Kuinoa atau kinoa (bahasa Inggeris: quinoa, dari Bahasa Quechua kinwa atau kinuwa)[2] adalah nama biasa untuk Chenopodium quinoa, sejenis tanaman berbunga di dalam keluarga bayam iaitu Amaranthaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang diusahakan untuk dimakan biji benihnya sebagai bijirin. Tumbuhan ini tidak mempunyai sifat yang sama seperti rumput, oleh itu ia bukanlah jenis bijirin yang sebenar (pseudocereal). Kuinoa berkait rapat dengan tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh dimakan seperti ubi bit, bayam, dan amaranth (Amaranthus spp.).

Kuinoa
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
C. quinoa
Nama binomial
Chenopodium quinoa
Merah: taburan semulajadi,
Hijau: penanaman
Sinonim[1]

Setelah penuaian, biji-biji yang dikumpulkan diproses untuk membuang lapisan luar yang mengandungi saponin, sejenis kimia pahit. Bijirin yang terhasil ini boleh dimasak dengan cara yang sama seperti beras dan ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Daun kuinoa kadangkalanya juga boleh dimakan sebagai daun sayur-sayuran seperti bayam, namun ia sukar didapati.

Kandungan khasiat bijirinnya yang telah dimasak adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain seperti gandum dan nasi di mana ia dapat membekalkan jumlah serat dan mineral yang sederhana. Oleh sebab kepentingan inilah Pertubuhan Makanan dan Pertanian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2013 sebagai "Tahun Kuinoa Sedunia".[3]

Kuinoa berasal dari kawasan pergunungan Andes yang meliputi negara Peru, Bolivia, Ekuador, Colombia dan Chile[4]. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa tumbuhan ini pertama kali digunakan sebagai bahan makanan untuk penggembalaan pada 5,200 hingga 7,000 tahun yang lalu. Ia kemudiannya telah dijinakkan untuk kegunaan manusia sejak 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu di lembangan Tasik Titicaca sekitar Peru dan Bolivia[5].

Biologi sunting

Gambarannya sunting

 
Tumbuhan kuinoa sebelum ia berbunga

Chenopodium quinoa adalah tumbuhan dikot tahunan dengan ketinggian sepanjang 1–2 m (3 ka 3 in–6 ka 7 in) yang tinggi. Daunnya lebar, berserbuk, berbulu, berlobus serta diatur secara berselang-seli. Batang tengahnya yang berkayu bercabang atau tidak bercabang bergantung pada jenis dan berwarna sama ada hijau, merah atau ungu. Bulirnya yang berbunga terletak pada hujung tumubuhan atau di celah daun sepanjang batang.

Buahnya berukuran sekitar 2 mm (0.08 in) diameter dan ia muncul dalam pelbagai warna—dari putih merah atau hitam, bergantung pada kultivar tumbuhan tersebut.[6]

Taburan asal sunting

Chenopodium quinoa dipercayai telah dijinakkan di kawasan Pergunungan Andes di Peru daripada populasi spesies kuinoa liar.[7] Terdapat juga kuinoa liar (Chenopodium quinoa be. melanospermum) yang tumbuh di kawasan penanamannya, sama ada ia berkait rapat dengan tumbuhan asalnya mahupun ia berasal daripada keturunan spesies yang dijinakkan.[8]

Penanaman sunting

Iklim yang sesuai sunting

Pertumbuhan kuinoa boleh berubah-ubah mengikut subspesies, jenis dan habitat asalnya. Walau bagaimanapun, penanamannya tidak sukar yang ia mempunyai ketahanan yang tinggi - kuinoa biasanya ditanam di kawasan yang berketinggian 4,000 m (13,000 ka) dari aras laut di pergunungan Andes berdekatan kawasan Khatulistiwa, dengan kebanyakan kultivarnya ditanam di dalam kawasan setinggi antara 2,500 m (8,200 ka) dan 4,000 m (13,000 ka) dari paras laut. Kuinoa boleh membesar dengan optimalnya dalam iklim-iklim yang sejuk dalam suhu di antara −4 °C (25 °F) sepanjang malam kepada hampir 35 °C (95 °F) di siang hari. Ada sesetengah jenis kuinoa yang boleh tahan

suhu-suhu rendah tanpa sebarang kerosakan.

