Kurt Zeitzler (9 Jun 1895 – 25 September 1963) adalah seorang Jeneral dan Ketua Staf Am Tentera Darat Jerman Nazi semasa Perang Dunia II.


Kurt Zeitzler
General der Infanterie Zeitzler pada September 1942
Ketua Staf Am
Markas Besar Tentera Darat Jerman
Dalam jawatan
24 September 1942 – 10 Jun 1944
PemimpinAdolf Hitler
Didahului olehFranz Halder
Digantikan olehAdolf Heusinger
Butiran peribadi
Lahir(1895-06-09)9 Jun 1895
Goßmar, Empayar Jerman
Meninggal dunia25 September 1963(1963-09-25) (umur 68)
Hohenaschau, Jerman Barat
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Jerman

 Republik Weimar

 Jerman Nazi
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Jerman
Tahun perkhidmatan1914–45
Pangkat Generaloberst
Pertempuran

Zeitzler merupakan pegawai staf sepenuh masa, bertugas sebagai ketua staf kepada kor, tentera darat medan, dan kumpulan tentera darat. Pada September 1942, beliau telah dipilih oleh Adolf Hitler sebagai Ketua Staf Am, menggantikan Jeneral Franz Halder. Zeitzler juga bertikam lidah dengan Hitler, dan bersara pada Julai 1944, mengadu kesakitan. Zeitzler dianggap sebagai seorang pegawai staf yang bertenaga dan cekap, terkenal dengan keupayaannya mengurus formasi mudah alih yang besar.[1]

Perang Dunia I dan zaman antara perang sunting

Dilahirkan di Goßmar dalam Provinsi Brandenburg, Zeitzler berasal dari keluarga paderi. Pada usia 18 tahun beliau menyertai Rejimen Ke-4th Infantri Thuringia Tentera Darat Jerman pada 23 Mac 1914. Lima bulan kemudian negara Jerman berperang. Zeitzler dinaikkan pangkat ke Leftenan pada Disember, 1914, dan memerintah berbagai unit, termasuk sebuah detasmen perintis. Pada pengakhiran perang beliau adalah seorang ajutan rejimen.

Zeitzler telah dipilih sebagai salah seorang dari 4,000 pegawai yang terpilih untuk kekal berkhidmat dalam Reichswehr, iaitu tentera kecil Jerman yang dibenarkan di bawah batasan Persetiaan Versailles. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Kapten pada Januari 1928. Pada tahun 1929 beliau memulakan perkhidmatan tiga tahun sebagai pegawai staf 3 Divisyen. Pada Februari 1934 beliau ditukarkan ke Reichswehrministerium ("Kementerian Pertahanan" Republik Weimar) dan mendapat kenaikkan pangkat ke Mejar. Pada tahun 1937 beliau menjadi pegawai staf dalam jabatan operasi bagi Oberkommando des Heeres (OKH), iaitu markas besar Tentera Darat Jerman. Pada April 1939 beliau mengambil alih pemerintahan Rejimen Ke-60 Infantri, dan dinaikkan pangkat ke Kolonel penuh pada Jun.

Perang Dunia II sunting

 
Zeitzler selaku Kolonel pada 1941

Semasa pencerobohan Poland pada September 1939, Zeitzler adalah Ketua Staf kepada Jeneral Wilhelm List, Panglima Kor XXII (Motoris) dalam Tentera Darat Ke-14.[perlu rujukan] Pada Mac 1940 beliau menjadi Ketua Staf kepada Jeneral von Kleist, Panglima Panzergruppe A, kemudian dibentuk semula Tentera Darat 1 Panzer. Semasa Pertempuran Perancis, Zeitzler dengan bijak mengatur dan mengurus gerakan panzer melalui hutan Ardennes.[2] Beliau meneruskan jawatan ini sehingga pencerobohan Yugoslavia dan Pertempuran Greece. Pada 18 Mei 1941 Zeitzler dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross.

Kejayaan terbesarnya muncul semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tahun 1941 ke atas Soviet Union. Semasa dua bulan pertama Barbarossa, Tentera Darat 1 Panzer bergerak arah timur kedalam wilayah Soviet, kemudian mara arah selatan ke Laut Hitam untuk memusnahkan tentera Soviet dalam Pertempuran Uman, kemudian bergerak arah utara untuk mengepung ketumbukan Soviet disekitar Kiev, kemudian ke selatan sekali lagi melintasi Sungai Dnieper, dan kemudian mara ke hujung selatan untuk memusnahkan tentera Soviet berhampiran Laut Azov.[3] Melalui semua kempen berat ini, Zeitzler mengekalkan pergerakkan Tentera Darat 1 Panzer dengan lancar dan memastikan bekalan tiba. Sebagai penghargaan kepada Zeitzler, Kleist memberi komen "Masalah terbesar dalam melancarkan ketumbukan ini ialah mengekalkan bekalan."[4]

Pada Januari 1942, Zeitzler telah dijadikan Ketua Staf kepada Fil Marsyal Gerd von Rundstedt, OB West (Panglima Tertinggi Barat), dan Panglima Kumpulan Tentera Darat D. Beliau memainkan peranan penting dalam tindakan balas terhadap serangan British ke atas Dieppe pada 19 Ogos 1942.

