Kuasa nuklear (Jawi: ) ialah sebarang teknologi nuklear yang direka bagi menghasilkan tenaga berguna daripada nukleus-nukleus atom melalui tindak balas nuklear terkawal.

Janakuasa Nuklear Ikata, sebuah Reaktor air bertekanan yang disejukkan oleh air laut.
Tiga buah kapal berkuasa nuklear, (atas ke bawah) penjajap nuklear USS Bainbridge dan USS Long Beach dengan USS Enterprise kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama pada tahun 1964. Anak-anak kapal menulis formula persamaan jisim-tenaga Einstein E=mc² di dek penerbangan.
Penjanaan tenaga elektrik domestik mengikut sumber. 23,816 TWh keseluruhannya.[1]

Kaedah yang digunakan untuk menjana tenaga ialah melalui pembelahan nuklear dan pereputan radioaktif. Namun, teknologi untuk pelakuran nuklear sedang giat dijalankan.[2]

Kesemua reaktor skala utiliti[3] memanaskan air bagi menghasilkan stim, kemudian ditukarkan kepada kerja mekanikal untuk menghasilkan tenaga elektrik atau pendorongan. Pada tahun 2015, 10.7% daripada kuasa elektrik di dunia datangnya daripada kuasa nuklear. Selain itu, lebih daripada 150 buah kapal berkuasa nuklear juga telah dibina, dan beberapa buah roket radioisotop telah dikeluarkan. Kuasa nuklear adalah satu sumber kuasa rendah karbon.

Tenaga nuklear mempunyai kadar kematian per unit tenaga yang terendah berbanding dengan sumber tenaga lain. Arang batu, petroleum, gas asli dan hidroelektrik menyebabkan lebih banyak kematian per unit tenaga disebabkan pencemaran udara dan kemalangan.[4] Sejak pengkomersialannya pada 1970-an, tenaga nuklear menghalang 1.84 juta kematian melibatkan pencemaran udara dan pembebasan 64 bilion tan nilai karbon dioksida setara yang dihasilkan oleh bahan api fosil.[5]

Lihat juga sunting

Sains Kimia | Kejuruteraan | Fizik | Nukleus atom| Pembelahan |Pelakuran | Sinaran | Mengion |Bremstrahlung | Cherenkov |Neutron
Bahan api Tritium | Deuterium | Helium-3 | Bahan subur | Bahan boleh belah | Pengasingan isotop | Bahan nuklear | Uranium | diperkaya | susut | Plutonium | Torium
Neutron Pengaktifan neutron | Tangkapan neutron | Racun neutron | Keratan rentas neutron |Penjana neutron |Sinaran neutron | Pemantul neutron | Suhu neutron |Neutron cepat
Kuasa Kuasa nuklear mengikut negara | Loji kuasa nuklear | Kemalangan dan insiden | Pelakuran | Penjana termoelektrik radioisotop | Pendorongan nuklear|Roket terma nuklear | Keselamatan Nuklear
Perubatan nuklear (PET) | Terapi proton | Tomoterapi | Brakiterapi | Terapi sinaran
Kitar bahan api nuklear Sisa radioaktif | uranium diproses semula | plutonium gred senjata | Bahan api nuklear terpakai | Kolam storan bahan api | Transmutasi nuklear | Pemprosesan semula nuklear
Senjata nuklear Kesan letupan nuklear | Peperangan nuklear | Percambahan senjata nuklear | Perlumbaan senjata nuklear | Reka bentuk senjata nuklear | Sejarah senjata nuklear | Senarai negara bersenjata nuklear | Senarai ujian nuklear
Reaktor nuklear




Rujukan sunting

  1. ^ "IEA – Key world energy statistics, 2015" (PDF). Dicapai pada 6 April 2017.[pautan mati kekal]
  2. ^ https://www.pppl.gov/news/2016/08/major-next-steps-fusion-energy-based-spherical-tokamak-design
  3. ^ Beberapa Penjana termoelektrik radioisotop telah dibina, tanpa kitaran stim.
  4. ^ https://doi.org/10.1016%2FS0140-6736%2807%2961253-7
  5. ^ https://doi.org/10.1021%2Fes3051197

Pautan luar sunting

Tapak web berita nuklear sunting

Tentangan sunting

Sokongan sunting