Krisis Tebusan Korea Selatan 2007

Anda mesti tambahkan parameter |sebab= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|2 September 2007|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.

Fail:South Korean hostages in Afghanistan 2007.jpg
Korean hostages photo taken before boarding the plane to Afghanistan

Krisis Tebusan Korea Selatan di Afghanistan tahun 2007 bermula 19 Julai 2007, apabila 23 orang ahli mubaligh Protestan dari Korea Selatan (16 wanita dan 7 lelaki) termasuk jururawat dan guru yang sedang dalam perjalanan dari Kandahar ke Kabul dengan menaiki bas dalam satu misi tajaan Gereja Saemmul ditangkap dan ditahan sebagai tebusan oleh pengikut-pengikut Taliban sewaktu melalui wilayah Ghazni.

Krisis bermula apabila dua orang lelaki tempatan, yang disangka pemandu bas sebagai tidak membawa ancaman, menaiki bas itu lalu tiba-tiba mengeluarkan tembakan untuk menghentikan bas. Sepanjang sebulan lebih yang kemudian, para tebusan ditahan dalam bilik bawah tanah, rumah ladang serta kerap dipindahkan dalam kumpulan tiga atau empat orang.[1]

Dua orang lelaki di kalangan tebusan ini terbunuh. Dua orang lagi dibebaskan pada 13 Ogos dan 19 orang yang dinggal dibebaskan pada 29 dan 30 Ogos.[2]

Lokasi sunting

Mereka ditangkap di wilayah Ghazni, 140 km di selatan Kabul pada 19 Julai 2007.

Gereja Saemmul sunting

Gereja Komuniti Saemmul terletak di Bundang, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.

Kumpulan paderi dan sukarelawan misionari dihantar ke sana pada 13 Julai 2007. Mereka sebahagian daripada Sukarelawan Kristian Korea Selatan. Tujuan mereka hanya untuk perubatan dan pendidikan serta pelbagai bantuan lain. Mereka berumur 20 hingga 30 tahun. Antara mereka bekerja sebagai jururawat dan guru bahasa Inggeris.

Salah seorang daripada mereka telah menelefon seseorang di Tadika Eunhyesaem, Korea Selatan pada 13 Julai dan itulah panggilan yang terakhir. [3]

Perisik Pakistan sunting

Gabenor Ghazni iaitu Merajuddin Pattan menuduh (tanpa mengemukakan bukti), bahawa agen perisikan Pakistan berada di belakang kisah penculikan itu. Ia berlaku di kawasan kawalan Taliban. Tetapi selepas itu, Taliban Pakistan dan Inter Service Intelligence (ISI) tiba di sana dan mengawal situasi itu. ISI memberi bantuan rahsia dan markas kegiatan. Sebelum ini, ISI adalah dibelakang kejayaan Taliban berjaya memerintah di Afghanistan pada 1990-an. Tetapi Talibah jatuh selepas peristiwa 11 September 2001.

Mungkin Pakistan cuba mengalihkan isu pemberontakan di Pakistan dengan isu Taliban menculik 23 rakyat Korea Selatan. ISI Pakistan cuba menggambarkan Afghanistan berada dalam keadaan lemah. Minggu depan akan diadakan 'lorya jirga' antara pemimpin puak Afghanistan dengan Pakistan bagi mendapatkan penyelesaian mengatasi Taliban dan al Qaeda.

Sempadan Pakistan memang banyak yang pro Taliban. Pihak Taliban enggan berunding dengan perunding dari puak Pattan. Ketua Polis Ghazni, Ali Shah Ahmadzai berkata jika Taliban enggan berunding, bagaimana keamanan dapat dicapai.

Penculik menggunakan bahasa Pushto iaitu bahasa majoriti bangsa Pushtun. Kemudian diterjemah ke bahasa Urdu, bahasa kebangsaan Pakistan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut meminta bantuan Presiden Pakistan, Pervez Musharraf bagi membebaskan tebusan. Tapi Musharraf menyatakan 'tidak ada komunikasi' dengan penculik.

