Kromosom X adalah satu daripada dua kromosom penentu jantina (alosom) dalam kebanyakan spesies haiwan, termasuk mamalia (yang satu lagi ialah kromosom Y), malah terdapat dalam kedua-dua jantan dan betina. Ia menganggotai sistem penentuan jantina XY dan X0. Kromosom X dinamai sempena sifat-sifat uniknya oleh para penyelidik dahulu kala, dan oleh itu turut dinamai padanannya iaitu kromosom Y sempena huruf abjad yang seterusnya setelah ia ditemui selanjutnya.[4]

Kromosom X manusia
Kromosom X manusia (selepas penjaluran G)
Kromosom X manusia dalam kariogram
Ciri-ciri
Panjang (bp)154,259,566 bp
(CHM13)
Bilangan gen804 (CCDS)[1]
JenisAlosom
Kedudukan sentromerSubmetasentrik[2]
(61.0 Mbp)[3]
Senarai gen lengkap
CCDSSenarai gen
HGNCSenarai gen
UniProtSenarai gen
NCBIGene list
Pemidang peta luaran
EnsemblKromosom X
EntrezKromosom X
NCBIKromosom X
UCSCKromosom X
Jujukan DNA penuh
RefSeqNC_000023 (FASTA)
GenBankCM000685 (FASTA)

Kromosom X dalam manusia merentasi lebih daripada 153 juta pasangan bes (bahan pembentukan DNA). Ia mewakili kira-kira 2000 daripada 20,000 - 25,000 gen. Setiap orang biasanya mempunyai sepasang kromosom seks dalam setiap sel. Perempuan mempunyai dua kromosom X sementara lelaki mempunyai satu kromosom X dengan satu kromosom Y. Kedua-dua jantina mewarisi satu kromosom X dari ibu mereka, sementara perempuan mendapat kromosom X keduanya daripada bapanya. Memandangkan si bapa mewarisi kromosom X dari ibunya, maka seorang perempuan mempunyai satu kromosom X dari nenek sebelah bapanya, dan satu kromosom X dari ibunya.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CCDS tidak disediakan
  2. ^ Tom Strachan; Andrew Read (2 April 2010). Human Molecular Genetics. Garland Science. m/s. 45. ISBN 978-1-136-84407-2.
  3. ^ Genome Decoration Page, NCBI. Ideogram data for Homo sapience (850 bphs, Assembly GRCh38.p3). Last update 2014-06-03. Retrieved 2017-04-26.
  4. ^ Angier, Natalie (2007-05-01). "For Motherly X Chromosome, Gender Is Only the Beginning". New York Times. Dicapai pada 2007-05-01.