Keretek

sejenis rokok tanpa tapis di Indonesia
(Dilencongkan dari Kretek)

Kretek ialah rokok yang diperbuat daripada sebatian tembakau, bunga cengkih, dan 'sos' perisa. Namanya rokok ini merupakan perkataan Indonesia yang berasal daripada bunyi gemersik yang dihasilkan oleh bunga cengkih apabila dibakar. Secara amnya, kretek mengambil masa yang lebih lama untuk menghisap, berbanding dengan rokok biasa yang mempunyai saiz yang sama.

Dji Sam Soe 234, contoh jenama rokok Kretek buatan Indonesia.
Djarum, salah satu jenama kretek yang popular,

Kretek dicipta pada awal 1880-an oleh Haji Jamhari, seorang penduduk Kudus, Jawa, Indonesia, sebagai caranya untuk menghantar ubat eugenol daripada bunga cengkih ke dalam paru-paru kerana ubat ini dipercayai dapat merawat asma ketika itu. Apabila sakit dadanya pulih disebabkan "rawatan"nya itu, beliau memulakan pemasaran ciptaannya di kampungnya tetapi sebelum beliau dapat menjualnya secara besar-besaran, beliau meninggal dunia. M. Nitisemito kemudian mengambil alih tempatnya dan memulakan memperdagangkan rokok baru ini.

Kretek merupakan jenis tembakau yang jauh lebih banyak dihisap di Indonesia, di mana hampir 90% daripada perokok-perokok menghisap kretek berbanding tembakau biasa. Terdapat beratus-ratus pengilang kretek di Indonesia, termasuk syarikat-syarikat tempatan yang kecil serta jenama-jenama yang utama. Kini pengilang-pengilang kretek di Indonesia menggajikan melebihi 180,000 pekerja, dan menyebabkan negara ini merupakan 95% daripada pasaran bunga cengkih di seluruh dunia. Kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal, termasuknya Sampoerna A (Philip Morris International), Bentoel Biru (British American Tobacco), Minak Djinggo, Djarum (Gallaher Group), Gudang Garam (Imperial Tobacco), PT Gelora Djaja (Japan Tobacco).

Di Amerika Syarikat, kretek telah dikaitkan dengan seniman-seniman dan subbudaya-subbudaya goth, punk, serta indie. Nat Sherman di Amerika Syarikat juga menghasilkan rokok dengan jenama "A Touch of Clove", tetapi rokok ini bukannya kretek yang benar kerana ia mengandungi perisa bunga cengkih di dalam penapis rokok dan bukannya bunga cengkih yang benar yang dicampurkan dengan tembakau. [2]

Jenis sunting

Sigaret Kretek Tangan sunting

Sigaret Kretek Tangan (SKT) atau Rokok Kretek Buatan Tangan ialah rokok Kretek yang paling banyak dihisap. Pelbagai macam jenama SKT yang terkenal ialah : Dji Sam Soe 234, Bentoel Sejati, Minak Djinggo, Djarum Coklat, Gudang Garam Merah,Gudang Garam Djaja,Taman Sriwedari dan Wismilak Hijau.

Sigaret Kretek Mesin sunting

Sigaret Kretek Mesin (SKM) atau Rokok Kretek Buatan Enjin ialah rokok Kretek yang pembuatannya paling laju.

Jenama SKM Regular ialah : Dji Sam Soe 234 Filter, Bentoel Biru, Djarum Super, Gudang Garam Surya, dan Wismilak Diplomat.

Jenama SKM Mild ialah : Sampoerna A Mild, Bentoel Mild, Clas Mild, Star Mild, L.A. Lights, Gudang Garam Nusantara, dan Galan Mild.

Kesan kesihatan sunting

Kretek Djarum yang dijual di negara-negara Eropah dan Amerika Selatan mempunyai 10 - 12 mg tar dan 1 mg nikotina, seperti yang tertulis pada kotaknya. Tahap kuantitinya adalah serupa sahaja dengan rokok-rokok biasa di negara masing-masing.