Tuntutan sunting

  • Sebelum ini Presiden Hamid Karzai pernah memenuhi tuntutan Taliban yang mahu lima orang Taliban dibebaskan dari penjara Aghanistan. Ketika itu Taliban menahan dua pekerja sukarelawan Jerman dan lima pekerja Afghanistan di Wardak. 3000 tentera Jerman yang ditempatkan di Afghanistan ketika itu hendaklah dikeluarkan segera. Canselor Jerman Angela Merkel berkata Jerman tidak akan melayan sebarang tuntutan penculik.
  • Dua minggu sebelum ini Taliban membunuh 4 orang hakim rakyat Afghanistan di Ghazni.
  • Mac 2007 Presiden Hamid Karzai meluluskan pembebasan lima pejuang Taliban bagi membebaskan wartawan Itali bernama Daniele Mastrogiacomo. Hamid Karzai telah dikritik oleh Amerika Syarikat dan Eropah kerana memenuhi tuntutan itu.
  • Sehingga kini Taliban telah menculik 41 orang Afghanistan dan membunuh 23 orang daripadanya. Sementara yang lain dilaporkan hilang.

Usaha pembebasan sunting

  • Dua pembuat dasar Afghanistan termasuk Abdul Salaam Rocketi ( bekas komander Taliban) sedang berunding. Tetapi difahamkan mereka tidak tahu hendak berunding dengan pihak mana .[4]
  • Wakil Presiden Korea Selatan iaitu Baek Jong-chun telah menemui Hamid Karzai bagi menyelesaikan krisis terebut.
  • Tentera telah dikerah ke Ghazni tetapi jurucakap berkata itu cumalah operasi biasa, tiada kaitan dengan tebusan Taliban itu.

Helikopter Tentera National Afghanistan telah menggugurkan kertas edaran di wilayah Ghazni memberitahu tentang operasi tentera yang akan dijalankan di sana. [5] 720 tentera gerak khas yang pernah dilatih oleh tentera Amerika telah digerakkan bagi bertindak sekiranya rundingan menemui jalan buntu.

  • Di Korea Selatan,Kim Choong-whan berkata tujuh pembuat dasar Korea Selatan akan berjumpa dengan Speakar Nancy Pelosi , Nicholas Burns , Stephen Hadley di Amerika Syarikat . Mereka turut merancang menemui Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon , bekas Menteri Luar Korea Selatan. Mereka mahu tentera Amerika dihantar ke Afghanistan . Sudah tentu ' orang mengantuk disorongkan bantal'. Setakat ini Amerika tidak memberi sebarang kerjasama penuh.
  • Ratusan keluarga tebusan berkumpul di Kedutaan Amerika di Seoul mendesak Amerika mengambil tindakan melindungi mereka yang masih hidup.Seorang daripada nya ialah Ryu Haeng-sik , suami kepada Kim Yoon-yong(35) yang masih ditahan oleh Taliban. Mereka membawa sepanduk "Bush: Don't kill, negotiate" and "Bush, you have responsibility.". "US is responsible for the killing of hostages".
  • Mullah Sabir Nasir selaku komander senior Taliban menyatakan strategi Taliban akan berubah mengikut rentak tentera Afghanistan. 21 tebusan Korea Selatan masih hidup. Hamid Karzai ditekan oleh Amerika Syarikat agar tidak berunding dengan pejuang Taliban.

Dua wanita dibebaskan sunting

Pada hari Isnin, 13 Ogos 2007, dua wanita Korea Selatan yang diculik telah dibebaskan. Mereka dipakaikan dengan skaf biru , blaus dan skirt coklat, bukan jubah , bukan burqa. Merea ialah Kim Gina (32) dan Kim Kyunh-Ja(37). Mereka dibawa ke satu lokasi dengan menaiki kereta Toyota Corolla dan menemui perunding dari Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan yang markasnya terletak di Ghazni. PBSMA ini mempunyai hubungan rapat dengan Persatuan Palang Merah Antarabangsa yang menanti dengan kereta . Dua wanita itu dibawa ke unit tentera Korea Selatan di Bagram, Afghanistan. [6]

Jurucakap Taliban, Yousuf Ahmadi menyatakan tuntutan Taliban agar pejuang mereka dibebaskan oleh Hamid Karzai masih diteruskan. Jika Talibam boleh membebaskan dua wanita Korea, mengapa tidak pejuang Taliban dibebaskan juga dari penjara. Sehingga kini, Hamid Karzai enggan lagi memenuhi tuntutan kerana bimbang ia akan menggalakkan lebih banyak penculikan.

