Kunanlan Subramaniam

Football player

Kunanlan Subramaniam[1] (lahir 22 Ogos 1986[2]) adalah pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah dan pertahanan.

S. Kunanlan
Maklumat peribadi
Nama penuh Kunanlan a/l Subramaniam
Tarikh lahir (1986-09-15) 15 September 1986 (umur 37)
Tempat lahir Semenyih, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.68 m (5 ka ​6 18 in)
Posisi permainan Sayap kiri/kanan, Bek kanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2012 Negeri Sembilan ? (16)
2012–2014 Selangor 38 (4)
2015–2023 Johor Darul Ta'zim 103 (2)
Pasukan kebangsaan
2008–2010 Malaysia B-23 18 (1)
2009–2017 Malaysia 74 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya sunting

Kelab sunting

Kunanlan memulakan kariernya seniornya bersama Negeri Sembilan di posisi sayap kiri.[3] Wan Jamak Wan Hassan, jurulatih Negeri Sembilan pada musim itu memutuskan untuk menurunkannya buat pertama kali ketika bertemu Selangor dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2007-08 yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi.[3] Pada musim yang sama, Kunanlan menjaringkan gol pertamanya ketika bertemu Sarawak dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Kuching.[4] Bersama Negeri Sembilan, Kunanlan menjuarai Piala Malaysia 2009, 2011 dan Piala FA 2010.

Kunanlan berpindah ke Selangor selepas 5 musim bersama Negeri Sembilan. Perlawanan pertamanya bersama Selangor adalah bertemu bekas pasukannya Negeri Sembilan. Di perlawanan itu, dia menjaringkan gol pertamanya bersama Selangor yang juga gol tunggal perlawanan. Kunanlan beraksi sebanyak 64 perlawanan dan menjaringkan 6 gol dalam semua pertandingan bersama Selangor.

Pada musim 2015, Kunanlan menyertai kelab bola sepak Johor Darul Ta'azim (JDT). Sepanjang 9 tahun bersama JDT, Kunanlan lebih banyak beraksi di bek kanan. Beliau bermain sebanyak 195 perlawanan dalam semua pertandingan kompetitif dan menjaringkan 4 gol bersama JDT. Beliau menjulang 9 kejuaraan Liga Super Malaysia selain memenangi Piala FA dan Piala Malaysia. Kunanlan menyifatkan menjuarai Piala AFC 2015 adalah pencapaian terbesar dalam kerjaya bola sepaknya.[5]

Antarabangsa sunting

Kunanlan membuat penampilan pertamanya bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia ketika seri 1-1 menentang Maldives pada 2008.

Pada 2009, Kunanlan mendapat kaps rasmi pertamanya dalam perlawanan persahabatan bertemu Kenya yang berkesudahan 0-0. Pada Disember 2009, Kunanlan disenaraikan bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia untuk Sukan SEA 2009 dan berjaya memenangi pingat emas.[6]

Pada 2010, Kunanlan disenaraikan sebagai salah satu pemain senior untuk saingan Sukan Asia 2010.[7] Dalam perlawanan kontroversi bertemu tuan rumah China, dia dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Australia, Ben Williams.[8]

Kunanlan turut membarisi skuad Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010. Dia beraksi dalam semua perlawanan di kejohanan itu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat pertama kali.

Pada Julai 2016, beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain. Walaubagaimanapun beliau keluar dari persaraan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 2017 yang mana merupakan perlawanan terakhirnya bersama Malaysia.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting