Ladang Shebaa atau Shebaa Farms (B. Arab: مزارع شبعا, Mazāri‘ Šib‘ā; B. Ibrani: חוות שבעא, Havot Sheba‘a atau הר דוב, Har Dov) merupakan sebuah kawasan seluas 25 km persegi terletak di sempadan Lebanon dengan Bukit Golan. Lebih tepat, ia terletak 12 km di barat daya Lebanon dan 7km dari perkampungan puak Druze yang bernama Majdal Shams.

Peta lokasi Ladang Shebaa
Peta tentera Lebanon 1966

Panjang Ladang Shebaa ialah 10 km dan lebarmnya 2.5 km sahaja. Luas sebenar kira-kira 25 km persegi. Ketinggian muka bumi antara 250 meter hingga 1500 meter dari aras laut.

Punca perbalahan sunting

Israel telah menawan Ladang Shebaa ketika menguasai Bukit Golan dari Syria ketika Perang Enam Hari 1967 . Sejak itu Ladang Shebaa menjadi milik dan dikawal oleh tentera Israel. Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan dengan jelas bahawa tindakan Israel ini tidak sah dari segi sejarah dan perlu dikembalikan kepada Syria. Namun puak Syiah-Hezbollah mahu Ladang Shebaa dipulangkan kepada Lebanon kerana mengikut peta lama, ia adalah dalam wilayah Lebanon , bukan dalam wilayah Syria.

Kontroversi mula timbul apabila tentera Israel menjajah selatan Lebanon pada 25 Mei 2000. Pada 18 Jun 2000 Majlis Keselamatan PBB mahu gencatan senjata antara Israel dan Lebanon sebagai Resolusi 425. Syria dan Lebanon mempertikaikan tindakan PBB terhadap Ladang Shebaa. Malahan Hezbollah turut menuntut bahawa ladang itu milik mereka dan menjadi alasan mereka untuk menyerang Israel.

Ramai diplomat mahu Lebanon dan Syria berunding tentang sempadan sebenar antara kedua-dua negara dan jangan biarkan Israel mengambil kesempatan . Namun Presiden Bashar al-Assad dari Syria enggan berunding selagi tentera Israel tidak keluar dari sana.

Latar belakang sunting

Perbalahan atas kedaulatan Ladang Shebaa berpunca dari kegagalan penjajah Perancis untuk menentukan sempadan antara Syria dan Lebanon. Dokumen lama 1920-an dan 1930-an menunjukkan penduduk tempatan mendakwa mereka di wilayah Lebanon. Tetapi peta yang dilukis pada 1933 menunjukkan Ladang Sheeba terletak di dalam wilayah Syria.Selepas 1946, Ladang Shebaa ditadbir oleh kerajaan Syria. Perjanjian Gencatan Senjata antara Syria dan Israel tahun 1949 juga menunjukkan Ladang Shebaa sebagai wilayah Syria .

Perbalahan ini bukan baru keranan beberapa wilayah lain juga tidak ada sempadan yang jelas dan sentiasa menjadi bahan perbalahan antara Syria dan Lebanon.

Setelah berlakunya Perang Enam Hari 1967, para petani tidak dapat lagi mengusahakan tanah mereka kerana dikawalselia oleh tentera Israel.

Pendirian Syria sunting

Pada bulan Ogos 1972, Presiden Syria, Hafez al-Assad menyatakan Syria dan Lebanon bukan dua buah negara , tetapi sebuah negara tunggal. Hakikatnya Lebanon bukan negara merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Lebanon mendapat tekanan dan pengaruh yang amat kuat dari Syria.

Syria tidak pernah menempatkan kedutaan Syria di Lebanon kerana menganggap Lebanon sebagai sebahagian daripada Syria. Peta-peta lama yang terdapat di Syria jelas menyatakan hal ini.

Pada 21 Januari 2006 Lebanon menimbulkan hak ke atas Ladang Shebaa. Presiden Bashar al-Assad menekankan tentang beberapa syarat bagi menentukan sempadan antara kedua-dua negara yang membabitkan Ladang Shebaa.

Presiden Bashar mahu aduan mestilah dibuat secara sah dengan PBB . Jurutera ukur sempadan mestilah mentakrif definisi sempadan secara tepat. Sempadan negara mestilah berasaskan sejarah masa lalu dan artifak mestilah dikumpulkan. Bancian pendapat penduduk tempatan juga mestilah diambilkira.

Bagaimanapun Presiden Bashar hanya menunggu sehingga Israel berundur dari wilayah-wilayah tersebut.

Tindakan PBB menghantar tentera pengaman UNIFIL ke wilayah tersebut dragui oleh Syria. Syria tidak setuju jika tentera Lebanon dibenarkan mengawasi kawasan tersebut dan menubuhkan jawatankuasa pentadbiran di sana.

Pendirian Lebanon sunting

Kerajaan Lebanon terus menuntut Ladang Shebaa sebagai wilayahnya sejak dahulu kala.

Tuntutan ini diperkuatkan lagi oleh pejuang-pejuang Hezbollah yang terus berkonflik dengan Israel pada 2006.

Pecahan ladang sunting

Ladang Shebaa terbahagi kepada 14 ladang-ladang kecil kecil iaitu :

  • Marah Al-Malool مراح الملول
  • Brakhta برختــا
  • Kafr Dorah كفـر دورة
  • Al-Boraq House (Beit El-Boraq) بيت البـراق
  • Al-Rabi'a الربعـة
  • Al-Mashhad المشهـد
  • Ramta رمتـا
  • Qafuah قفـوة
  • Zobideen زبيدين
  • Khelat Ghazalah خلـة غـزالة
  • Al-Qarn القـرن
  • Fashkool فشكول
  • Al-Moieaz المعـز
  • Bastrah بسـطرة