Episod berakhir sunting

Pada 30 Ogos 2007, semua tebusan Korea Selatan telah dibebaskan. jurucakap Taliban, Qari Mohammad Bashir memberitahu semua tebusan telah diserahkan kepada ketua puak , Haji Mohammad Zahir di Janda, 100 km di selatan bandar Ghazni. Tebusan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Mereka dibebaskan dalam beberapa kumpulan. [7]

Ramai umat Islam di Korea Selatan mengadakan solat syukur selepas sembahyang Jumaat di masjid Hannam-dong, Seoul. Mereka tetap berpegang kepada 'Islam agama keamanan, Tiada sesiapa halal dibunuh'. Kira-kira 600 umat Islam berkumpul di masjid itu. Terdapat 140,000 umat Islam di Seoul, Korea Selatan. Sebelum ini umat Islam Korea Selatan bimbang serangan balas akan dilakukan, tetapi setakat ini tiada laporan seumpama itu.

Pihak Taliban dilaporkan membayar 2 juta dolar bagi pembebasan itu. Sementara Alan Fisher dari Al Jazeera melaporan $20 juta telah dibayar. Tindakan ini dianggap akan menggalakkan lagi tebusan pada masa akan datang Namun jumlah itu bukanlah jumlah yang besar bagi Korea Selatan.[8]

Selepas ini, Korea Selatan memutuskan untuk mengurangkan jumlah tenteranya di Afghanistan kurang dari 200 orang sebelum 2007 berakhir. Kebanyakan mereka bertugas sebagai pembantu peruabatan dan kejuruteraan.

Shim Jin-Pyo bapa kepada salah seorang tebusan yang telah dibunuh cukup kesal dengan layanan Taliban. Anaknya dibunuh dan dicampak di tepi jalan seperti anjing. Mereka bertugas untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan. Inikah balasannya.

Jurucakap Afghanistan ,Homayun Hamidzada berkata episod ini bukanlah petanda kemenangan bagi Taliban. Sebaliknya ia mendedahkan wajah sebenar keganasan yang ditala oleh Taliban. Kerajaan Afghanistan tidak sesekali akan berunding dengan Taliban.

Kontroversi selepas dibebaskan sunting

  • Pada 3 September 2007, Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun mengarahkan bekas tebusan bayar balik kos seperti tiket penerbangan dan kos penghantaran balik mayat tahanan yang dibunuh oleh Taliban.Sukarelawan Kristian terbabit tidak mengendahkan amaran kerajaan agar tidak ke luar negara tanpa kebenaran. Malah sebelum pergi, mereka sempat bergambar bertarbelakangkan notis amaran kerajaan yang melarang perjalanan ke Asia Selatan.Semakin ramai rakyat Korea Selatan yang marah kepada sukarelawan Kristian ini.[9]

