Kunyit

rempah yang digunakan dalam masakan kari dan lain-lainnya

Kunyit (Jawi: كوڽيت), temu kunyit (Jawi: تمو کوڽيت) dan temu kuning (Jawi: تمو کونيڠ; nama saintifik: Curcuma longa)[2] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga temu-temuan. Ia merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Selain kegunaan dalam masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu, daun serta bunga kunyit memang digemari sebagai ulam oleh sesetengah masyarakat Melayu.[perlu rujukan]

Kunyit
Perbungaan Curcuma longa
Serbuk dan rimpang kunyit
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Zingiberaceae
Genus: Curcuma
Spesies:
C. longa
Nama binomial
Curcuma longa
Sinonim

Curcuma domestica Valeton

Peristilahan sunting

Kunyit adalah turunan kata akar Proto-Austronesia, *kunij, serumpun dengan beberapa nama setempat lain di rantau Nusantara iaitu kunir (Jawa), konéng (Sunda), huni (Bima), konyè' (Madura), kunyir (Komering) dan kuni (Sangir). Kata itu sewarisan dengan kata "kuning" yang merujuk pada warna.[3] Dalam kamus bahasa melayu piawai, kunyit dapat disebut juga sebagai safron. Dalam bahasa melayu safron adalah koma-koma.

Kegunaan sunting

Dalam masakan sunting

Kunyit adalah rempah yang biasa digunakan dalam masakan di negara-negara Asia misalnya kari, gulai dan seumpamanya; ia juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan atau sebagai bahan pengawet.[4] Sebagai ubat

Produk farmasi berbahan baku kunyit mampu bersaing dengan berbagai ubat paten, misalnya untuk keradangan sendi (artritis-reumatoid) atau osteo-artritis berbahan aktif natrium deklofenak, piroksikam, dan fenil butason dengan harga yang relatif mahal atau suplemen makanan (Vitamin-plus) dalam bentuk kapsul.

Produk bahan jadi dari ekstrak kunyit berupa suplemen makanan dalam bentuk kapsul (Vitamin-plus) pasar dan industrinya sudah berkembang. Suplemen makanan ini dibuat daripada bahan baku ekstrak kunyit dengan bahan tambahan Vitamin B1, B2, B6, B12, Vitamin E, Lesitin, Amprotab, Mg-stearat, Nepagin dan Kolidon 90.

Umbi atau rimpang tumbuhan ini yang berumur lebih dari satu tahun dapat dipakai sebagai ubat berkhasiat untuk mendinginkan badan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut khususnya pada lambung, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan dalam masakan.

Kunyit juga digunakan sebagai ubat antigatal, antiseptik dan antikejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Patinya yang boleh diminum lazimnya diperaskan atau digunakan sebagai ubat sulap untuk mengubati bengkak dan terkilir. Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat dengan cara membakar kunyit dan menghirupnya.[4]

Khasiat sunting

Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali kurkumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik menyembuhkan keradangan. Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv menyatakan bahawa kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati bahan aktif kurkumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain; ia kerana bahan tersebut bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser.(Kosmo 17 Jun 2011)[perlu rujukan]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Curcuma longa L." Plants of the World Online, Kew Science, Kew Gardens, Royal Botanic Gardens, Kew, England. 2018. Dicapai pada 26 March 2018.
  2. ^ "temu II". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kunij turmeric: Curcuma longa". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 10 November 2022.
  4. ^ a b Itokawa H, Shi Q, Akiyama T, Morris-Natschke SL, Lee K. 2008. Recent advances in the investigation of curcuminoids. Chinese Med 3:11.

Pautan luar sunting