Kurt Roland Hamrin (Swedish: [kɵʈ hamˈriːn]; 19 November 1934 - 4 Februari 2024) merupakan bekas pemain bola sepak Sweden. Beliau kini merupakan penjaring gol kelapan terbanyak di Serie A dengan menjaringkan 190 gol. Hamrin seorang pemain yang pantas, kreatif, berkebolehan untuk menggelecek menggunakan kedua-dua belah kakinya dan beliau turut berbisa di hadapan pintu gol pasukan lawan. Di samping meraih kejayaan di peringkat kelab, Hamrin turut menempuh karier antarabangsa yang cemerlang apabila beliau membantu Sweden untuk mara ke final Piala Dunia 1958 yang berlangsung di negara tanah airnya. Beliau diakui luas sebagai salah satu pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman.

Kurt Hamrin
Maklumat peribadi
Nama penuh Kurt Roland Hamrin
Tarikh lahir (1934-11-19)19 November 1934
Tempat lahir Stockholm, Sweden
Tarikh kematian 4 Februari 2024(2024-02-04) (umur 89)
Tempat kematian Firenze, Itali
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Sayap
Kerjaya remaja
1946–1947 Huvudsta IS
1947–1948 Råsunda IS
1949–1951 AIK
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1952–1955 AIK 62 (54)
1956–1957 Juventus 23 (8)
1957–1958 Padova 30 (20)
1958–1967 Fiorentina 289 (150)
1967–1969 Milan 36 (9)
1969–1971 Napoli 22 (3)
1971–1972 IFK Stockholm 10 (5)
Jumlah 472 (249)
Pasukan kebangsaan
1953–1965 Sweden 32 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya sunting

Hamrin memulakan kariernya ketika bersama kelab AIK di Sweden apabila beliau sertai kelab tersebut pada musim 1952-53. Seterusnya, beliau melakukan perpindahan ke Juventus pada tahun 1956 dan tampil dalam 23 perlawanan pada musim sulungnya di sana. Pada musim berikutnya, beliau dipinjamkan ke Padova. Beliau menjaringkan 20 gol sepanjang 30 perlawanannya untuk Padova. Beliau memutuskan ingin kekal bersama Padova untuk musim seterusnya namun beliau dijual ke Fiorentina pada tahun 1958 dan beliau kekal bersama kelab berpusat di Florence tersebut hingga tahun 1967. Sepanjang menyarung jersi Fiorentina, beliau telah beraksi dalam 289 perlawanan Serie A dan menjaringkan 150 gol. Beliau turut menjuarai Coppa Italia pada tahun 1961 dan 1966. Hamrin diakui salah satu pemain Fiorentina terhebat. Beliau kemudian menyertai kelab A.C. Milan pada 1967 dan kekal selama dua musim. Bersama Milan, beliau meraih "Scudetto" pada tahun 1968. Selain itu, Hamrin menjaringkan kedua-dua gol Milan pada perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah 1968 menentang Hamburg. Kelab Itali terakhir yang disertai Hamrin merupakan Napoli selepas beliau berpindah dari Milan pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau beraksi selama satu musim untuk kelab IFK Stockholm sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 1972.

Hamrin telah beraksi sebanyak 32 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Sweden antara tahun 1953 dan 1965 antara tahun 1953 dan 1965 di samping beliau telah meledak 17 gol antarabangsa. Ramai orang Sweden masih mengingati jaringan gol Hamrin pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1958 menentang Jerman Barat. Keputusannya Sweden menang 3-1 dan pasukan Hamrin mara ke perlawanan akhir menentang Brazil.

Selepas bersara, Harmin berpindah dan menetap di Florence bersama keluarganya hingga saat kini. Beliau pernah bekerja sebagai pencari bakat AC Milan dari tahun 1998 to 2008.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  AIK 1951–52 1 0 1 0
1952–53 6 4 6 4
1953–54 22 15 22 15
1954–55 22 22 22 22
1955–56 12 13 12 13
Jumlah 63 54 63 54
  Juventus 1956-57 23 8 23 8
  Padova 1957-58 30 20 2 0 32 20
  Fiorentina 1957–58 3 3 3 3
1958–59 32 26 2 0 2 4 36 30
1959–60 34 26 4 2 4 2 42 30
1960–61 31 14 3 0 6 6 40 20
1961–62 32 15 2 1 7 6 6 8 48 30
1962–63 31 14 1 0 32 14
1963–64 33 19 5 4 3 5 41 28
1964–65 34 8 1 0 2 1 2 1 39 10
1965–66 30 12 4 5 4 3 2 1 40 21
1966–67 32 16 1 0 2 0 6 6 41 22
Jumlah 289 151 27 15 21 16 25 27 362 208
  Milan 1967–68 23 8 8 2 8 4 39 14
1968–69 13 1 3 1 6 1 22 3
Jumlah 36 9 11 3 14 5 61 17
  Napoli 1969–70 5 1 1 0 5 2 11 3
1970–71 17 2 6 0 23 2
Jumlah 22 3 6 0 1 0 5 2 34 5
Jumlah kerjaya 463 244 46 18 36 21 30 29 575 312

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Sweden
Tahun Kmncln Gol
1953 3 1
1954 8 4
1955 9 4
1956 0 0
1957 0 0
1958 5 4
1959 0 0
1960 0 0
1961 0 0
1962 1 0
1963 1 0
1964 3 3
1965 2 0
Jumlah 32 16

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

 
Hamrin meraikan jaringan golnya saat mewakili pasukan kebangsaan Sweden menentang Jerman Barat pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 1958.

Kelab sunting

Fiorentina
Milan

Individu sunting

Nota sunting

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA XI´s Matches – Full Info". RSSSF. Dicapai pada 17 March 2016.
  2. ^ "UEFA President attends Swedish awards". uefa.com. UEFA. 14 March 2016. Dicapai pada 10 May 2014.

Pautan luar sunting