Ketua Staf, OKH sunting

Pada 24 September 1942, Zeitzler telah dinaikkan pangkat ke General der Infanterie ("Jeneral Infantri") dan dilantik Ketua Staf Am OKH, menggantikan Franz Halder.[5] Hitler merasa kagum dengan laporan optimistik dan bertenaga Zeitzler, dan memilihnya lebih daripada beberapa orang pegawai tinggi dan lebih kanan. Albert Speer menyatakan Hitler menginginkan seorang pembantu yang boleh dipercayai yang "tidak membiarkan dan menyimpan arahan saya, tetapi bersemangat melaksanakannya."[6]

Mungkin Hitler percaya Zeitzler akan menjadi ketua OKH yang lebih fleksibel dan optimis daripada Halder. Beliau dikenali sebagai master logistik, dengan kemahiran berorganisasi yang mantap. Pencapaiannya memimpin Staf Am sangat dihormati, tetapi dorongan dan inisiatif beliau akhirnya dilumpuhkan oleh permintaan Hitler yang tidak masuk akal dan arahan yang tidak rasional.

Pada November 1942, Soviet menyerang balas Tentera Darat Ke-6 Jerman yang terkepung di Stalingrad. Zeitzler mencadangkan agar Tentera Darat Ke-6 segera memecah keluar dan berundur dari Stalingrad ke sungai Don, dimana garisan yang rosak boleh dipulihkan. Hitler sebaliknya naik angin, mengetepikan cadangan Zeitzler, dan secara peribadi mengarahkan Tentera Darat Ke-6 bertahan di Stalingrad, dimana ia akhirnya dimusnahkan,

Zeitzler diseru oleh rakan-rakan sekerjanya supaya memberikan sendiri arahan pecah keluar, tetapi enggan bertindak dengan cara mendurhaka kepada Pemerintah Tertinggi. Sebagai tanda solidariti terhadap perajurit-perajurit yang kebuluran di Stalingrad, Zeitzler mengurangkan sukatan makanannya mengikut catuan mereka. Hitler diberitahu tentang hal ini oleh Martin Bormann. Selepas dua minggu dan kehilangan berat badan sebanyak 26 paun, Hitler mengarahkan Zeitzler menghentikan diet ini dan kembali ke rangsum biasa.

Selepas kekalahan Tentera Darat Ke-6 di Stalingrad, Zeitzler semakin berkonfrontasi dengan Hitler. Beliau merancang pergerakan tentera dan rangka kerja untuk Operasi Citadel pada Julai 1943, iaitu penyerangan terakhir Jerman di timur. Pertempuran ini berakhir dengan kekalahan strategik bagi pihak Jerman, dan satu siri pertempuran defensif berlaku.

Sepanjang perang Hitler sering enggan mengundurkan tenteranya daripada kedudukan yang terdedah dan terlebih jangkauan. Sebanyak 5 kali, Zeitzler menawarkan peletakkan jawatannya di atas keengganan Hitler membenarkan pengunduran, tetapi Hitler tidak bagi beliau meletakkan jawatan.[7] Selepas beberapa konfrontasi hangat dengan Hitler, beliau akhirnya berada dihujung kariernya. Pada 1 Julai 1944, beliau tiba-tiba meninggalkan kediaman Berghof Hitler. Beliau dilaporkan tidak lagi dapat bertugas kerana masalah kesihatan. Hitler tidak bercakap dengannya lagi, dan memecatnya dari Tentera Darat pada Januari 1945, melarang haknya memakai pakaian seragam.[8]

Kehidupan selepas perang sunting

Pada pengakhiran perang, Zeitzler telah ditangkap oleh tentera British. Beliau menjadi tawanan perang sehingga hujung Februari 1947. Beliau muncul sebagai saksi untuk pembelaan semasa perbicaraan Nuremberg, dan bekerja dengan Cawangan Sejarah Operasi (Jerman) bagi Bahagian Sejarah Tentera Darat AS.

Zeitzler meninggal dunia pada tahun 1963 di Hohenaschau di Bavaria Atas.

Jawatan-jawatan dalam Perang Dunia II sunting

1939 Pegawai Memerintah Rejimen Ke-60
1939–1940 Ketua Staf Kor XXII, Poland
1940–1941 Ketua Staf Kumpulan Panzer von Kleist, Perancis
1941 Ketua Staf Kumpulan 1 Panzer, Yugoslavia dan Barisan Timur
1941–1942 Ketua Staf Tentera Darat 1 Panzer, Barisan Timur
1942 Ketua Staf Kumpulan Tentera Darat D, Perancis
1942–1944 Ketua Staf OKH
1944–1945 Simpanan

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

Petikan
  1. ^ Liddell Hart p. 58
  2. ^ Liddell Hart p. 57
  3. ^ Liddell Hart p. 58
  4. ^ Liddell Hart p. 58
  5. ^ Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 78. ISBN 9781473833869.
  6. ^ Speer, Albert (1995). Inside the Third Reich. London: Weidenfeld & Nicolson. m/s. 333. ISBN 9781842127353.
  7. ^ Guderian 1952, m/s. 341.
  8. ^ Kershaw, Ian (2009). Hitler (Abridged), pg. 814,
  9. ^ Fellgiebel 2000, p. 456.
  10. ^ Scherzer 2007, p. 803.
Bibliografi
  • Beevor, Antony Stalingrad New York, NY: Viking, 1998.
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Liddell Hart, B.H. The German Generals Talk. New York, NY: Morrow, 1948.
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Shirer, William L. The rise and fall of the Third Reich; a history of Nazi Germany New York, NY: Simon and Schuster, 1960.

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Franz Halder
Ketua Staf OKH
September 1942 – Jun 1944
Diikuti oleh:
Adolf Heusinger