Kuil

bangunan yang dikhaskan untuk aktiviti keagamaan atau pemujaan

Kuil (Jawi: کويل, pinjaman Tamil: கோயில் kōyil atau கோவில் kōvil) merujuk kepada struktur bagi aktiviti keagamaan atau rohani, seperti upacara pemujaan, pengorbanan atau yang seumpamanya. Sesebuah kuil mempunyai kawasan suci sebagaimana ditakrifkan oleh agamawan (misalnya seorang sami atau pendeta). Sungguhpun kuil bukanlah secara teknikalnya "rumah para dewa” tetapi diagram bagi kuil Rom menyambung geometri langit dan bumi, ia turut membayangkan tempat kediaman dewa atau para dewa. Tradisi ini semenjak zaman purba. Bagi Mesir Purba, perkataan pr boleh merujuk kepada rumah, juga struktur suci kerana ia dipercayai bahawa dewa duduk dalam rumah.[1]

Kuil Hephaestus, kuil Yunani pengikut Doric di Athens dengan pintu masuk asal mengadap timur, 449 BC (muka barat dipaparkan).
Angkor Wat abad ke-12 kuil Hindu di Kemboja, dengan pintu masuk mengadap barat.
Model kuil Herod bersebelahan dengan pameran Shrine of the Book di muzium Israel, Jerusalem.
kuil Longshan di bandar Taipei dengan pintu masuk mengadap barat; contoh seni bina dengan pengaruh selatan China yang biasa kelihatan dibangunan lama di Taiwan (1738).
Kuil Penyembuhan Rosicrucian, Gunung Ecclesia dengan bukaan mengadap timur, Oceanside, California, Amerika Syarikat, 1920; ia merupakan kuil solar sempena ketibaan Era Aquarius.

Kata asal kōyil atau kōvil[2] ini dikatakan berasal daripada peranan tempat bernama sedemikian di Tamil Nadu semasa zaman dahulu menggabungkan கோ bermaksud "raja"[3] dan இல் il bermaksud "tempat" (place) atau "rumah"[4] yakni "tempat raja" di mana penguasa bergelar raja dilihat sebagai wakil suatu tuhan atau dewa di Bumi pada ketika itu.

Kuil Hindu sunting

Kuil Hindu juga dikenali dengan nama lain di negara lain termasuk Pura (Indonesia) mandir atau mandira, koil atau kovil, devasthana dan devalaya, bergantung kepada daerah subbenua India dan bahasa tempatannya.

Di Malaysia, kuil Hindu telah lama wujud dengan binaan pengaruh tempatan di Lembah Bujang semasa penyebaran ugama Hindu di semenanjung Malaysia.

Kuil Hindu biasanya besar dan mengkagumkan dan kaya sejarah. Sesetengahnya berasal sejak Zaman Gangsa dan Tamadun Lembah Indus. Pada masa kini kuil hindu yang mengkagumkan telah di bina diseluruh pelosok dunia termasuk India, Great Britain, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan dan Kanada.

Kuil Yahudi sunting

Dalam Judaisme, teks kuno Ibrani merujuk bukan kepada kuil (kerana perkataan itu belum wujud pada masa itu), tetapi kepada 'tempat terlindung' 'istana' atau 'dewan'. kedua-dua kuil di Baitulmaqdis digelar Beit Hamikdash, yang diterjemahkan sebagai 'Rumah Suci'.

Temple Mount dikenali dalam Bahasa Ibrani sebagai Har haBáyith (Ibrani: הַר הַבַּיִת‎) (atau bagi orang Arab atau Islam, sebagai 'Haram al-Syarif', Arab: الحرم القدسي الشريف) di Baitulmaqdis. Bagi golongan beragama Yahudi Judaisme, lokasi ini merupakan tempat terletaknya Kuil Pertama (Kuil Solomon, atau "Haykal Sulaiman") dan Kuil Kedua. Pada tengah-tengah struktur ini terletak Suci daripada yang Suci yang hanya boleh dimasuki ketua paderi. Temple Mount kini lokasi Kubah Al-Sakhrah yang dibina pada 690 tahun Masihi.

Perkataan Yunani synagogue mula digunakan bagi merujuk kepada tempat sembahyang Yahudi pada zaman Yunani dan ia, bersama-sama perkataan Yiddish shull, dan perkataan asal Ibrani Bet Knesset ('Rumah perjumpaan') merupakan perkataan yang luas diguna.

Pada awal abad ke-19, perkataan 'kuil' mula digunakan bagi rumah sembahyang Yahudi, hampir secara ekslusifnya oleh ahli Judaisme Reformasi, mula-mula di Jerman, kemudian di negara-negara lain, terutamanya di Amerika Syarikat seperti yang digunakan dalam nama Temple beth-El('Kuil beth-El'). Judaisme Ortodoks menganggap penggunaan sedimikian tidak berapa tepat, kerana mazhab itu tidak menganggap synagogue sebagai pengganti Kuil di Baitulmaqdis (terdapat kuil tempatan bersama-sama Kuil Baitulmaqdis, misalnya di Masada).

Rujukan sunting

  1. ^ Monroe, Edgar, Temples of Egypt, http://touregypt.net/featurestories/temples.htm , website accessed August 30, 2006.
  2. ^ Koyil or kovil, which is correct? கோயில், கோவில்; எது சரி? Dinamani.com newspaper's Kadhir supplement.
  3. ^ "கோ - University of Madras Tamil Lexicon". Digital Dictionaries of South Asia. Universiti Chicago. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  4. ^ "இல் - University of Madras Tamil Lexicon". Digital Dictionaries of South Asia. Universiti Chicago. Dicapai pada 23 Mei 2020.

Pautan luar sunting