Tahap kuantiti nikotina plasma vena dan karbon monoksida yang diambil daripada sepuluh orang perokok diuji selepas mereka merokok kretek menunjukkan bahawa tahapnya adalah sama sahaja dengan rokok bukan kretek, seperti Marlboro. [3] Tikus-tikus yang diberikan dos sedutan kretek dan rokok biasa untuk satu jangka pendek juga menunjukkan bahawa kesan kesihatan tikus-tikus yang menyedut kretek tidak lebih buruk, berbanding tikus-tikus yang menyedut rokok biasa. [4] Kajian tersebut telah diulang dengan tempoh pendedahan selama 14 hari dan sekali lagi, kesudahannya adalah sama sahaja. [5]

Bagaimanapun, eugenol di dalam asap bunga cengkih boleh mengakibatkan kerongkong menjadi kebas dan mengurangkan refleks gag. Oleh itu, penyelidik-penyelidik telah mengesyorkan perhatian diambil oleh mereka yang menghidapi jangkitan pernafasan. [6] Beberapa orang yang mempunyai salur respirasi yang normal telah menghidapi pneumonia sedutan, mungkin diakibatkan oleh pengurangan refleks gag. Disebabkan ini, penyelidik-penyelidik mengesyorkan bahawa orang-orang yang menghidapi alergi harus menjauhkan diri daripada kretek.

Tidak terdapat sebarang bukti yang menyokong mitos umum bahawa kretek akan mengakibatkan paru-paru lebih berdarah berbanding dengan rokok biasa, dan tuntutan bahawa kretek mengandungi kaca gentian merupakan sebuah legenda bandar. Seorang yang kuat merokok mungkin akan membatukkan darah yang banyak, akibat pengurangan refleks gag dan oleh itu, mengakibatan tanggapan bahawa kretek meningkatkan perdarahan.

Kretek Bentoel mengandungi Tar antara 14 - 18 mg dan Nikotin antara 1 - 1.1 mg. Ia menaja rancangan bual Bukan Empat Mata di Astro Bintang saluran 141, pada hari Jum'aat pkl 9 mlm, program bual bicara menarik, lucu dan segar yang dibawakan oleh pengacara Tukul Arwana salah seorang pelawak yang terkenal.[1]

Status undang-undang Amerika Syarikat sunting

Di Amerika Syarikat, kretek tertakluk pada pembatasan undang-undang dan merupakan salah satu perkara perdebatan politik. Pada tahun 2004, Senat Amerika Syarikat mengemukakan rang undang-undang [7][pautan mati kekal] untuk melarang perisa rokok, selain daripada mentol, akibat apa yang dikatakan kebimbangan bahawa rokok berperisa, seperti kretek, amat menarik kanak-kanak dan remaja-remaja. Bagaimanapun, satu kajian oleh Pusat-pusat Pengawalan Penyakit Amerika Syarikat mendapati bahawa kretek merupakan sebahagian yang agak kecil daripada perokok-perokok bawah umur, dan kadar penggunaannya semakin merosot di kalangan murid-murid sekolah tinggi. [8] Pengkritik-pengkritik memperdebatkan bahawa sokongan terhadap rang undang-undang ini oleh Philip Morris, pengilang tembakau Amerika Syarikat yang utama dan yang hanya mengilang rokok biasa dan mentol, menunjukkan bahawa rang undang-undang ini adalah satu percubaan untuk melindungi syarikat tersebut daripada persaingan.

Sebilangan negeri Amerika Syarikat, termasuk Utah, New Mexico dan Maryland, telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penjualan kretek di dalam negeri masing-masing. [9][pautan mati kekal] [10] Diarkibkan 2005-10-18 di Wayback Machine

Bacaan tambahan sunting

  • Hanusz, Mark (2000). Kretek: The Culture and Heritage of Indonesia's Clove Cigarettes. Equinox Publishing. ISBN 979-95898-0-0.

Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Pautan luar sunting