Jata Singapura

(Dilencongkan dari Lambang negara Singapura)

Lambang negara Singapura diperkenalkan pada 3 Disember 1959 bersamaan perlantikan Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, Encik Yusof bin Ishak.

Lambang negara Singapura

Lambang ini terdiri daripada sebuah perisai merah di tengah yang mengandungi bulan sabit dan lima butir bintang. Warna merah melambangkan persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia. Putih melambangkan kesucian dan kebaikan. Bulan sabit membawa maksud sebuah negara muda yang sedang maju. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan. Di sebelah kiri perisai berdiri seekor singa yang melambangkan Singapura dan di sebelah kanan seekor harimau yang melambangkan Malaysia, negara yang mempunyai pertalian bersejarah yang rapat dengan Singapura. Di bawah perisai terdapat cogan kata , "Majulah Singapura".

Menurut undang-undang, lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial. Hanya badan-badan pemerintah yang berhak mempamerkan lambang ini di perkarangan bangunan mereka.

Lihat juga sunting