Kumpulan bersaudara

Kumpulan bersaudara atau takson bersaudara ialah istilah filogenetik yang menandakan kerabat terdekat bagi sesuatu unit dalam pohon evolusi.[1] Ungkapan ini paling mudah digambarkan dengan kladogram:



         

  Takson A



  Takson B



         

  Takson C



Kumpulan bersaudara kepada A ialah B; sebaliknya, kumpulan bersaudara kepada B ialah A. Kumpulan A dan kumpulan B, bersama-sama dengan semua keturunan bagi leluhur bersama paling kini, membentuk klad AB. Kumpulan bersaudara kepada klad AB ialah C.

Seluruh klad ABC sendiri merupakan subpohon kepada pohon lebih besaer, yang menyediakan lebih cabang kumpulan bersaudara yang berkaitan tetapi terpisah lebih jauh daripada nodus daun, seperti A, B, dan C.

Dalam piawaian kladistik, A, B, dan C mungkin mewakili spesimen, spesies, kelompok takson, dll. Jika yang diwakili ialah spesies, istilah spesies bersaudara digunakan kadang-kadang.

Istilah "kumpulan bersaudara" digunakan dalam analisis filogenetik, dan hanya kumpulan-kumpulan yang dikenal pasti dalam analisis berkenaan dilabel sebagai kumpulan bersaudara. Yang dapat dijadikan contoh ialah burung, yang kumpulan bersaudaranya kerap dikutip sebagai buaya, tetapi itu hanya benar dalam hal takson ekstan.[2][3] Pohon keluarga burung berakar pada dinosaur, lalu mengesahkan sebilangan kumpulan pupus yang mencabang sebelum leluhur bersama terakhir bagi burung dan buaya.[4] Maka, istilah kumpulan bersauadara mesti dilihat sebagai istilah relatif, dengan kaveat bahawa kumpulan bersaudara ialah kerabat paling dekat hanya dalam kumpulan/spesies/spesimen yang disertakan dalam analisis.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Eernisse, D.J. "Introduction to Phylogeny: What is a Sister Taxon?". Biology 404 - Evolution (dalam bahasa Inggeris). Department of Biological Science, California State University, Fullerton. Dicapai pada 4 Januari 2012.
  2. ^ Padian, Kevin; Lindberg, David R.; Polly, Paul David (1 Mei 1994). "Cladistics and the Fossil Record: The Uses of History". Annual Review of Earth and Planetary Sciences (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 63–89. doi:10.1146/annurev.ea.22.050194.000431.
  3. ^ Kemp, T.S. (1 Januari 1988). "Haemothermia or Archosauria? The interrelationships of mammals, birds and crocodiles". Zoological Journal of the Linnean Society (dalam bahasa Inggeris). 92 (1): 67–104. doi:10.1111/j.1096-3642.1988.tb01527.x.
  4. ^ Hughes, J.M. "Ancient bird-crocdilian ancestor uncovered". AVES VITAE - The lives of birds (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2012. Dicapai pada 4 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Podani, J. (2010). "Taxonomy in Evolutionary Perspective - An essay on the relationships between taxonomy and evolutionary theory". Synbiologia Hungarica (dalam bahasa Inggeris). 5: 1–42.

Templat:Filogenetik