Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

agensi kerajaan di Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Intisari agensi
Dibentuk1951; 73 tahun yang lalu (1951)
Agensi terdahulu
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (1951)
Bidang kuasa
Kementerian Kewangan Malaysia
Ibu pejabatNo.1 Persiaran Kwasa Utama, Pusat Bandar Kwasa Damansara, Seksyen U4, Shah Alam, 40150, Selangor, Malaysia
Kakitangan5610
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Kementerian Kewangan Malaysia
Laman sesawang
www.kwsp.gov.my
Pejabat KWSP di Pulau Pinang.

Anggota sunting

Keanggotaan wajib kepada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. Sehingga Jun 2022, KWSP mempunyai seramai 15.5 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 8 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 572,847.[3]

Kadar Dividen sunting

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional. Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.[4]

Simpanan Konvensional (1952–2000) sunting

1952 to 1959 1960 to 1962 1963 1964 1965 to 1967 1968 to 1970 1971 1972 to 1973 1974 to 1975 1976 to 1978 1979 1980 to 1982 1983 to 1987 1988 to 1994 1995 1996 1997 to 1998 1999
2.50% 4.00% 5.00% 5.25% 5.50% 5.75% 5.80% 5.85% 6.60% 7.00% 7.25% 8.0% 8.5% 8.0% 7.5% 7.7% 6.7% 6.84%

Simpanan Konvensional (2000–2017) sunting

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
6.00% 5.00% 5.25% 5.50% 5.75% 5.00% 5.15% 5.80% 5.50% 5.65% 5.80% 6.00% 6.15% 6.35% 6.75% 6.40% 5.70% 6.90%

Simpanan Konvensional (2018–kini) sunting

2018 2019 2020 2021 2022 2023
6.15% 5.45% 5.20% 6.10% 5.35% 5.50%

Simpanan Shariah (2018–kini) sunting

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah. Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta KWSP 1991[5], suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.[6]

2018 2019 2020 2021 2022 2023
5.90% 5.00% 4.90% 5.65% 4.75% 5.40%

Pelaburan sunting

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 21% daripada gaji pekerja dimana 9% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Caruman bulanan anggota dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun pencarum setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan pencarum setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen bulanan pula dikreditkan ke akaun anggota berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Jumlah aset KWSP setakat Mac 2022 adalah sebanyak RM1 trilion.[7]

Akaun sunting

Sejak 1 Januari 2007, simpanan anggota KWSP dibahagi dalam dua akaun. Akaun pertama, digelar "Akaun 1", menyimpan 70% daripada caruman anggota, manakala akaun kedua, digelar "Akaun 2", menyimpan baki selebihnya (30%). Pengeluaran Akaun 1 terhad kepada pengeluaran mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia. Akaun 2 pula membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah pertama, tujuan pendidikan dan belanja perubatan, pelaburan dan apabila mencapai 50 tahun.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmad Badri is new EPF chairman, replacing Samsudin Osman, The Star Dicapai pada 30 April 2020
  2. ^ Ahmad Zulqarnain Onn Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Yang Baharu, Laman Web Rasmi KWSP Dicapai pada 3 Februari 2024[pautan mati kekal]
  3. ^ "KWSP Catat RM27 Bilion Pendapatan Pelaburan Kasar Untuk Separuh Pertama 2022; Waspada Dengan Pertumbuhan Global Untuk Separuh Kedua 2022 dan 2023". Laman Web Rasmi KWSP. 2022-10-07. Dicapai pada 2022-11-28.
  4. ^ "Kadar Dividen KWSP". Laman Web Rasmi KWSP website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2020. Dicapai pada 3 Mac 2021.
  5. ^ "Akta KWSP 1991 Seksyen 43A". Laman Web Rasmi KWSP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 3 Mac 2021.
  6. ^ "Simpanan Shariah". Laman Web Rasmi KWSP. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 3 Mac 2021.
  7. ^ "KWSP Catat RM15.85 Bilion Pendapatan Pelaburan Kasar Untuk S1 2022". Laman Web Rasmi KWSP. 2022-07-21. Dicapai pada 2022-11-28.
  8. ^ "Members » General Information". Tapak KWSP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-01. Dicapai pada 14 Februari 2009.

Pautan luar sunting