Penyemaian sunting

Quinoa tumbuh dengan suburnya di tanah berpasir yang mempunyai saliran baik dengan kandungan nutrien yang rendah, kadar garam yang sederhana serta pH tanah dalam lingkungan 6 hingga 8.5.[perlu rujukan]

Penuaian sunting

 
Biji-biji kuinoa yang telah dituai

Bijirin kuinoa secara tradisionalnya akan dituai dengan tangan. Penuaian secara mesin jarang dilakukan kerana tempoh kematangan kebanyakan jenis kultivar kuinoa amatlah berbeza-beza. Penuaian kuinoa harus tepat pada masanya untuk mengelakkan kehilangan biji-biji yang banyak; bulir-bulir pada sesebuah tumbuhan kuinoa itu boleh matang pada waktu yang berbeza. Hasil tanaman di kawasan Andes (sekitar 3 t/ha sehingga 5 t/ha) boleh menandingi hasil tuaian gandum  setanding untuk hasil gandum. Penanaman kuinoa di Amerika Syarikat lebih menggunakan jenis-jenis tumbuhan yang tertentu agar ia mencapai kematangan yang seragam, dan hasil penanaman tersebuat dituai menggunakan jentuai yang kecil.

Pemprosesan sunting

 
Pekerja-pekerja membanting kuinoa di Peru

Tanaman kuinoa dibiarkan sehingga batang dan benihnya telah mengering dan biji-bijinya telah mencapai kandungan air di bawah 10%.

 Pengeluaran Kuinoa Sedunia (dalam ribu tan metrik)
Negara 1961 1970 1980 1990 2000 2010 2014
    Peru 22.5 7.3 16.3 6.3 28.2 41.1 114.3
  Bolivia 9.2 9.7 8.9 16.1 23.8 36.1 77.4
  Ecuador 0.7 0.7 0.5 0.7 0.7 0.9 0.8
Jumlah 32.4 17.7 25.8 23.0 52.6 78.1 192.5
Eksport harga[9] USD/kg $0.080 $0.492 $0.854 $1.254 $3.029
Sumber: Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) [10]

Nilai nutrisi sunting

Kinoa mentah per 100 g
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 21 kJ (5.0 kcal)
Karbohidrat 21 g
- Kanji 52 g
- Serabut diet 7 g
Lemak 2 g
- politaktepu 3.3 g
Protein 4 g
- Triptofan 0.167 g
- Treonina 0.421 g
- Isoleusina 0.504 g
- Leusina 0.840 g
- Lisina 0.766 g
- Metionina 0.309 g
- Sistina 0.203 g
- Fenilalanina 0.593 g
- Tirosina 0.267 g
- Valina 0.594 g
- Arginina 1.091 g
- Histidina 0.407 g
- Alanina 0.588 g
- Asid aspartik 1.134 g
- Asid glutamik 1.865 g
- Glisina 0.694 g
- Prolina 0.773 g
- Serina 0.567 g
Air 13 g
Tiamina (vit. B1) 0.36 mg (31%)
Riboflavin (vit. B2) 0.32 mg (27%)
Vitamin B6 0.5 mg (38%)
Folat (vit. B9) 184 μg (46%)
Kalsium 36 mg (4%)
Besi 4.6 mg (35%)
Magnesium 197 mg (55%)
Fosforus 457 mg (65%)
Kalium 563 mg (12%)
Zink 3.1 mg (33%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: Nutritiondata.self.com Sumber: USDA Nutrient Database