Garis masa sunting

  • Pada 20 Julai pihak Taliban menuntut pengunduran segala tentera Korea Selatan dari Afghanistan dalam masa 24 jam serta pembebasan kesemua tahanan berpihak Taliban oleh presiden Afghanistan Hamid Karzai.
  • Pada 21 Juali presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun berucap dalam siaran televisyen untuk mengumumkan kejadian penculikan ini. Pihak Taliban meringankan tuntuannya menjadi 23 orang tahanan Taliban ditukar untuk nyawa para tebusan.
  • Pada 24 Julai pihak Taliban menuntut sejumlah $100,000 sebagai pertukaran untuk hak menelefon para tebusan, namun kerajaan Korea Selatan menolaknya.
  • Pada 25 Julai salah seorang daripada para tebusan itu dibunuh. Kementerian luar negeri Korea Selatan mengenal pasti mangsa itu sebagai paderi berusia 42 tahun bernama Bae Hyeong-gyu, iaitu ketua rombongan mubaligh.[10]
  • Pada 30 Julai pihak Taliban melanjutkan tarikh akhir untuk kali yang ke-7 lebih 4 jam kepada 1130 GMT untuk memberi lebih masa kepada para pegawai Afghanistan untuk berunding.[12] Seorang jurucakap Taliban kemudian mengakui bahawa seorang lagi tebusan lelaki ditembak mati kerana kerajaan tidak memenuhi kehendak pihak ekstremis tersebut.[13][14] Ini kemudiannya disahkan apabila mayat Shim Seong-min, 29, ditemui di kampung Arzoo (50 batu daripada tempat kejadian penculikan).[15]
  • Pada 1 Ogos 1200 GMT, berlalunya satu lagi tarikh akhir, "tanpa sebarang kata bahawa mana-mana tebusan telah dibunuh, sementara gabenor tempatan menyatakan bahawa militan Taliban telah bersetuju untuk menghadiri pertemuan bersemuka seperti yang diminta duta Korea Selatan".[17] Korea Utara turut menggesa pembebasan para tebusan.[18]
  • Pada 2 Ogos 1200 GMT, perunding tebusan Korea bersetuju dengan perbincangan secara langsung dengan penculik Taliban di Afghanistan.[19]
  • Pada 10 Ogos, 1600 GMT, pihak Taliban memulakan pusingan pertama perbincangan bersemuka dengan sepasukan Korea Selatan mengenai para tebusan. Perbincangan ini diadakan dalam sebuah tempat di bawah kawalan kerajaan Afghanistan di wilayah Ghazni.[20] Dua orang pemimpin tertinggi Taliban dan orang pegawai Korea Selatan bertemu di pejabat Palang Merah Afghanistan di Ghazni, beserta empat orang ahli Palang Merah antarabangsa.[21]
  • Pada 13 Ogos, dua orang tebusan wanita dibebaskan sebagai tanda muhibah.[22] Pihak Taliban mula-mulanya berputus untuk membebaskan Lee Ji-yeong, tetapi dia membenarkan seorang tebusan lain untuk mengambil alih tempatnya.[23]
  • Pada 18 Ogos, pihak Taliban mengumumkan kegagalan rundingan dengan pihak Korea Selatan dan juga bahawa mereka sedang mempertimbangkan nasib tebusan-tebusan yang tinggal.
  • Pada 28 Ogos, satu kejayaan besar dalam rundingan diumumkan apabila pihak Taliban bersetuju untuk membebaskan tebusan-tebusan yang tinggal dengan syarat bahawa Korea Selatan mengundurkan 200 orang tentera tidak bertempur dalam tahun ini serta menggantung tugas mubaligh di Afghanistan. Indonesia memainkan peranan sebagai pihak Islam yang neutral dalam rundingan ini.
  • Pada 29 Ogos, sejumlah 12 orang tebusan dibebaskan.[24]
  • Pada 30 Ogos, tujuh orang tebusan yang tinggal dibebaskan, lalu menamatkan krisis ini.

