupa dengan Rumah Putih yang digunakan untuk merujuk Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat. Ia sebelum ini telah digunakan bagi merujuk kerajaan Kesatuan Soviet (1922-1991) dan anggota-anggota tertinggi (seperti setiausaha agung, perdana menteri, presiden, menteri, dan komisar). "Kremlinologi" merujuk kepada kajian politik Soviet dan Rusia.

Senarai Warisan Dunia sunting

Kremlin dan dataran merah telah bersama diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990, kerana kaitan kuat mereka kepada sejarah Rusia sejak abad ke-13.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ "Кремль". Vasmer Etymological dictionary.

Bibliografi sunting

  • Ivanov V. N. Московский Кремль. Moscow, 1971.
  • Merridale, Catherine (2013). Red Fortress: History and Illusion in the Kremlin. New York: Henry Holt. m/s. 505. ISBN 9780805086805.
  • Nenakormova I. S. Государственные музеи Московского Кремля. Moscow: Iskusstvo, 1987.frt

Pautan luar sunting