Kinoa merupakan sumber makanan penting di peradaban Andes sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah Eropah.[11] Kuinoa juga disebut dengan makanan super[12] dengan kadar protein yang tinggi (14% per asas jisim) namun tidak sebanyak kandungan dalam kekacang dan legum. Kadar proteinnya lebih tinggi jika dibandingkandengan makanan ruji lain seperti kentang, barli, dan sekoi, namun ia lebih rendah dari bijirin oat.[13] Jenis-jenis protein yang terkandung dapat dikategorikan sebagai protein lengkap.[14][15][16] Kiunoa juga merupakan sumber serat makanan, kalsium dan fosforus serta tinggi magnesium dan besi.[17] Kinoa tidak mengandung gluten lalu ia mudah dicerna. Ciri-ciri nutrisi inilah yang menjadikan NASA mempertimbangkan tanaman ini untuk ditanam dalam penerbangan angkasa berpandu jangka panjang.[18]

Kuinoa yang telah dibersihkan kandungan saponinnya dapat dikecambahkan seperti tauge.[19] Perkecambahan ini mengaktifkan enzim dan menggandakan kadar vitamin yang terkandung di dalamnya.[20] Ia juga memiliki suatu tempoh percambahan yang singkat.[21]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada May 1, 2014.
  2. ^ Teofilo Laime Ajacopa, Diccionario Bilingüe Iskay simipi yuyayk'ancha, La Paz, 2007 (Quechua-Spanish dictionary)
  3. ^ "International Year of Quinoa 2013". Food and Agricultural Organisation of the United Nations. Dicapai pada 18 August 2015.
  4. ^ Fuentes, F. F.; Martínez, E. A.; Hinrischen, P. V.; Jellen, E. N.; Maughan, P. J. (10 May 2008). "Assessment of genetic diversity patterns in Chilean quinoa (Chenopodium quinoa Willd.) germplasm using multiplex fluorescent microsatellite" (PDF). Springer Science+Business Media. Dicapai pada 14 February 2016.
  5. ^ Kolata, Alan L. (2009). "Quinoa" (PDF). Quinoa: Production, Consumption and Social Value in Historical Context. Department of Anthropology, The University of Chicago.
  6. ^ Vaughn, JG; Geissler, CA (2009). The New Oxford Book of Food Plants. Oxford University Press. ISBN 019954946X.
  7. ^ Barbara Pickersgill (August 31, 2007). "Domestication of Plants in the Americas: Insights from Mendelian and Molecular Genetics". Annals of Botany. 100 (5): 925–40. doi:10.1093/aob/mcm193. PMC 2759216. PMID 17766847. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-21. Dicapai pada 2017-07-06.
  8. ^ Heiser Jr., Charles B.; Nelson, David C. (September 1974). "On the Origin of the Cultivated Chenopods (Chenopodium)". Genetics. 78 (1): 503–5. PMC 1213209. PMID 4442716. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  9. ^ calculated from Export volume and value of FAOSTAT
  10. ^ "FAOSTAT". FAO Statistics. Dicapai pada 2016-01-09.
  11. ^ Keen, Benjamin; Haynes, Keith (2008). A History of Latin America. Boston, MA: Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. m/s. 32. ISBN 978-0618783182.
  12. ^ Keppel, Stephen (March 4, 2012). "The Quinoa Boom Is a Lesson in the Global Economy". ABC Univision. Dicapai pada 16 March 2013.
  13. ^ "Wild Rice: The Protein-Rich Grain that Almost Nobody Knows About! - Yahoo! Voices - voices.yahoo.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-05. Dicapai pada 21 May 2013.
  14. ^ "Mother Grain Quinoa A Complete Protein". Oardc.osu.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 21 May 2013.
  15. ^ "Nutrition Facts and Analysis of Quinoa, Cooked".
  16. ^ "Quinoa". Dicapai pada 21 May 2013.
  17. ^ Ray, C. Claiborne (29 December 1998). "Calcium and Quinoa". The New York Times. Dicapai pada 9 June 2012.
  18. ^ Greg Schlick and David L. Bubenheim (November 1993). "Quinoa: An Emerging "New" Crop with Potential for CELSS" (PDF). NASA Technical Paper 3422. NASA.
  19. ^ Andrea Cespedes (11 January 2011). "Can You Eat Quinoa Raw or Uncooked?". livestrong.com. Dicapai pada 16 December 2013.
  20. ^ Deep Nutrition: Why Your Genes Need Traditional Foods, Catherine Shanahan, MD, Luke Shanahan (2008) pp. 148–151
  21. ^ "Anthocyanins Total Polyphenols and Antioxidant Activity in Amaranth and Quinoa Seeds and Sprouts During Their Growth" (PDF). researchgate.net. 12 January 2009. Dicapai pada 21 May 2013.