Senarai nama tebusan sunting

Nama penuh Nama dalam Hangul Nama dalam Hanja Jantina Tahun Lahir Status
Bae Hyeong-gyu 배형규 裵亨圭 Lelaki 1965 dibunuh pada 25 Julai 2007
Shim Seong-min 심성민 沈聖珉 Lelaki 1978 dibunuh pada 30 Julai 2007
Kim Gyeong-ja 김경자 金慶子 Wanita 1970 dibebaskan pada 13 Ogos 2007
Kim Ji-na 김지나 金智娜 Wanita 1975 dibebaskan pada 13 Ogos 2007
Lyu Gyeong-shik 유경식 柳慶植 Lelaki 1952 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Ko Sei-hoon 고세훈 高世勳 Lelaki 1980 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lyu Jeong-hwa 유정화 柳貞和 Wanita 1968 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lee Seon-yeong 이선영 李善英 Wanita 1970 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lee Ji-yeong 이지영 李智英 Wanita 1970 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
(ditawar bebas pada 13 Ogos)
Han Ji-yeong 한지영 韓智英 Wanita 1973 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lee Jeong-ran 이정란 李貞蘭 Wanita 1974 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lim Hyeon-ju 임현주 林賢珠 Wanita 1975 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Cha Hye-jin 차혜진 車惠珍 Wanita 1976 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
An Hye-jin 안혜진 安惠珍 Wanita 1976 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Seo Myeong-hwa 서명화 徐明和 Wanita 1978 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Lee Ju-yeon 이주연 李週妍 Wanita 1980 dibebaskan pada 29 Ogos 2007
Je Chang-hee 제창희 諸昌熙 Lelaki 1969 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Song Byeong-woo 송병우 宋炳宇 Lelaki 1974 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Seo Gyeong-seok 서경석 徐京石 Lelaki 1980 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Kim Yoon-yeong 김윤영 金允英 Wanita 1972 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Pak Hye-yeong 박혜영 朴惠英 Wanita 1972 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Lee Seong-eun 이성은 李成恩 Wanita 1983 dibebaskan pada 30 Ogos 2007
Lee Yeong-gyeong 이영경 李英慶 Wanita 1985 dibebaskan pada 30 Ogos 2007

Rujukan sunting

  1. ^ "South Korean hostage apologizes for being captured". CBC News. April 31, 2007. Dicapai pada 31 Ogos 2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Shah, Amir (April 29, 2007). "Taliban to free 19 S. Korean hostages". The Associated Press. Dicapai pada 29 Ogos 2007.
  3. ^ http://www.donga.com/
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-08-01.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-08-01.
  6. ^ http://news.yahoo.com/s/afp/20070813/wl_asia_afp/afghanistanskoreagermanykidnap;_ylt=AhlT9MENdCXWm1x59ZsTDi4Bxg8F
  7. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/cpadatent.asp?y=2007&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
  8. ^ http://english.aljazeera.net/NR/exeres/92022CCC-1094-4C32-9DAA-E55D6E9B4383.htm
  9. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
  10. ^ S Korea urges release of hostages, BBC News, 26 July 2007.
  11. ^ "Taliban: Hostages will die Monday". CNN. Reuters. 2007-07-29. Dicapai pada 2007-07-29.
  12. ^ "Taliban extends S. Korean hostage deadline 3 hrs". The Jerusalem Post. Associated Press. 2007-07-30. Dicapai pada 2007-07-30.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Taliban says Korean hostage killed". Al Jazeera. Agence France-Presse. 2007-07-30. Dicapai pada 2007-07-30.
  14. ^ "Seoul confirms death of second hostage". United Press International. July 31, 2007. Dicapai pada 2007-08-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ "Second Korean hostage found dead". BBC News. 2007-07-31. Dicapai pada 2007-07-31.
  16. ^ Azimy, Yousuf (2007-07-31). "Afghans recover body of slain Korean hostage". Reuters. Dicapai pada 2007-07-31.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
  17. ^ Shah, Amir (2007-08-01). "Afghan Army Prepares for Military Action". Associated Press. Dicapai pada 2007-08-01.
  18. ^ "NKorea calls for release of SKorean hostages in Afghanistan". International Herald Tribune. The Associated Press. 2007-08-01. Text "http://www.iht.com/articles/ap/2007/08/01/asia/AS-GEN-NKorea-Afghan-Hostages.php" ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  19. ^ "Korea Agrees to Direct Talks With Taliban". Chosunilbo. 20007-08-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-03. Dicapai pada 2007-08-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  20. ^ "Taliban, Korean team begin talks over hostages". Reuters. 2007-08-10. Dicapai pada 2007-08-10.
  21. ^ "Taliban, Koreans Meet on Hostages". Associated Press. 2007-08-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-09-02.
  22. ^ "Taliban frees 2 South Korean hostages". Associated Press. 2007-08-13.
  23. ^ "Selfless Hostage Identified". Digital Chosunilbo. 2007-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-26. Dicapai pada 2007-08-24.
  24. ^ "Taliban release 12 Korean hostages". Reuters. 2007-08-29.