Kuala Tahan

perkampungan di Pahang

Kuala Tahan merupakan sebuah 'pelabuhan kecil' dan perkampungan yang terletak di kuala Sungai Tahan dan Sungai Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia. Di Kuala Tahan terdapat beberapa buah kampung-kampung kecil seperti Teresik , Kampung Belebar , Kampung Tekah , Kampung Padang serta perumahan FELCRA Tembeling Tengah.

Perhubungan sunting

Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan raya sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling. Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah dan di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Tembeling Tengah. Perjalanan ke Kuala Tahan memgambil masa kira-kira 1 jam dari bandar Jerantut melalui jalan raya.

Bagi pelancong yang ingin merasai perjalanan menaiki bot , mereka boleh melalui Jeti Kuala Tembeling. Perjalanan memudiki Sungai Tembeling mengambil masa 3 jam.

Kegiatan Ekonomi sunting

Kegiatan ekomomi penduduk Kg Kuala Tahan kebanyakannya terlibat dalam bidang perlancongan dan pertanian. Kegiatan pertanian lebih tertumpu kepada industri getah. Terdapat kebun getah yang diuruskan oleh RISDA yang berkeluasan 60 htr.

Bagi industri perlancongan pula , kebanyakan penduduk terlibat secara langsung sebagai pemandu pelancong , pemandu bot , pengusaha penginapan , peniaga dan peruncit. Sektor ini menyumbangkan hasil yang besar kepada ekomomi penduduk Kuala Tahan

Kuala Tahan merupakan 'pelabuhan' kecil yang sentiasa sibuk menerima kedatangan pelancong dalam dan luar negara serta para pekerja Taman Negara Resort. Terdapat 117 buah calet dengan pelbagai jenis bilik ditawarkan oleh Taman Negara Resort . Di Bumbun Tahan pengunjung dapat melihat rusa liar untuk mendapatkan bekalan garam pada waktu malam.

Jambatan gantung sepanjang 400 meter dengan ketinggian 30 meter mengajar pengunjung supaya bersikap berani apabila membuat sesuatu keputusan - kerana anda akan malu untuk berpatah balik apabila sudah berada di tengah jambatan. Augustine Jumat dan Albert Lee Kuan Vuan telah berjaya melepasinya pada pagi Sabtu 11 Disember 2021. Terdapat beberapa buah gua seperti Gua Telinga, Gua Kepayang dan Gua Daun Mentari. Orang Asli Batek tinggal di Kampung Yong. [1] Staf RAM/SAM SME Bank telah sampai ke perkampungan Orang Asli Batek pada 11 Disember 2021.

Penduduk sunting

Penduduk Kg Kuala Tahan keseluruhanya berbangsa Melayu. Penduduk Kuala Tahan kebanyakannya tinggal di perkampungan seperti Kampung Kuala Tahan Seberang , Kg Belabar , Kg Tekah , Kampung Padang , Kg Tuit , Perumahan FELCRA dan Kg Teresik.

Kemudahan Awam sunting

Pihak berkuasa telah menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi penduduk Kg Kuala Tahan . Antara kemudahan yang terdapat di sini Poliklinik , Pondok Polis , SMK Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah dan SK Kuala Tahan. Di samping itu , terdapat juga kemudahan Dewan Orang Ramai , Padang Belia , Gelanggang Futsal , masjid dan tandas awam