Kubung (Jawi: کوبوڠ) ialah sejenis mamalia yang terdapat di Asia Tenggara. Ada dua spesies kubung yang masih wujud dalam keluarga Cynocephalidae dan order Dermoptera.[1][2] Kubung hinggap di pokok-pokok, ia menggunakan kepingan kulit tambahan di antara kakinya untuk meluncur dari lokasi yang lebih tinggi ke bawah.

Kubung
Julat zaman:
Eosen-Kini, 37–0 Ma
Kubung betina memanjat pokok di
HSKT Air Tengah, Singapura
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Dermoptera

Illiger, 1811
Keluarga:
Cynocephalidae

Genus jenis
Cynocephalus
Boddaert, 1768
Genus
     Cynocephalus
     Galeopterus
  Dermotherium
Taburan spesies kubung
Sinonim
  • Colugidae
  • Galeopithecidae
  • Galeopteridae

Genetik kubung dekat dengan genetik haiwan spesies primat.[3] Kubung Filipina adalah spesies kubung yang paling besar.

Kubung haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memerlukan lesen pemburuan.[4]

Penamaan sunting

Nama kubung asalnya dipakai kepada spesies kubung Sunda.[5]

Taksonomi sunting

Nama keluarga Cynocephalidae dijejakkan kepada kata-kata bahasa Yunani κύων kyōn "anjing" dan κεφαλή kephalē "kepala" kerana bentuk kepala kubung lebar dengan muncung yang pendek seperti kepala anjing.[2]

Ciri sunting

Bahagian depan dan belakang badan kubung langsing dan panjang mencapai ukuran 35 hingga 40 cm (14 hingga 16 in) dan jisim 1 hingga 2 kg (2.2 hingga 4.4 lb).[6] Ekornya panjang sederhana dan agak ringan.

Kepalanya kecil, dengan mata yang besar dan fokus depan untuk penglihatan teropong yang sangat baik, dan telinga kecil yang bulat.

 
Rahang bawah kubung genis Galeopterus.

Gigi kacip kubung sangat berbeza; bentuknya seperti sisir hingga 20 batang pada setiap gigi. Gigi kacipnya serupa dengan penampilan dan fungsi dengan rangkaian gigi kacip pada strepsirrhines, yang digunakan untuk dandanan. Gigi atas kedua mempunyai dua akar, satu lagi ciri unik di antara mamalia.[7] Formula pergigian kubung adalah:  

Kaki-kaki kubung tidak ada ibu jari.[8]

 
Kaki kubung Filipina (Galeopithecus)

Pergerakan sunting

Ia tidak mahir mendaki, ia naik pokok dengan mencengkam kulit kayu menggunakan cakar-cakarnya yang kecil dan tajam sambil melompat perlahan.[8]

Kaki-kaki depan seekor kubung membuka panjang sehingga berukuran 70 sm,[8] kaki-kaki ini ditutupi kulit diregangkan atau patagium besar dan memanjang yang bersambung dari bilah bahu ke kaki depan, dari hujung jari paling belakang ke hujung jari kaki, dan dari kaki belakang ke hujung ekor. Kulit ini membolehkannya meluncur dari sebatang pokok ke sebatang pokok lain pada jarak yang jauh antara pokok.[7] Seekor kubung dapat meluncur jarak sejauh 70 m (230 ka) dari satu pohon ke pohon yang lain tanpa kehilangan banyak altitud,[9] Kubung Malaya telah menempuh jarak sekitar 150 m (490 ka) pada satu luncuran.[10] Dari semua mamalia yang meluncur, kubung mempunyai penyesuaian yang paling sempurna untuk penerbangan. Jarak antara jari dan jari kaki kubung dilapisi selaput renang (webbed).

Ia meluncur dari satu pokok ke pokok lain untuk mencari makanan atau kemungkinan pasangan dan melindungi wilayahnya.[11]

Tabiat sunting

Kubung hidup bersendirian di lubang pokok, pemalu dan nokturnal. Oleh itu, hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenai tingkah lakunya.

Kubung bersembunyi dalam lubang pokok atau menggantung di bawah dahan pada hampir sepanjang hari supaya dirinya samar kelihatan oleh pemangsa.[perlu rujukan] Pada waktu malam, kubung menghabiskan sebahagian besar waktunya di pokok untuk mencari makanan.[11]

Pemakanan sunting

Kubung herbivor dan memakan daun, tunas, bunga, getah, dan buah. Mereka mempunyai perut dan usus yang sihat yang mampu mengeluarkan nutrien dari daun dan bahan berserat lain.

Pembiakan sunting

Kubung akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Kedua spesies terancam oleh kemusnahan habitat, dan Kubung Filipina dilekaskan oleh IUCN sebagai terancam (vulnerable). Tambahan kepada pembersihan hutan yang berterusan, ia diburu bagi daging dan bulunya. Ia turut diburu oleh Helang Filipina yang turut terancam: sesetengah kajian menunjukkan bahawa Kubung Filipina membentuk 90% daripada permakanan helang. Ia tidak diketahui bagaimana helang siang mampu memburu sebegitu banyak Kubung nokturnal, yang dipercayai menghabiskan sebahagian besar siang bergulung dalam lobang pokok atau bergantung tanpa disedari di dahan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Stafford, B.J. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 110. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Baines, Elizabeth (2001). "Colugos or 'Flying lemurs'". The Natural History Collections. Universiti Edinburgh. Dicapai pada 30 Ogos 2023.
  3. ^ Janecka, Jan E.; Miller, Webb; Pringle, Thomas H.; Wiens, Frank; Zitzmann, Annette; Helgen, Kristofer M.; Springer, Mark S.; Murphy, William J. (2007). "Molecular and genomic data identify that their closest living relative non-colugo relatives are primates". Science. 318 (5851): 792–794. Bibcode:2007Sci...318..792J. doi:10.1126/science.1147555. PMID 17975064. S2CID 12251814.
  4. ^ Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (PDF). Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2010. m/s. 108.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kubong". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 617 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Lim, Norman (2007). Colugo: The flying lemur of South-East Asia. Singapore: Draco Publishing and Distribution Pte Ltd.
  7. ^ a b MacKinnon, Kathy (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 446–447. ISBN 978-0-87196-871-5.
  8. ^ a b c Piotrowski, Jan (15 Mei 2015). "Zoologger: The clumsy tree-dweller transforms into a gliding ace". New Scientist. Dicapai pada 23 November 2021.
  9. ^ Dawkins, Richard (2004). The Ancestor's Tale. Phoenix. ISBN 978-0-7538-1996-8.
  10. ^ Byrnes G, Lim NT, Spence AJ (2008). "Take-off and landing kinetics of a free-ranging gliding mammal, the Malayan colugo (Galeopterus variegatus)". Proc Biol Sci. 275 (1638): 1007–13. doi:10.1098/rspb.2007.1684. PMC 2600906. PMID 18252673.
  11. ^ a b Spence, Andrew J.; Yeong, Charlene; Lim, Norman T.-L.; Byrnes, Greg (April 2011). "Sex differences in the locomotor ecology of a gliding mammal, the Malayan colugo (Galeopterus variegatus)". Journal of Mammalogy. 92 (2): 444–451. doi:10.1644/10-MAMM-A-048.1. ISSN 0022-2372. S2CID 84539846.

Pautan luar sunting


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z