Kumpulan Tentera Darat Ke-15

Kumpulan Tentera Darat Ke-15 ialah sebuah kumpulan tentera darat yang terdiri daripada beberapa tentera darat medan British dan Amerika yang merangkumi sejumlah kor, divisyen dan briged daripada pelbagai tentera Bersekutu (Kanada, India, Poland, Afrika Selatan, Greece, Brazil dan New Zealand) dalam Perang Dunia II.

Kumpulan Tentera Darat Ke-15
Insignia bahu Kumpulan Tentera Darat Ke-15
Aktif1943–45
NegaraUnited Kingdom & Amerika Syarikat,
disertai banyak negara Sekutu
KesetiaanPihak Bersekutu
JenisKumpulan tentera darat
PerananMarkas Kumpulan Tentera Darat
Saiz200,000 anggota
Komander
Komander
terkenal
Harold Alexander
Mark W. Clark

Sejarah sunting

Kumpulan Tentera Darat Ke-15 telah diaktifkan pada tahun 1943 di Algiers, Afrika Utara, untuk penyerbuan Sicily yang dirancang, nama kod Operasi Husky. Ketumbukan utama untuk tugas ini ialah Tentera Darat Ketujuh A.S. di bawah Leftenan Jeneral George Patton, dan Tentera Darat Kelapan British, di bawah Jeneral Bernard Montgomery. Susulan penaklukan Sicily, kumpulan tentera darat ini dipertanggungjawabkan untuk pencerobohan tanah besar Itali yang mana Tentera Darat Ketujuh A.S. telah digantikan oleh Tentera Darat Kelima A.S. di bawah Leftenan Jeneral Mark Clark. Pada Januari 1944, kumpulan tentera darat ini telah dibentuk semula sebagai angkatan Bersekutu di Itali dan kemudian Angkatan Pusat Bersekutu Mediterranean.

Pada Mac 1944, kumpulan tentera darat ini dinamakan semula Ketumbukan Bersekutu di Itali. Sepanjang tempoh ini, kumpulan tentera darat berada di bawah perintah Jeneral British Sir Harold Alexander. Pada akhir tahun 1944, kumpulan tentera darat tersebut telah mara ke arah utara merentasi Itali, menawan Rom, dan menolak tentera Paksi berundur ke utara Itali. Pada bulan Disember, Leftenan Jeneral Amerika Mark Clark menjadi panglima baru dan kumpulan tentera darat ini telah dinamakan semula sekali lagi kepada Kumpulan Tentera Darat Ke-15. Tentera Paksi di Itali akhirnya dikalahkan dalam Penyerangan musim bunga 1945 di Itali dan meletakkan senjata pada bulan Mei.

Pada 5 Julai, Kumpulan Tentera Darat Ke-15 telah disusun semula dan dibentuk semula sebagai Angkatan Pendudukan Austria A.S. Markas Ketumbukan Kor II, Divisyen Ke-11 Armor, Divisyen Ke-42 Infantri dan Divisyen Ke-65 Infantri, yang sebelum ini ditugaskan kepada Tentera Darat Ketiga A.S. dan Kumpulan Tentera Darat Ke-12, telah ditugaskan pada 6 Julai kepada Angkatan Pendudukan Austria AS yang baru dibentuk, yang mana panglimanya ialah Jeneral Mark Clark.

Senarai tempur sunting

Senarai tempur bagi Kumpulan Tentera Darat Ke-15, Ogos 1944

Rujukan sunting

  1. ^ Army Tank Brigade

Pautan luar sunting

Templat:US Army navbox