Bacaan lanjut sunting

  • Pulvento C., M. Riccardi, A. Lavini, R. d’Andria, & R. Ragab (2013). (2013). "SALTMED Model to Simulate Yield and Dry Matter for Quinoa Crop and Soil Moisture Content Under Different Irrigation Strategies in South Italy". Irrigation and drainage. 62 (2): 229–238. doi:10.1002/ird.1727.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Cocozza C., C. Pulvento, A. Lavini, M.Riccardi, R. d’Andria & R. Tognetti (2012). (2013). "Effects of increasing salinity stress and decreasing water availability on ecophysiological traits of quinoa (Chenopodium quinoa Willd.)". Journal of agronomy and crop science. 199 (4): 229–240. doi:10.1111/jac.12012.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • "Field Trial Evaluation of Two Chenopodium quinoa Genotypes Grown Under Rain-Fed Conditions in a Typical Mediterranean Environment in South Italy". Journal of Agronomy and Crop Science. 196 (6): 407–411. 2010. doi:10.1111/j.1439-037X.2010.00431.x.
  • Pulvento, C., Riccardi, M., Lavini, A., Iafelice, G., Marconi, E. and d’Andria, R. (2012). "Yield and Quality Characteristics of Quinoa Grown in Open Field Under Different Saline and Non-Saline Irrigation Regimes". Journal of Agronomy and Crop Science. 198 (4): 254–263. doi:10.1111/j.1439-037X.2012.00509.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Gómez-Caravaca, G. Iafelice, A. Lavini, C. Pulvento, M.Caboni, E.Marconi (2012). "Phenolic Compounds and Saponins in Quinoa Samples (Chenopodium quinoa Willd.) Grown under Different Saline and Non saline Irrigation Regimens". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 60 (18): 4620–4627. doi:10.1021/jf3002125. PMID 22512450.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Romero, Simon; Shahriari, Sara (March 19, 2011). "Quinoa's Global Success Creates Quandary at Home". The New York Times. Dicapai pada July 22, 2012.
  • "Introducing deficit irrigation to stabilize yields of quinoa (Chenopodium quinoa Willd.)". Eur. J. Agron. 28 (3): 427–436. 2008. doi:10.1016/j.eja.2007.11.008.
  • "Indicators to quantify the flexible phenology of quinoa (Chenopodium quinoa Willd.) in response to drought stress". Field Crop. Res. 108 (2): 150–6. 2008. doi:10.1016/j.fcr.2008.04.008.
  • "Could deficit irrigation be a sustainable practice for quinoa (Chenopodium quinoa Willd.) in the Southern Bolivian Altiplano?". Agric. Water Manage. 95 (8): 909–917. 2008. doi:10.1016/j.agwat.2008.02.012.
  • "Modeling the potential for closing quinoa yield gaps under varying water availability in the Bolivian Altiplano". Agric. Water Manage. 96 (11): 1652–1658. 2009. doi:10.1016/j.agwat.2009.06.020.